Jumaat, 27 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Belanja RM20 juta: “Kenapa dia tak lantik saya?”, soal Dr Mahathir

Posted: 27 Sep 2013 02:54 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 27, 2013

Dr Mahathir mempersoalkan kerajaan belanja RM20 juta untuk PPPM. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 September, 2013.Dr Mahathir mempersoalkan kerajaan belanja RM20 juta untuk PPPM. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 September, 2013.Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti. - 27 September, 2013.

MENYUSUL LAGI

Dr Mahathir sokong tahan tanpa bicara, baik untuk rakyat

Posted: 27 Sep 2013 02:09 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 27, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyokong langkah kerajaan membuat pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang individu tanpa bicara.

Bekas perdana menteri itu paling lantang mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memansuhkan beberapa akta kontroversi sebelum ini menyifatkan langkah tersebut baik demi kepentingan rakyat.

"Saya berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk kepentingan rakyat," kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway Universiti hari ini.

Najib pada 2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO). – 27 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved