The Malaysian Insider :: Bahasa |
Muhyiddin wakili kerajaan, Umno, BN ucap takziah kepada keluarga Azizan Posted: 26 Sep 2013 02:21 AM PDT Timbalan perdana menteri turut menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan terutama di Kedah. "Bagi pihak Kerajaan Malaysia, parti Umno dan BN, kami hendak merakamkan rasa sedih kerana Allahyarham sewaktu hayatnya telah beri banyak sumbangan kepada pembangunan di Kedah khususnya sewaktu menjadi menteri besar. "Atas dasar itu, kami rasa pemergian itu satu kehilangan sebagai sahabat dan pemimpin. Kita ketepikan soal politik kerana kami yakin pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi kita juga," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini. Muhyiddin berkata beliau mengenali Azizan secara peribadi dan pernah melawat pemimpin PAS itu di hospital sebelum ini. Timbalan perdana menteri turut mendoakan agar roh Azizan dihimpunkan bersama-sama golongan yang soleh. Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit rawatan rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit menerima kunjungan delegasi Myanmar yang diketuai Speaker Parlimen negara itu Thura U Shwe Mann di pejabatnya di sini. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.– Bernama, September 26, 2013. |
Posted: 26 Sep 2013 02:14 AM PDT Harga Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman. "Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," katanya dipetik dari Sinar Harian Online. Media melaporkan, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya. Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu. Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- 26 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan