The Malaysian Insider :: Bahasa |
| Pindaan PCA: EMD jadikan pesalah jenayah umpama anjing, kata Karpal Posted: 01 Oct 2013 02:30 AM PDT Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ketika membahaskan akta berkenaan di Dewan Rakyat Parlimen hari ini menegaskan penggunaan alat berkenaan umpama menjadikan pesalah seperti anjing. Meskipun beliau jelasnya menyokong usaha membasmi jenayah, cadangan pindaan menggunakan EMD kepada pesalah bukanlah tindakan yang wajar. Karpal dalam ucapan perbahasannya berkata, jika kerajaan ingin meminda sebarang akta, maksud sebenar akta itu tidak seharusnya berubah. Pindaan terhadap PCA turut memperuntukkan klausa yang membenarkan ia ditanam kepada individu yang dibebaskan dan pegawai bertugas akan menghantar laporan kepada pihak pendakwa untuk menyuarakan hasrat menggunakan alat berkenaan yang mana perlu dipersetujui hakim Mahkamah Sesyen. "Tidak baik untuk negara. Akta ini sepatutnya dimansuhkan," kata Karpal. "Pindaan akta ini umpama menjadikannya akta baru," kata ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bagaimanapun bertindak menyokong pindaan berkenaan dan berkata wujudnya kemungkinan hubungan pembangkang dengan kumpulan atau geng tertentu. Beliau kemudiannya disokong oleh ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Makin Marcus Mojigoh yang mencadangkan antara sebab PR membantah pindaan berkenaan kerana sumber pendapatan mereka akan terjejas sekiranya PCA diluluskan. Ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar bagaimanapun berkata Bung Mokhtar silap mengatakan tentangan pembangkang terhadap pindaan kerana mereka menyokong penjenayah. "Kita hanya mahu memastikan wujud semak dan imbang. Kita perlu tegakkan demokrasi. Tertuduh boleh mempertahankan diri ketika dibicarakan," kata Michael. PCA sedang dibacakan untuk kali kedua di Parlimen untuk pindaan memasukkan peruntukan penahanan tanpa bicara. Pembangkang membantah pindaan berkenaan kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. — 1 Oktober, 2013. |
| Dr Mahathir mahu orang Melayu contohi rakyat Jepun Posted: 01 Oct 2013 02:14 AM PDT Mantan Perdana Menteri itu berkata kejayaan melaksanakan dasar itu adalah kurangnya pihak yang menentang kepimpinan dan melihat jurang ekonomi yang besar di bawah pemerintahannya. "Orang Jepun selepas gagal dalam Perang Dunia Kedua tidak patah semangat dan terus membangunkan negara mereka untuk menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo pada 1964. "Saya tidak lihat kekangan mengapa orang Melayu tidak mampu berjaya seperti rakyat Jepun kerana kerana mereka juga miskin dan pernah kekurangan ilmu tetapi tidak berputus asa dan berusaha selama bertahun-tahun. "Falsafah yang mereka amalkan 'Hara Kiri' atau potong perut membuatkan mereka berasa malu untuk gagal dan berusaha keras supaya memperoleh apa jua yang diingini," katanya semasa berucap di majlis Sepetang Bersama Dr Mahathir di Subang Jaya hari ini. — 1 Oktober, 2013. MENYUSUL LAGI |
| You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan