Khamis, 5 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perkasa gesa Tanda Putera ditayang percuma selepas gagal pecah panggung

Posted: 05 Sep 2013 02:48 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 05, 2013
Latest Update: September 05, 2013 05:50 pm

Perkasa gesa Tanda Putera ditayang secara percuma. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2013.Perkasa gesa Tanda Putera ditayang secara percuma. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2013.Susulan kegagalan filem kontroversi Tanda Putera mencecah status pecah panggung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mahu ia ditayangkan secara percuma.

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata persoalan sama ada filem tersebut mendapat sambutan ataupun tidak bukan ukuran sebenar kualiti filem tersebut.

"Soal bagaimana ia nak ditayangkan, kita sudah pun beri pandangan sebelum ini supaya filem ini ditayangkan di sekolah, ditayangkan di tempat awam dan ditayangkan kepada semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

"Kita minta itu, malahan kita minta ia ditayangkan secara berturutan di televisyen," kata Zulkifli selepas ditanya tentang filem tersebut yang tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Zulkifli juga menegaskan filem tersebut wajib ditonton orang ramai bagi mengetahui tentang sejarah sebenar di sebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Pada kita secara prinsip, filem Tanda Putera wajib jadi tontonan rakyat," katanya lagi.

Bagi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, filem tersebut sememangnya dijangka tidak mendapat sambutan memandangkan genre filem tersebut bukan diminati oleh anak muda.

"Box office di pawagam, kita lihat sekarang ini filem-filem anak muda," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, faktor lain filem tersebut tidak mendapat sambutan adalah kerana orang ramai telah menontonnya sebelum ini sebelum ia dilancarkan.

"Orang pun bukan tengok di pawagam, saya sendiri pun sudah bawa ia ditonton kepada orang ramai.

"Banyak kali dah saya tayangkan kepada orang ramai, tapi secara senyap-senyaplah," katanya lagi.

Filem kontroversi Tanda Putera yang menelan belanja RM4.8 juta hasil daripada geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Perbadanan Pembangunan Multimedia gagal mencapai status pecah panggung, malah telah dipindahkan ke panggung lebih kecil.

Tanda Putera mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Filem itu mendapat kritikan hebat daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969. – 5 September, 2013.

Perkasa desak Samad Said pulangkan anugerah Sasterawan Negara

Posted: 05 Sep 2013 02:12 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 05, 2013
Latest Update: September 05, 2013 06:22 pm

Perkasa gesa Samad Said kembalikan anugerah Sasterawan Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2013.Perkasa gesa Samad Said kembalikan anugerah Sasterawan Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 September, 2013.Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said digesa supaya memulangkan sendiri gelaran tersebut untuk membuktikan keikhlasannya, kata Datuk Ibrahim Ali.

Samad hari ini secara terbuka berkata mengalu-alukan sekiranya kerajaan mahu menarik balik gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya.

"Saya puji keberanian A. Samad, kalau macam itu, saya gesa beliau sendiri yang pergi hantar balik gelaran Sasterawan Negara.

"Kalau beliau ikhlas, serahlah sendiri," kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata sekiranya kerajaan mengambil langkah menarik balik, banyak pihak tidak bertanggungjawab akan mengecam tindakan tersebut.

"Nanti bila kerajaan lucutkan, kata macam-macam pula," katanya.

Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara yang diberikan kepada Samad boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Bagaimanapun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan. – 5 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved