Selasa, 8 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Kebahagiaan, kasih sayang dan penderitaan

Posted: 07 Oct 2013 08:15 PM PDT

October 08, 2013

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

Saya cukup tertarik kepada sebuah filem yang saya tonton suatu ketika dulu, 'The Last Temptation of Christ' filem lakonan Willem Dafoe dan arahan Martin Scorsese keluaran tahun 1988. Filem ini berkisar tentang subjek penderitaan dan kasih sayang untuk sebuah kebahagiaan.

Menarik juga filem ini kerana muzik dan soundtrack digubah dan dikarang oleh pemuzik dan penyanyi hebat Peter Gabriel.

Saya tertarik pada babak di mana tatkala Isa menderita dipalang salib, datanglah satu makhluk sama ada malaikat mahu pun iblis yang menjelmakan dirinya sebagai seorang gadis umur belasan tahun memujuk Isa untuk keluar daripada penderitaan dan kesengsaraan untuk kembali manjadi manusia dan menterjemahkan makna kehidupan dalam dunia yang penuh warna ini.

Maka atas pujukan si gadis, Isa pun kembalilah hidup sebagaimana manusia biasa yang beranak-pinak dan berkehendak sehinggalah sampai hari tuanya tiba, apabila apa yang dilalui semuanya hanyalah sebuah ilusi semata.

Saya melihat filem ini penuh dengan makna, falsafah dan pengetahuan. Banyak yang boleh kita dapat dengan menonton filem ini sebenarnya.

Isa tidak berkahwin dan menjadi lilin untuk menerangi umatnya. Muhammad berkahwin dan beranak-pinak, pun menjadi contoh untuk umat manusia juga.

Di dalam hidup ini terdapat beberapa perkara yang kalau boleh saya mahu betulkan tapi itulah, takdir dan nasib bukan di tangan kita.

1 - Sewaktu tinggal di Ipoh tahun 2008 dulu saya pernah menerbitkan album yang berjudul Sakrat diterbitkan hasil kolobrasi bersama arwah Amirul Fakir (penulis dan penyair) dan Kamal Sabran. Impian saya agar album itu diterima ramai dan Amirul sempat merasai nikmat kejayaan sebagai seorang penulis. Saya mahu dia sekurang-kurangnya mendapat hasil yang berbaloi daripada segi ringgit dan pulangan.

Saya tidak tau sama ada saya ini lebih melihat daripada sudut materi atau apa, tapi saya akan tumpang gembira jika beliau berjaya daripada segi kebendaan dan boleh hidup sebagai seorang seniman walau saya faham syurga itu ada di hati orang yang beriman dan syurga ada di mana-mana walau di pondok buruk mahu pun di istana.

Tapi saya menghormati jiwa seorang seniman yang merasai nikmat kehidupan yang seadanya seperti yang beliau lalu dan tempuhi dan saya menghormatinya.

Amirul seorang seniman yang berbakat tetapi hasil karyanya melalui dua buah bukunya yang diterbitkan, koleksi sajak Fosil dan koleksi cerpen 'Mea Culpa' walaupun bijak dan berkualiti tapi tidak mendapat sambutan kerana kurang nilai komersial. Saya fikir waktu itu melalui album sajak-sajaknya yang dilagukan akan lebih diterima.

Tapi saya bukanlah seorang singer-songwriter yang sukses dari segi materi. Saya pun daripada segi karya lebih kurang Amirul juga, kurang nilai komersial. Hasilnya album Sakrat mendapat sambutan dalam kelompok yang minoriti kerana hanya dicetak sebanyak 100 unit secara independent. Itu tidak memadai sebenarnya.

Pun waktu itu kita punya perancangan untuk promosi album tersebut, namun segalanya terbantut atas faktor kesihatan Amirul yang mula kritikal sehingga beliau menghembuskan nafas akhir pada Jun 2011.

2 - Saya kenal seorang kawan yang berniaga buku sastera yang rugged secara independent. Umurnya masih muda, dalam lingkungan awal 30-an. Masalahnya beliau hanya berminat untuk menjual karya yang kurang dibaca atau yang tidak punya nilai komersial.

Beliau pula nyata bahagia dengan kehidupannya yang sangat sederhana dan marhaen. Saya pula lebih suka jika kawan saya ini ada cita-cita untuk memajukan taraf hidupnya dengan cara berubah ke arah yang lebih terbuka dan cuba merasai nikmat keberadaan lebih baik daripada apa yang dilaluinya sekarang.

Maknanya seimbangkan dengan menjual buku-buku yang lebih diminati ramai atau menjual suratkhabar. Dalam masa yang sama jual juga buku-buku yang tidak punya nilai komersial itu.

Tapi itulah, saya hanya tumpang bangga jika kawan saya itu akan berjaya sebagai seorang peniaga walau saya juga faham yang syurga itu letaknya di jiwa yang sederhana juga. Saya juga akan tumpang gembira jika suatu hari nanti kawan saya ini akan berjaya sebagai seorang peniaga yang penuh dengan wawasan dan cita-cita, beranak-pinak dan hidup bahagia suatu hari nanti.

3 - Saya kenal baik seorang kawan yang juga merupakan tempat saya belajar tentang banyak perkara terutamanya dalam aspek muzik dan lagu. Kawan saya ini pengetahuannya dalam ilmu muzik memang mengkagumkan. Beliau memang hamba seni yang sejati.

Tapi itulah, beliau lebih suka tinggal di dunianya yang tersendiri dan tidak mahu menggunakan kebolehan dan bakatnya di dalam bidang muzik mahu pun penulisan secara komersial. Beliau bagi saya terlalu merendah diri sehingga sukar untuknya keluar dari sarangnya dalam tempoh masa yang sangat lama.

Akhirnya beliau cuba menyesuaikan diri dalam dunia yang realistik sifatnya ini dan ia sesuatu yang menggembirakan saya sebenarnya. Sepatutnya beliau mampu hidup senang walau tidak mewah dalam bidang yang dicintainya tapi itulah juga seperti tajuk lagu kumpulan Queen, ' Too Much Love Will Kill You' dan kita kadang-kadang perlu mengakui akan kebenaran kata-kata itu.

Hari ini kawan saya itu masih bermain muzik demi meneruskan sisa-sisa waktu yang masih ada. Kita tidak tahu bila masanya akan tiba tapi bekerja untuk mencari rezeki itu adalah salah satu ibadah yang dituntut sebagaimana layaknya sifat kita yang bernama manusia ini.

Bagi saya tidak ada salahnya jika kita bersama-sama meraikan cerita dunia ini kerana syurga dan neraka itu untuk kita yang menilainya. Memang jika tinggal di pondok buruk itu juga merupakan syurga jika bahagia kita letaknya di situ. Dan syurga juga ada di istana yang indah daripada segi materinya jika kita letakkan bahagia itu di situ, di jiwa yang bahagia.

Jiwa tidak akan faham apa itu kebendaan. Yang faham hanya kehendak kita yang letaknya di nafsu kerana fitrah dan sifatnya kita yang bernama manusia. Syurga dan neraka itu jika kita gaulkan pengertiannya dalam kefahaman yang hakiki akan menghasilkan makna bahagia juga akhirnya. – 8 Oktober, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

What Utusan doesn’t know about DAP

Posted: 07 Oct 2013 04:26 PM PDT

October 08, 2013

Liew Chin Tong is the DAP MP for Kluang.

Falsehoods and pseudo-logic are being fed to Utusan Malaysia readers and the TV3 audience just to prevent the Malays from truly understanding the DAP. Here are some of the things that Umno, Utusan and TV3 ought to know about DAP.

First, is Umno's electoral system superior to DAP's?

It is comical to see Utusan and TV3's recent tirade against DAP secretary-general Lim Guan Eng for not winning the top spot in the re-election of its central executive committee and why I, being the candidate who received the highest number of votes, should be handed the secretary-general's post immediately.

Underlying this is the notion that DAP's party electoral system is faulty and undemocratic. Systems that are dissimilar to Umno's are not necessarily faulty. Each type of electoral system comes with its own reasoning which requires deeper analysis.

Umno has a system that ostensibly allows for election of key office bearers. On paper it looks democratic. But only on two occasions have Umno presidents had to face a challenger: in 1978 Tun Hussein Onn had to fend off Sulaiman Palestine and in 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad survived a challenge by Tengku Razaleigh Hamzah by a mere 43 votes.

Malaysian history would have been very different had Tengku Razaleigh won the Umno election. Or had Umno made it much easier to contest against the president, some of Umno best leaders would have taken turns to serve as Malaysia's prime ministers. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Datuk Seri Anwar Ibrahim are the prime ministers we never had, in part because Umno's electoral system is biased towards incumbent presidents.

In the end, Umno presidents could only be removed through party coups. Indeed, Dr Mahathir had a hand in undermining the premierships of Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn and Tun Abdullah Badawi. Tun Razak died prematurely in office. Next we wait to see Dr Mahathir's knife being pointed at Datuk Seri Najib Razak, especially if Mukhriz Mahathir fails to win his vice-president's post.

Since the formation of DAP in 1966, all top leaders have to go through election once every three years. Delegates elect 20 members to form the central committee, which in turn elects among its members the office bearers. The 20 elected leaders further appoint another 10 persons to join the central committee.

In all the years that Lim Kit Siang was secretary-general, he never topped the list of votes. It was only in 2008 and 2012, when he was no longer secretary-general, that he received the most number of votes.

Secretary-generals have to run the party and make decisions. Not every decision pleases every single member. Which is why there is a saying among DAP leaders that whoever appointed to chair the Disciplinary Committee – the unit that is supposed to crack the whip, including proposing to sack members – would expect a decline in votes.

The DAP is organised along the idea of collective leadership. The secretary-general does not acquire a presidential aura, but is just the "first among equals" of leaders elected at the same election. The chairman chairs meetings and watches over the secretary-general and other office bearers who execute the decisions of the central committee. The chairman is not the president.

Second, has Umno ever elected a non-Malay to its supreme council?

Of course this is just a rhetorical question, a reminder that non-Malays are barred from joining Umno.

Umno and its surrogates have  accused the DAP of not electing Malay members into the CEC, except for Zairil Khir Johari. In their mind, it's always the skin colour.

No political party operates from a vacuum. The DAP had to contend with an image problem among the Malays, in part thanks to years of poisoning by Umno and Utusan Malaysia, making it difficult for mass participation of Malays in DAP. Nonetheless, DAP members can still take pride in a party that strives to be "the most Malaysian party" in terms of leadership and candidatures.

Only Parti Keadilan Rakyat and DAP can claim to have all the key ethnic and geographical groups represented in the party structure and as well as among elected reps at the national level.

Diversity is DAP's strength. DAP has more Indian elected representatives than the Indian-only party, MIC. In this election, DAP won in some seats that have more than 50% ethnic Malay voters as well as seeing three ethnic Malay reps being elected, namely Dato' Ariff Sabri, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji and Zairil Khir Johari.

Geographically, DAP is the first party to have branches in all states of Malaysia. Last May's general election also saw a Kadazan, Dr Edwin Bosi, being elected as state assemblyman in Sabah.

Admittedly, making diversity its creed and practising it is not an easy task, especially when the likes of Utusan and TV3 kept fanning racial sentiments and insecurity. But diversity is in our "article of faith".

Third, does Umno provide enough opportunities for young people to be in the party leadership?

I suspect there is something that Umno members are quietly amazed by DAP and felt let down by their own party and leaders: that the DAP has youth power.

40% of the 20 DAP elected CEC members were born after 1970. Chong Chieng Jen (MP for Bandar Kuching), Nga Kor Ming (Taiping), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Gobind Singh (Puchong), Loke Siew Fook (Seremban) and myself were born after 1970 while Teo Nie Ching (Kulai) and Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) were born after 1980.

DAP has a strong pioneer generation cohort that are the moral pillars of the party; for instance, Karpal Singh and Lim Kit Siang evoke deep emotions. The middle-age generation leaders have at least 20 years of experience of electoral politics under their belt.

Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Chong Eng and Ngeh Koo Ham as well as Dr Boo Cheng Hau have vast experience both in opposition and in state governments while Tan Kok Wai and M. Kula Segaran and Fong Kui Lun are the resilient veteran leaders.

Whereas people of my age in Umno are still competing at youth level (its leader Khairy Jamaluddin is a year my senior) and some friends in MCA Youth leadership already have children about to reach voting age!

Instead, DAP's young are given the opportunities to learn on the job in the central committee's executive positions, such as National Organising Secretary, National Publicity Secretary, National Political Education Director, Head of Legal Bureau and International Secretary.

By the next general election, there will be a strong and experienced third generation born after 1970, many of whom would have been elected for at least two terms in the federal parliament.

The young are able to rise in the ranks of the party and form a formidable cohort in part because the electoral system is relatively collegial.

These are the things about DAP that Umno and its surrogates fail to grasp. - October 8, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved