The Malaysian Insider :: Bahasa |
Chew Mei Fun kembali ke MCA, bertanding jawatan Naib Presiden Posted: 10 Dec 2013 02:38 AM PST Mengumumkan keputusan beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini Chew, yang merupakan satu-satunya calon wanita bagi jawatan Naib Presiden, berkata beliau mahu bertanding bagi jawatan itu untuk membantu memperbaharui dan membina semula parti. "Selepas berundur daripada politik aktif, keputusan ini pastinya bukan mudah. Bagaimanapun, sebagai anggota MCA dan daripada apa yang saya telah timba dan lalui, bagaimana saya boleh berdiam sahaja dan menyaksikan apa yang berlaku kepada parti?" katanya dalam satu kenyataan. Chew, 49, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA pada 8 April, 2010, dua minggu selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden untuk menepati janjinya yang beliau akan melepaskan jawatannya itu jika Dr Chua menang. Sejurus kemudian, pada April 28 tahun yang sama, beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan timbalan menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Chew merupakan orang kelima untuk menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertanding bagi empat jawatan naib presiden itu semasa pemilihan parti pada 21 Disember. Yang lain termasuk Datuk Chua Tee Yong, Datuk Lee Chee Leong, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor Datuk Wee Jeck Seng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun, Kedah Leong Yong Kong. Bagi jawatan presiden parti, sehingga ini tiga orang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding â Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, bekas Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Peng Shieu. Penyandang jawatan tertinggi parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti itu. Bagi jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Naib Presiden Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyatakan hasrat masing-masing untuk bertanding. Pencalonan bagi pemilihan parti akan diadakan pada 16 Disember dengan pemilihan Pemuda MCA pada 19 Disember, Wanita MCA (20 Disember) dan barisan utama kepimpinan MCA (21 Disember). â Bernama, 10 Disember, 2013. |
Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik Posted: 10 Dec 2013 02:30 AM PST Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini. Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri. Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini. Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut. Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan. "Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab. "Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya. Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi. Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara. Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak). Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa. Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri. Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. â 10 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan