Isnin, 9 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Liow mahu EGM dalam tempoh tujuh hari

Posted: 09 Sep 2013 02:26 AM PDT

OLEH EILEEN NG
September 09, 2013

Liow mahu EGM dalam masa tujuh hari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 September, 2013.Liow mahu EGM dalam masa tujuh hari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 September, 2013.Salah faham di antara pemimpin MCA berlarutan apabila Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 14 pimpinan lain meminta satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menghalang penyokong presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai semua jawatankuasa kerja pusat (CC).

Liow dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak berpuas hati dengan keputusan CC membatalkan penggantungan keahlian selama tiga tahun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang kerana menerima tawaran menyertai kerajaan negeri Johor yang bertentangan dengan dasar parti.

"Kami menggesa presiden menggunakan kuasanya bagi melaksanakan EGM dalam masa tujuh hari berhubung perkara penting ini," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat MCA hari ini.

"Ini bukan soal peribadi. Ia bagi menegakkan keutuhan disiplin, perlembagaan dan resolusi MCA," katanya.

Tee kini merupakan exco negeri atas perkenan Sultan Johor yang bertentangan dengan resolusi parti untuk tidak mengambil sebarang jawatan kerajaan setelah prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Tee juga adalah penyokong setia Dr Chua. – 9 September, 2013.

MENYUSUL LAGI

Ulama Umno dikecam kaitkan “Allah” dalam isu kenaikan harga

Posted: 09 Sep 2013 02:00 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 09, 2013
Latest Update: September 09, 2013 05:12 pm

Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.

Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.

"Apakah kelak beliau juga akan berkata, maksiat yang berleluasa, jenayah yang meningkat dan penyelewengan serta salah guna kuasa, sebagai rakyat bersabarlah kerana ini semua adalah ketetapan Allah," kata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di akaun Facebooknya.

Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.

"Siapa yang mengetahui kecuali Allah? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.

"Oleh itu,Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa'al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya)," kata Fathul Bari menulis di artikelnya lagi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Mohd Asri kemudiaan menggesa Fathul Bari supaya berhujah menggunakan ilmu serta meluahkan kebimbangannya terhadap artikel yang ditulis oleh Ulama Umno tersebut.

"Jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki.

"Kerana saya berpegang dengan kata-kata ilmu bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Sejurus pengumuman itu, orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan langkah tersebut membebankan.

Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas pengumuman tersebut berkata kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini.

Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global.

Kerajaan disedarkan mengenai realiti kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk. - 9 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved