The Malaysian Insider :: Bahasa |
Dr Mahathir akui ‘salur’ RM200 untuk menang di peringkat bahagian Posted: 18 Oct 2013 02:18 AM PDT Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang. Beliau berkata rakyat tidak perlu berharap kerajaan untuk membetulkan sistem sedia ada kerana mereka masih tidak mampu memperbaiki kelemahan dalam Umno. "Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang. "Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini. Dr Mahathir turut menyifatkan perpaduan yang lemah di kalangan orang Melayu menyebabkan suara mereka kurang didengari akibat suara orang Melayu yang terpecah kepada parti Umno, PKR dan PAS.- 18 Oktober, 2013. MENYUSUL LAGI |
Guru tadika dapat kelulusan mahkamah untuk dakwa suami kerana menghina mahkamah Posted: 18 Oct 2013 02:01 AM PDT Indira berjaya mendapatkan hak penjagaan tiga orang anak, beliau Tevi Darsiny , 16, Karan Dinish , 15, dan Prisana Diksa. Lee, pada bulan Julai tahun ini memohon membatalkan penukaran agama Tevi Darsiny , Karan Dinish dan Prasana Diksa kepada Islam yang dilakukan tanpa pengetahuan Indira. Indira berkahwin dengan Muhammad Riduan yang sebelum itu dikenali sebagai K. Patmanathan , 20 tahun yang lalu mengikut upacara agama Hindu. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan