Selasa, 8 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pemandu: Jawatankuasa Bertindak dibentuk bagi setiap siri Laporan Ketua Audit Negara

Posted: 08 Oct 2013 02:06 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
October 08, 2013

Setiap siri Laporan Ketua Audit Negara 2012 akan diteliti oleh Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil terhadap isu yang dibangkitkan dalam laporan prestasi audit tersebut, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pemandu mengatakan jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan meliputi Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia, termasuk beberapa agensi yang relevan.

"Tujuan utama membentuk Jawatankuasa Bertindak ini adalah untuk memastikan keputusan terhadap sesuatu kes dapat dilakukan dengan cepat dan tegas serta memudahkan perkongsian maklumat yang lebih besar antara agensi untuk meningkatkan kecekapan proses siasatan, " kata Tan Sri Ambrin Buang (gambar).

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bertindih dengan fungsi jawatankuasa sedia ada yang dipengerusikannya.

Berbanding PAC yang turut dianggotai oleh wakil ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Rakyat, Nur Jazlan berkata, masyarakat mempunyai persepsi jawatankuasa berkenaan mustahil dapat menyiasat secara bebas kerana mereka menyiasat anggota mereka sendiri.

Ambrin bagaimanapun dipetik kenyataan Pemandu itu berkata terdapat beberapa isu yang masih gagal diselesaikan untuk tempoh masa yang lama dan memerlukan campurtangan Putrajaya, yang mana dengan membentuk satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi menutup berkenaan perkara-perkara cemerlang.

"Jawatankuasa ini akan menyiasat kes-kes terdahulu berkaitan rasuah bagi memberi dorongan yang diperlukan kepada pelbagai agensi untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan yang serius dan mengambil tindakan yang perlu," kata Ambrin.

Laporan Ketua Audit bermula tahun ini akan dikeluarkan secara bersiri, dengan siri 1 dan 2 telah diedarkan di Parlimen pada minggu lalu.

Pemandu menjelaskan, ia adalah sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk membolehkan setiap isu dikenalpasti dengan lebih mendalam.

Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 dijangka akan dikeluarkan bulan hadapan.

Inisiatif berkenaan juga adalah termasuk dalam empat inisiatif transformasi kerajaan.

"Kelemahan melibatkan kelewatan dan tiada tindakan daripada Putrajaya menguruskan cadangan mencetuskan idea bagi pembaharuan berkenaan," kata Pemandu. – 8 Oktober, 2013.

Muhyiddin: BN pernah menang di DUN Sungai Limau

Posted: 08 Oct 2013 01:49 AM PDT

October 08, 2013

Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun DUN Sungai Limau dianggap kubu kuat PAS, tetapi BN juga pernah menang di kawasan DUN itu.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh PAS yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya DUN Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di Yan hari ini.

Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan DUN Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pengundi serta membantu mereka. – Bernama, 8 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved