Selasa, 15 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Busking – antara kreativiti dan kejujuran

Posted: 14 Oct 2013 04:41 PM PDT

October 15, 2013

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

Paul Wright (53 tahun) seorang professor muzik dan pemain biola professional, juga merupakan Perth Symphony Orchestra (PSO) Concertmaster. Pendekata beliau antara pemain violin yang terhebat.

Saya tidak nafikan itu, menonton persembahan dan gesekan biola beliau bersama duo groupnya Kashtany Duo di YouTube bergandingan dengan seorang lagi pemain akordian memainkan lagu Bulgarian Gypsy Hora dan Czardas yang penuh dengan mood-mood gipsi dan jazz memang mengkagumkan.

Beliau telah melakukan eksperimen dengan "busking" berhampiran pintu masuk masuk subway di Perth, Australia dengan bermain biola memainkan muzik-muzik Bach antaranya dan hasilnya beliau hanya mendapat 8 dollar walau khalayak ramai yang lalu-lalang namun mereka tidak mengindahkan kehadiran atau permainan hebat beliau. Mengapa itu berlaku?

Saya melihat beliau tidak jujur dengan apa yang dilakukannya atau cuba menjadi seorang busker dengan memainkan lagu-lagu hebat dan tempatnya bukan di situ sebenarnya.

Saya percaya jika diletakkan seorang busker yang sebenar di situ, perhatian dan sumbangan dari khalayak akan lebih baik dari hanya sekadar meraih 8 dollar.

Busking bukannya tentang menunjuk tahap hebat dan pandai kita dalam permainan muzik dan dari situ sepatutnya kita akan dapat banyak duit sebab kita bagus? Kita perlu faham manusia yang lalu lalang bukan semuanya pemuzik dan peminat muzik.

Mereka pula sibuk dengan urusan harian untuk meneruskan hidup tanpa menghiraukan kehebatan Paul Wright, saya tidak menyalahkan mereka kerana muzik bagi sesetengah kita hanyalah sekadar singgah seperti angin lalu saja.

Yang hanya indahkan muzik hanya kita-kita yang faham tentang aliran dan kefahamannya. Samada kita ini pendengar sejati mahu pun seorang pemuzik.

Berbeza jika Paul bersama PSO di mana para penonton yang datang adalah di kalangan mereka yang berduit dan peminat muzik orkestra. Dan Concertmaster seperti beliau, peranannya sangat penting dalam sesebuah orkestra yang mana beliau merupakan pemain lead dan kedudukannya nombor dua penting selepas konduktor.

Tapi cerita di jalanan ceritanya berbeza sama-sekali. Kita tidak dapat membaca apa yang khalayak mahu tapi bagi saya, daripada beliau memainkan lagu-lagu yang orang tak faham, lebih baik main lagu-lagu yang penuh dengan elemen pop yang mudah diterima pendengar seperti lagu-lagu Men at Work atau Crowded House, contohnya.

Busking bagi saya adalah tentang kreativiti, ketekunan dan kejujuran dan ia memerlukan fokus dan memerlukan nilai sabar yang tinggi dengan apa yang kita lakukan. Kita juga perlu layan apa yang mereka mahu, bukan apa yang kita mahu sepenuhnya.

Kalau di negara kita ini, apa yang kebanyakan mereka mahu itulah kadang-kadang lagu Tegar, Anak Kampung, Semut Merah atau lagu Sabun Mandi atau kalau mereka suka lagu Spoon, Sudu dan Garpu pun kita perlu tahu..

Semuanya lagu popular yang tidak punya nilai hebatnya di situ, tapi jika kita seorang busker, kita layan je apa yang orang suka dan yang paling penting kita perlu enjoy dengan apa yang kita lakukan.

Untuk saya, selepas layan lagu orang, saya akan pastikan diri saya juga terhibur dengan lagu-lagu yang sesuai dengan jiwa saya seperti lagu-lagu orang putih 70an yang rare tapi popular. Jadi kita sebagai nakhoda perlu tahu mengawal kemudi dan haluan. At the end, berapa banyak yang kita dapat?

Biasanya saya akan menyanyikan lagu-lagu Ronan Keating, Wonderful Tonight atau Hotel California sebanyak 4 atau 5 kali dalam sehari. Saya pun letih sebenarnya menyanyikan lagu-lagu itu tapi dah khalayak suka, saya layan je. Jika mereka suka, mereka akan menghargainya dengan memberi sumbangan, itu saja...

Kalau syok sendiri dengan lagu-lagu yang orang tak faham dan akhirnya kita hanya mendapat RM8 selepas busking berjam-jam, itu bagi saya tak berbaloilah. Lebih baik jangan busking, buat penat badan je...

Busking juga adalah tentang aura kita sebagai busker. Tidak semestinya kita hebat bermain muzik atau menyanyi saja, bahkan jika kita berjaya menghiburkan khalayak dengan telatah kita, itu juga satu kelebihan.

Itulah juga yang membezakan busker otai terdahulu antara Sidek (arwah) dan Wahid. Sidek lebih mendapat perhatian khalayak kerana beliau seorang "entertainer" atau penghibur dan hasilnya beliau mendapat lebih banyak hasil berbanding Wahid walau secara personal saya lebih tertarik dengan gaya Wahid. Wahid hanya seorang "performer".

Dulu sewaktu busking bersama rakan-rakan busker yang saya kenal, ada di kalangan mereka lebih mendapat banyak hasil dari apa yang saya dapat walau mereka hanya menghafal 10 lagu saja berbanding saya yang sudah bermain muzik lebih lama dan lebih banyak lagu-lagu yang saya hafal berbanding mereka.

Baru-baru ini seorang kawan lama datang berjumpa dan berbual dengan saya setelah tidak bertemu dari tahun 1992 dulu. Katanya saya konsisten dengan watak saya dari dulu sampailah sekarang dan nyata saya bahagia dengan apa yang saya lakukan.

Kita perlu nikmati dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Kita juga perlu belajar untuk lebih menghargai kehidupan ini kerana waktu semakin singkat dan dunia semakin gila.

Semua manusia kecuali orang gila semakin gila mengejar nikmat dunia dan kesenangan. Selain orang gila, tidak ada apa istimewa tentang manusia normal hari ini.

Berbalik pada fitrahnya kehidupan, semua kita hidup dengan watak-watak yang telah di amanahkan untuk kita menjalani seperti yang telah direncanakan. Jujurlah dengan watak kita di dunia ini. – 15 Oktober, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Progressives and Umno politics

Posted: 14 Oct 2013 03:36 PM PDT

October 15, 2013

Datuk Zaid Ibrahim founded Malaysia's largest law partnership before focusing on politics. He was a minister in the Abdullah administration, was in Umno, PKR and last in KITA as its president.

Last week I was immersed in the literary festival in Ubud, Bali, listening to well-known writers as they shared their progressive views on the many facets of the human condition.

Most people associate the word "progressive" to include far-sighted views on democratic systems of government, an equitable economy and a free society where personal liberty is well protected.

In political terms, a progressive country is one where laws protect the rights of all communities—including minorities—and where the courts are independent and well respected.

In other words, improving the human condition is the yardstick by which progressives are measured.

In the US, for example, the progressive movement of the 1890s  included the fight for progressive taxation, where the rich were taxed more; the fight for the rights of women generally, including their right to vote; and freeing education from the clutches of vested interests and the Church.

In the UK, reformists sometimes use the term "progressive" when they are not happy with either the Conservatives or the left-leaning socialists in Labour.

There is not much difference, however, among the three big parties on the "big issues", such as the meaning of democracy; the need for accountability and transparency in Government; the need for the Rule of Law  to be applicable at all times; or the idea that liberty and freedom for the people of Great Britain are guaranteed.

Their differences are more on budgetary priorities, healthcare services, school systems and the role of the state in providing socioeconomic services.

By now most of us have read about the great success of Khairy Jamaluddin and Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil at the recent Umno polls.

Everyone was ecstatic that the so-called "progressive forces" in Umno had won. In their opinion, the fact that the relatively unknown challengers (whose names many people could hardly spell) failed to unseat the powerful incumbents signalled a major political shift in Malaysian politics.

That's how desperate Malaysians have become for change: they are willing to clutch at straws or believe in shadows if it helps them be happy with the conditions in the country.

A political party does not become something else just because some unknown challengers could not make any headway. The nature of the party—its political DNA—does not change.

The incumbents do not become "progressive'" just because they defeated challengers whose ideological viewpoints were different from theirs, just as the country did not become safer a week after the Prevention of Crime Act was passed.

I hope the supporters of the Umno "progressives" and their allies will help explain how this changes Umno in ways that we the rakyat (people) can relate to, and what policies they will bring about that are substantially different from the ones we already have.

Will Utusan Malaysia be different now? Will Dato' Seri Zahid Hamidi lose in the polls, or is he also a progressive?  How are Datuk Seri Hishamuddin Hussein's views, for example, different from Tan Sri Isa Samad's in politics, governance, integrity and accountability? How is Datuk Mukhriz Mahathir more racist than, say Datuk Seri Ali Rastum or even Zahid?

I am raising these questions because we must not treat the success of a certain gang or group as "progressive" just because they have conveniently and successfully labelled their opponents as "right wing".

There must be real and substantial differences in their political views and thoughts before we can make this distinction. It's not necessary for us the rakyat to take sides in the Umno political contest by lending credence and respectability when none is expected from us.

It's better to wait and see if the progressives are real or if they are just wayang (show)—which is what Ubud is wonderfully famous for. – October 15, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved