Selasa, 15 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Prosiding PAC secara langsung di RTM ubah persepsi negatif masyarakat, kata Shabery

Posted: 15 Oct 2013 02:28 AM PDT

October 15, 2013

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
   
Beliau berkata tanggapan PAC selama ini bersidang 'secara rahsia' dengan hanya pengerusi dibenar mengeluarkan kenyataan perlu ditukar, dan siaran langsung prosiding berkenaan mampu menepis persepsi negatif sedemikian selain mempertingkat integriti jawatankuasa itu.
   
"Ada beberapa perkara yang perlu diubah dalam siasatan itu di mana mungkin ada perkara yang melibatkan perbincangan yang lama yang tidak dapat disimpulkan dengan hanya kenyataan beberapa minit oleh pengerusi PAC.
   
"Sekarang RTM sudah mengorak langkah dengan siaran langsung sesi soal jawab Parlimen setiap pagi, dan selepas itu disiarkan melalui IPTV (Televisyen Protokol Internet) di mana semua orang boleh menonton, jadi isu yang berkaitan dengan kerahsiaan sepatutnya tidak timbul lagi," katanya mengulas tanggapan siasatan PAC terlalu rahsia dan tidak akan membawa sebarang perubahan.
   
Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.
      
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapuk, ia perlu ditukar.
   
Ahmad Shabery berkata seperti menteri lain, beliau tidak boleh memperjelas setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan Audit Negara di luar, dan kesempatan menjawab kepada PAC dan disiar secara langsung boleh mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
   
Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah tafsir dengan menganggap apa yang terdapat dalam laporan audit negara sebagai jenayah kerana kebanyakannya lebih menjurus kepada isu perbelanjaan berhemah atau keputusan yang dibuat.
   
"Saya tidak fikir ia boleh dikaitkan dengan jenayah, tetapi saya terbuka untuk menjelaskan persoalan rakyat berhubung integriti dan amanah saya dengan keputusan yang dibuat," katanya.
   
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Komunikasi dan Multimedia membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. – Bernama, 15 Oktober, 2013.

MTUC cadang tiga perkara utama untuk Belanjawan 2014

Posted: 15 Oct 2013 02:18 AM PDT

October 15, 2013

Pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.Pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
   
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.
   
"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah meskipun bayarannya adalah kecil," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilapor berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya.
   
Beliau berkata pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.
  
Sementara itu, Mohd Khalid berkata MTUC turut berharap Belanjawan 2014 yang dijadual dibentang pada 25 Oktober ini mempertimbangkan pemberian bantuan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada pekerja sektor swasta yang berdepan tekanan berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
   
Beliau juga meminta kerajaan mempertingkat kadar pelepasan cukai pendapatan individu menerusi Belanjawan kali ini selain mempertimbang pelepasan cukai tambahan sebanyak RM1,000 bagi mereka yang mempunyai anak pertama, kedua dan seterusnya.
   
Katanya, langkah itu bakal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik kerana rakyat akan mula berbelanja lebih.
   
Mohd Khalid juga mengalu-alukan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia secara dua peringkat mulai tahun depan, yang dilihat sebagai pendekatan baik bagi mengimbangi kadar inflasi. – Bernama, 15 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved