The Malaysian Insider :: Bahasa |
DAP persoal juta kos RM 2.88 juta rumah terbuka Kabinet Najib Posted: 24 Sep 2013 02:44 AM PDT Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen. "Majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 80,000 tetamu daripada rakyat pelbagai bangsa, agama, dan lapisan masyarakat," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook. Jelas jawapan berkenaan, syarikat katering yang bertanggungjawab mengenakan bayaran RM 36 sekepala. Loke bagaimanapun membangkitkan sama ada jumlah yang dibayar itu berbaloi ataupun tidak dengan hidangan yang disediakan. "Mereka (yang hadir) dapat menilai, RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini. "Majlis besar seperti ini kenapa gunakan khidmat satu katerer sahaja, kenapa tidak gunakan khidmat banyak katerer," soal Loke lagi. – 24 September, 2013. |
Melayu paling ramai ditembak mati, kata KDN Posted: 24 Sep 2013 01:17 AM PDT Penjenayah kaum Melayu paling ramai ditembak mati bagi tepoh antara 2009 hingga tempoh (Januari-Ogos) 2013 dengan iaitu 56 orang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sementara itu, bagi penjenayah berbangsa India (41), Cina (23) dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seramai empat orang, daripada 114 kes jenayah. Kenyataan itu diterima daripada jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. Pada masa sama, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis dirampas sepanjang tempoh lima tahun berkenaan. Antara jenis senjata api termasuk senjata semi-auto (319); revolver (120); rifle (22); senapang patah (84); bom tangan (31); air gun (105); pump gun (20); smg (4); dan senjata buatan sendiri (193). - 24 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan