The Malaysian Insider :: Bahasa |
PKR: Khairy “bising” kerana tergugat dalam pemilihan Umno Posted: 16 Sep 2013 02:17 AM PDT Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR itu, tiada kerajaan dalam mana-mana negara boleh menghina Perlembagaan sewenang-wenangnya dan atas dasar itulah N. Surendran mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana memberi tafsiran yang salah kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. "Artikel 153 bukanlah jalan pintas kepada kerajaan menjalankan polisi diskriminasi seperti mengagihkan pegangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kontrak dan segala bentuk yang terdorong kepada kaum Melayu sahaja. "Peruntukan berkenaan jelas menyatakan hak dan kepentingan kaum lain mesti dilindungi kerana Artikel 153 hanya mengehadkan peluang dalam perjawatan awam, biasiswa, pendidikan dan lesen operasi perdagangan kepada kaum Bumiputera tetapi peruntukan ini tidak harus dimonopoli oleh kelas pertengahan dan golongan Melayu kelas atasan. "Peruntukan dalam Artikel 153(4) hingga (9) jelas menyatakan keistimewaaan itu mesti diberi secara berpatutan dan tidak mengabaikan kaum lain. Pengumuman Najib memberi bantuan kewangan, sokongan GLC dan perumahan jelas satu polisi diskriminasi kerana diberikan atas sokongan golongan tersebut kepada Barisan Nasional (BN) yang jelas tidak belandas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam media melaporkan Khairy menyelar Surendran seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. "Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai naib presiden parti. "Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain," katanya. Surendran dalam kenyataannya mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan Bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat. Khairy turut mempersoalkan adakah kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi. Katanya, sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi tetapi jika tidak maka Anwar digesa menasihati Surendran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Ketua Pemuda Umno itu berkata, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana menjadikan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tidak memahami Perlembagaan Persekutuan. – 16 September, 2013. |
Ketua Polis Negara: Chin Peng bukan warganegara Malaysia Posted: 16 Sep 2013 01:20 AM PDT Menurut Khalid, beliau percaya pemimpin Komunis itu akan lebih gembira jika dikebumikan di Thailand. "Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. Chin Peng, yang juga bekas Setiausaha Agung PKM meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun. Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924. Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989. Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. - 16 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan