Jumaat, 11 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tiada penglibatan orang kenamaan dalam kongsi gelap, kata Hadi Ho

Posted: 11 Oct 2013 02:08 AM PDT

October 11, 2013

Pekida adalah pertubuhan sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng.Pekida adalah pertubuhan sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini menafikan dakwaan kononnya terdapat penglibatan orang kenamaan dalam aktiviti kongsi gelap.
   
Katanya siasatan terperinci pasukan keselamatan mendapati tiada sebarang penglibatan orang kenamaan dalam mana-mana pertubuhan kongsi gelap di negara ini.
   
"Kedua-dua VIP (orang penting/kenamaan) atau VVIP (orang kehormat) tidak terlibat dalam sebarang pertubuhan kongsi gelap di negara ini, setakat ini...sekiranya ada bukti menunjukkan penglibatan mereka dalam pertubuhan haram ini, maka tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang media bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam di Bukit Aman di sini, hari ini.
   
Hadi Ho juga berkata segelintir pertubuhan seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) merupakan pertubuhan sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng.
   
Dalam perkembangan lain, Hadi Ho berkata Ops Cantas Khas menunjukkan perkembangan positif dalam membanteras jenayah berkaitan kumpulan kongsi gelap dan operasi itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang jenayah. – Bernama, 11 Oktober, 2013.

Ancaman denggi di Selangor membimbangkan

Posted: 11 Oct 2013 01:47 AM PDT

October 11, 2013

Kes denggi di seluruh negara menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini.Kes denggi di seluruh negara menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini.Ancaman denggi di Selangor berada dalam keadaan sangat membimbangkan berikutan meningkatnya kes jangkitan dan kematian serta lokaliti wabak setakat minggu ke-40 tahun  ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini terdapat 11,498 kes dilaporkan setakat 5 Oktober lepas iaitu peningkatan 61.74% berbanding 7,109 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
   
Sebanyak 14 kematian akibat denggi dicatatkan tahun ini berbanding  11 kes bagi tempoh sama pada 2012.
   
Dalam pada itu, sebanyak 230 lokaliti wabak dilaporkan di seluruh Selangor dengan 75 lokaliti (32.6%) daripadanya di daerah Petaling, 71 lokaliti (30.9%) di Hulu Langat dan 44 lokaliti (19.1%) di daerah Gombak.
   
Jabatan itu dalam kenyataan menyatakan terdapat 16 lokaliti wabak tidak terkawal dan 22 lokaliti 'hotspot' atau wabak berlarutan di Selangor.
   
Selain itu, ancaman denggi di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini, iaitu meningkat 42.44% berbanding 16,729 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
   
Sebanyak 52 kematian dilaporkan setakat ini berbanding 27 kematian bagi tempoh sama tahun lepas. – Bernama, 11 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved