The Malaysian Insider :: Bahasa |
Keputusan mahkamah kalimah Allah tidak patut jejas hubungan antara agama Posted: 14 Oct 2013 02:23 AM PDT "Apabila mahkamah sudah membuat keputusan maka semua pihak perlu menghormati keputusan itu. "Tetapi ini bukan alasan untuk hubungan antara agama menjadi tegang," kata Dr Mujahid, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS sebagaimana dilaporkan TVSelangor. Mujahid yakin, apabila pertemuan antara pimpinan agama diadakan ia dapat mengelakkan pihak rasis dan prejudis agama mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana konflik agama. "Kesan keputusan mahkamah itu diharap akan berterusan menjadi perbincangan dan menguatkan lagi azam melihat suasana kedamaian bagi meningkatkan usaha dialog dan sebagainya," kata Dr Mujahid. Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian. Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis dan ekstrem perlu dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang. Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama, politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini. "Sebelum ini kurang berlaku pertemuan untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain. "Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini dapat dikurangkan," kata Dr Muhamad Nor. Kata Muhamad Nor, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bagi tujuan memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami antara satu sama lain. Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan keputusan yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan majalah Herald menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'. - 14 Oktober, 2013. |

You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan