The Malaysian Insider :: Bahasa |
Anak syarikat TNB terima dua Anugerah Tenaga Asean Posted: 05 Oct 2013 02:52 AM PDT Syarikat, di dalam satu kenyataan di sini berkata, kedua-dua anugerah itu ialah untuk Amalan Terbaik Asean dalam kategori Projek Arang Batu. Anugerah itu diterima oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman. TNB Janamanjung adalah satu-satunya pengendali loji kuasa arang batu Malaysia bersaing untuk anugerah-anugerah berkenaan. Untuk sub-kategori CSR, ia mengalahkan sembilan pengendali lain dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pada masa ini, TNB Janamanjung mempunyai kapasiti jana kuasa 2,100 megawatt menerusi tiga loji kuasa arang batu dengan kapasiti jana kuasanya akan meningkat dengan tambahan 1,000 megawatt sebaik sahaja loji baharunya siap pada 2015. – Bernama, 5 Oktober, 2013. |
Nizar: PAS akan fail injunksi ke atas wakil rakyat Umno Perak Posted: 05 Oct 2013 02:07 AM PDT Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, injunksi tersebut adalah antara empat daripada lapan tuntutan petisyen pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang bakal dibawa ke Mahkamah Persekutuan bagi proses rayuan setelah ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya, Kuala Kangsar sebelum ini. "Kita akan failkan tuntutan kita ke atas wakil rakyat Umno tersebut. Kita mahu mahkamah memberikan injuksi kepada dia untuk melarangnya masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak kerana telah melanggar undang-undang pilihanraya di mana sebelum ini kita mempunyai tempoh masa bantahan selepas PRU namun tidak pada (PRU13)," katanya dalam satu forum Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad, Selangor. Nizar berkata antara lain rayuan petisyen pilihanraya itu turut mengemukakan beberapa bukti wujudnya rasuah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Umno. "Semua bukti mengenai penipuan ketika (PRU13) telah kita kumpul termasuk daripada rakaman video, rasuah siapa petugas (SPR) dan wakil Umno yang memberi rasuah termasuk catatan masa dan alamat. Semuanya lengkap, kerana itu kita mengharapkan rayuan diterima bagi mendapat perbicaraan penuh terhadap kes tersebut. Jika tidak dapat semua, kita berharap hakim menerima dua daripada petisyen itu," katanya. Nizar turut mendedahkan alasan pertukarannya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang kepada DUN Changkat Jering semasa PRU13 lalu. "Saya menang di DUN Pasir Panjang pada PRU12, namun apa yang dilakukan oleh Umno, mereka menukarkan kerusi daripada MIC kepada lubuk Umno. Kemudiannya menambah pengundi baru di DUN Pasir Panjang sebanyak 11,000 orang. Tidak cukup dengan itu, SPR juga menambah 3,000 pengundi tegar Umno dari Lumut untuk didaftarkan di Pasir Panjang selain memindahkan 800 penggundi dari DUN Pasir Panjang ke DUN Setiawan," katanya. Dalam PRU13 lalu, Nizar memenangi DUN Changkat Jering dengan jumlah undi 14,495, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Husin dengan undi sebanyak 13,325. - 5 Oktober, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan