Sabtu, 12 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jaga kebersihan ketika sembelih lembu korban, kata JPV

Posted: 12 Oct 2013 02:43 AM PDT

October 12, 2013

Daging lembu yang disembelih hendaklah diurus dengan baik bagi memastikan daging bersih dan selamat dimakan.Daging lembu yang disembelih hendaklah diurus dengan baik bagi memastikan daging bersih dan selamat dimakan.Orang ramai yang ingin menyembelih lembu korban sempena sambutan Aidiladha, perlu mengutamakan kebersihan.
   
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Marzuki Zakaria  berkata langkah itu penting bagi mengelak berlakunya wabak penyakit kuku dan mulut.
   
"Daging lembu yang disembelih hendaklah diurus dengan baik bagi memastikan daging bersih dan selamat dimakan," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Beliau berkata orang ramai yang ingin menyembelih korban perlu memohon permit JPV dan setakat ini, sebanyak 92 permit dikeluarkan bagi penyembelihan 152 ekor lembu meliputi tiga daerah.
   
Katanya, setiap permit dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala sijil kesihatan RM5.

Dr Marzuki berkata dijangka lebih 1,000 ekor lembu dan kira-kira 100 kambing akan disembelih sebagai korban di seluruh negeri.
   
Sementara itu, Persatuan Penternak Negeri Terengganu melaporkan harga lembu yang tinggi menyebabkan penyembelihan korban tahun ini kurang meriah berbanding tahun sebelumnya.
   
Pengerusinya, Hamid Salleh berkata harga seekor lembu mencecah RM3,800 tahun ini berbanding RM1,800 lima tahun lepas.
   
Justeru, beliau berkata orang ramai yang melakukan ibadah korban perlu membayar antara RM450 dan RM500 untuk satu bahagian. – Bernama, 12 Oktober, 2013.

Langit di Arafah dijangka cerah semasa wukuf

Posted: 12 Oct 2013 02:39 AM PDT

October 12, 2013

Langit di ruang angkasa Arafah dijangka cerah dan berangin pada ketika tertentu dalam beberapa hari ini ketika lebih dua juta jemaah haji siap sedia untuk berhimpun di bandar Mina sebagai persediaan untuk mengerjakan Haji.  
   
Suhu purata paling tinggi adalah antara 34 dan 35 darjah Selsius dan paling rendah antara 23-25 darjah Selsius, menurut ramalan cuaca terbaru oleh beberapa laman web termasuk accuweather.com.
   
Weathercity.com meramalkan cuaca cerah pada petang Isnin bila jemaah haji berhimpun di Arafah dari Zohor hingga Maghrib memohon keampunan daripada Allah SWT. 
   
Rabu lepas, beberapa khemah di Mina dan Arafah runtuh akibat hujan ribut. Mulai semalam persiapan lojistik untuk wukuf berjalan baik dengan khemah untuk jemaah Malaysia siap didirikan.
   
Sementara itu, pihak berkuasa di Arab Saudi memberi jaminan bahawa segala langkah akan dilakukan demi menentukan perjalanan haji yang lancar. – Bernama, 12 Oktober, 2012.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved