Isnin, 9 September 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Shanjey bikin filem (Bahagian 2)

Posted: 08 Sep 2013 04:31 PM PDT

September 09, 2013
Latest Update: September 09, 2013 07:39 am

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

Dalam bidang filem Tamil sebelum tahun 1970an, ada pembahagian genre. Misalnya, filem-filem Jay Shankar bertema penyiasatan; bukan gabungan formula "masala" seperti yang dijelaskan dalam makalah minggu lalu. Hanya kemudian, filem-filem "masala" mula mengambil alih industri filem Tamil dan formula itu terus kekal sehingga kini.

Bagi pembikin filem Tamil di Malaysia pula, pada pandangan dan pendirian Shanjey Kumar Perumal, sepatutnya mampu mengangkat tema, persoalan dan isu berkaitan masyarakat di sini.

"Kita sepatutnya bersikap kreatif dan inovatif tetapi malangnya kita ketara sekadar meniru bulat-bulat formula yang digunakan di Tamil Nadu. Kita masih terlalu mengagung-agungkan filem, pelakon, pengarah, penyanyi, pemuzik dan segala-galanya dari Tamil Nadu.

"Sama ada disedari atau tidak, kita gagal memberikan perhatian kepada bakat tempatan," beliau meluahkan perasaan sambil kami minum kopi di sebuah restoran di Bangsar South (Kampung Kerinchi) pada 20 Ogos 2013.

Pembikin filem tempatan pula dikatakan rata-rata masih meniru formula filem-filem dari India tanpa berusaha melakukan inovasi. Selagi kedua-dua masalah ini wujud, Shanjey bimbang bahawa corak dan kedudukan filem Tamil di Malaysia tidak akan maju ke mana-mana.

Shanjey dan rakan-rakannya sentiasa mencuba teknik baru menghasilkan filem.Shanjey dan rakan-rakannya sentiasa mencuba teknik baru menghasilkan filem.Shanjey memetik kata-kata Steve Jobs (1955-2011) iaitu bahawa khalayak sebenarnya tidak tahu apakah barangan atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Maka, memandangkan khalayak di Malaysia belum pernah berpeluang menonton filem tempatan yang benar-benar bermutu dan mengagumkan, mereka tidak tahu apa yang boleh diharapkan daripada pembikin filem Tamil tempatan.

Di sisi yang lain pula, penonton di Malaysia sudah terlalu biasa menonton filem-filem dari Tamil Nadu. Pembikin filem Tamil tempatan membuat andaian bahawa filem-filem seperti itulah yang menjadi pilihan penonton. Maka, "lingkaran" itu berterusan tanpa ada sebarang usaha melakukan inovasi dan pembaharuan dari segi pembikinan dan pengisian cerita dalam filem.

Formula filem India kurang sesuai di Malaysia

"Sebenarnya ada banyak bahan dan cerita di Malaysia yang boleh diangkat menjadi subjek dalam filem tempatan. Kalau kita mengambil kisah sejarah kedatangan kaum India ke Malaysia sejak zaman dahulu – sebagai pedagang, pembawa tamadun dan kemudian sebagai pekerja – ada begitu banyak perkara yang belum diketahui umum dan amat wajar diketahui," kata Shanjey.

Bagi saya, perkongsian pandangan oleh pemuda ini adalah sangat matang dan tidak emosional. Tambahan pula, beliau bukan calang-calang orang.

Filem pendek Ma Chai (2009) menang hadiah pertandingan BMW Shorties 2010. Peruntukan khas yang diterima berikutan kejayaan itu dimanfaatkan untuk menghasilkan filem pendek Kaizen (2011).

Ma Chai ditayangkan sempena Simposium Filem Asean 2009 di Singapura serta dikembangkan menjadi drama dua episod dengan judul Jalan Annamalai untuk tayangan di Astro Vaanavil dahulu.

Berbalik kepada topik menghasilkan filem sejarah mengenai kedatangan kaum India ke negara bertuah ini, Shanjey mengakui bahawa ia pasti melibatkan belanja yang amat besar.

"Saya sedar bahawa kita belum lagi mampu menjadikan impian itu suatu kenyataan. Namun begitu, usaha boleh dilakukan secara kecil-kecilan dengan menampilkan pelbagai dilema kaum India di Malaysia menerusi karya filem dan drama.

"Malangnya, ramai pembikin filem/drama Tamil tempatan yang memilih jalan selamat dengan mengekalkan formula 'masala' yang ditiru dari Tamil Nadu," katanya dengan nada kesal dan kecewa.

Ada peribahasa Tamil mengatakan bahawa "bagi seorang perwira sejati, sehelai rumput pun boleh menjadi senjata di medan perang". Sambil memetik peribahasa itu, Shanjey mengakui bahawa tidak ramai "perwira sejati" dalam kalangan pembikin filem/drama Tamil tempatan.

Jangan tipu penonton

Penggambaran Kaizen (2011) dibuat di sekitar Hutan Belum, Perak.Penggambaran Kaizen (2011) dibuat di sekitar Hutan Belum, Perak.Kata-katanya itu mungkin menimbulkan kemarahan pihak tertentu tetapi hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa ramai daripada mereka tidak mempelajari teknik pembikinan filem yang sebenar. Natijahnya, kalaulah "senjata" paling canggih sekali pun diberikan, mereka tidak akan mampu berjuang di "medan perang".

Pada pemerhatian Shanjey yang kini tinggal di Kuala Lumpur, bagi setiap sepuluh orang yang terlibat dalam pembikinan filem/drama Tamil tempatan, mungkin tiga sahaja yang benar-benar ada ilmu perfileman. Baki tujuh lagi menghasilkan filem menggunakan formula "masala" walaupun mereka tidak tahu apa-apa tentang teknik pembikinan filem.

Katanya, mungkin sekitar 20 peratus sahaja yang benar-benar ada kelulusan bidang perfileman; selebihnya terjun ke dalam bidang perfileman berikutan bakat. Bagaimanapun, pemuda ini mengakui bahawa tidak semestinya seseorang ada ijazah dalam bidang perfileman kerana ramai juga pembikin filem/drama tempatan yang hanya menyajikan drama/filem "masala" walaupun bergelar graduan perfileman.

"Pada penelitian saya, bagi setiap sepuluh filem Tamil tempatan yang dihasilkan, hanya dua atau tiga yang melepasi standard, menjanjikan harapan dan ada usaha untuk keluar daripada kepompong formula 'masala' yang saya sebutkan tadi," tegasnya.

Shanjey juga meluahkan rasa kecewa dengan perkembangan di mana ada beberapa pembikin filem yang menghasilkan filem untuk DVD dengan cerita "masala" serta kerja-kerja kurang profesional. Akan tetapi, apabila muncul syarat wajib tayang, mereka tiba-tiba memutuskan untuk menayangkan filem mereka di pawagam.

Akhirnya yang tertipu adalah penonton kerana mereka hanya mendapat hasil mutu filem DVD sedangkan khalayak berkenaan berhak mendapat filem berkualiti "layar perak" setara harga tiket yang dibeli. Hal ini sangat mengecewakan Shanjey.

"Ada pihak yang mengatakan bahawa masyarakat wajib menyokong filem Tamil tempatan. Pada pandangan saya, sampah tetap sampah; intan tetap intan. Khalayak berhak untuk tidak menyokong jika menyedari bahawa filem/drama yang disajikan itu tidak bermutu," katanya sambil mengakui bahawa beliau juga sentiasa berusaha untuk belajar bagi membaiki diri. - 9 September, 2013

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
 

To keep or to change Jalur Gemilang?

Posted: 08 Sep 2013 04:00 PM PDT

September 09, 2013
Latest Update: September 09, 2013 03:00 pm

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

A Merdeka eve incident involving the raising of the Sang Saka Malaya flag led to Datuk A. Samad Said's controversial midnight arrest. Earlier, Hishamuddin Rais and Adam Adli Abdul Halim were also detained for the same incident and both are being investigated under the Sedition Act 1948.

In fact, this is not the first time that the authorities have taken action under the Sedition Act 1948, on those caught raising the Sang Saka Malaya flag. Last September, the police arrested two youths for allegedly flying the Sang Saka Malaya flag during the countdown to the eve of the 55th Independence Day.

Red and white are historically the colors of the archipelago Malays. The Sang Saka Malaya flag was used by the first Malay party, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), that was established in 1945 and had fought against the colonial British for the country's independence. It is a red-and-white flag with 12 yellow stars set in four columns and was proposed as Malaya's national flag back in the 1940s.

Flag debates are, however, not new. In Australia, for example, there is a constant dispute over whether the Australian flag should be changed. The main issue concerned the removal of the Union Jack symbol in its design. The main intention is to move on from the British heritage.

Interestingly, the former prime minister of Australia, Paul Keating in 1992, had also publicly supported a change in the flag. Australia is one of the few countries in the world where a change of the design of the national flag is advocated. Those who advocate the flag change in Australia are convinced that an alternative flag design would be more suitable in representing Australia than the flag that they are currently using. However, until today, such proposals for change have not received full acceptance from its citizens.

Reflecting on this, the call for flag change in Malaysia and Australia share one common similarity, that is, the historical explanation. Similarly, the flag debates also happen in New Zealand. It is not unusual that the national flags change over time, normally in such occasions; it contemplates major change in the country's constitutional arrangements or it could be due to a change of government.

Since young, all of us are being reminded relentlessly on our leaders' struggle in the past to fight for independence. We were told that there was no single blood drop in Malaya's struggle to achieve its independence from British.

The Internet has no boundary. Time has changed and nowadays, it is just one click away to obtain whatever information we need.

Apart from the role of Umno and its partners in the Alliance, it is crucial that our history texts should also include in detail, the independence struggles of several leftist parties, such as Kesatuan Melayu Muda (KMM), PKMM, the Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA), the All-Malaya Council of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-Putera), the Communist Party of Malaya (CPM), the Labour Party and Parti Rakyat.

The sole function of any flag is to deliver a message. The on-going controversy on the Sang Saka Malaya flag is not so much about the flag design, as a matter of fact; it is about the other version of the history about the fight for the country's independence. It is timely to open up the hidden history of this country. - September 9, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved