Selasa, 10 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Melayu bergantung kepada Allah, bukan Umno

Posted: 09 Dec 2013 03:30 PM PST

December 10, 2013

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Mengikuti ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan perbahasan perwakilan di Perhimpuan Agung parti itu minggu lalu yang penuh dengan semangat perkauman, kita boleh merumuskan bahawa Umno berada di 'alam fantasi' kerana pemikiran mereka tidak berjejak di alam realiti negara ini.

Alam realiti itu ialah yang di luar PWTC, tempat Perhimpuan Agung Umno itu diadakan.  Di sana ada lebih 25 juta rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan kehidupan yang pelbagai, kepercayaan politik  pelbagai. Semuanya mencerminkan kemajmukan masyarakat majmuk di Malayasia, yang saya kira, Umno dan pimpinannya tidak berupaya memahaminya.

Apabila presiden bertanya, "Ke manalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi. Di manakah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan, jika tidak di perhimpunan ini. Jika tidak kepada parti Umno ini". Ini suatu pertanyaan yang sama sekali tidak munasabah, ia boleh menjadi syirik Rububiyah, di luar logik akal dan boleh menjadi bahan kekeliruan yang sangat besar, justeru pertanyaan ini tidak mungkin dapat diterima oleh rakyat yang berfikir matang.

Ini kerana kuasa Allah menentukan segalanya, bukan manusia. Jika Umno percaya bahawa Umno menentukan nasib orang Melayu, ini bermakna melanggar hak Allah untuk menentukan hidup dan rezeki manusia. Cuma, manusia perlu berakhtiar untuk membina kehidupan.

Orang Melayu tetap boleh menjadi kaya raya, tanpa kehadiran Umno, jika rajin berusaha dan menambah ilmu. Tetapi jika mereka malas, walau di zaman Umno masih ada, ia tetap miskin dan ketinggalan. Kecuali mereka menjadi kaya jika melalui jalan mengampu, rusuah, penyelewengan dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam.

Sebagai contoh, sebahagian besar orang Melayu di Singapura, walaupun tanpa kehadiran Umno di sana, mereka kini menikmati kehidupan selesa, walaupun tidak menjadi kaya raya. Ini kerana mereka berusaha keras mencari rezeki - bekerja dengan kerajaan dan swasta serta berniga sendiri. Mereka bekerja keras untuk survival.

Kini orang Melayu di sana, sepanjang pengamatan saya, kerana mempunyai saudara-mara dan rakan di sana, banyak menumpukan bidang perniagaan dan perusahaan dan ramai yang berjaya, termsauk golongan wanita. Mereka menjadi sangat kreatif dan inovatif  hingga mencapai kejayaan. Ini menjadi contoh terdekat, Melayu boleh berjaya dalam kehidupan mereka, di mana-mana, tanpa Umno. Jadi tentunya bukan Umno yang menentukan kehidupan seseorang, malah padangan yang mengatakan nasib Melayu di tangan Umno adalah bertentangan dengan Islam.

Sementara itu, ucapan dan perbahasan di perhimpunan parti sekular itu yang penuh dengan teriakan perkauman adalah cerminan bagaimana sempitnya pemikiran mereka.

Tetapi oleh kerana mereka menguasai TV dan media cetak tradisional, maka digambarkan perhimpunan itu begitu grand dan hebat sekali, tetapi natijahnya tidak ada apa-apa, seperti kata pujangga Inggeris, William Shakespeare, "Like sound and fury, means nothing." (Riuh rendah bunyinya, tetapi isinya kosong).

Perhimpunan itu membuktikan Umno berada di 'alam fantasi' kerana pemikiran mereka tidak berjejak di alam realiti negara ini. Iaitu pada ketika rakyat, pelbagai kaum dan anutan agama bercakap mengenai keadilan dan demokrasi, kehidupan yang semakin sukar kerana rakyat dibelit kenaikan harga barang, pelbagai cukai, kesan rasuah dan penyelewengan kepada rakyat dan pelbagai lagi, tiba-tiba rakyat dihadapkan dengan pelbagai kenyataan perkauman.

Di dalam Perhimpunan Agung Umno itu macam-macam ucapan yang  karut-marut, melucukan, malah menggambarkan lemahnya mutu pembahasan. Maka berderai-derailah ketawa para hadirin kerana merasa sangat 'terhibur' dengan ucapan seperti itu. Padahal orang luar merasa amat jengkel dengan telatah perwakilan itu. Bagaimanapun itulah dia 'mutu' perbahasan di perhimpunan tersebut.

Mengapa tidak dibangkitkan isu Batu Puteh, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga petrol, gula, tarif elektrik dan cukai pintu Kuala Lumpur tahun depan.

Bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan amalan rasuah dan penyelewengan meningkat di zaman pentadbiran Najib. Apakah benar di zaman Dr Mahathir tidak terjadi demikian. Rakyat sedang menyaksikan satu lakonan yang sungguh real oleh pemimpin Umno sendiri.

Jeritan 'Salam 1Melayu'  pula jelas menunjukkan sikap paranoid yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.

Saya tidak tahu apakah maknanya 'Salam 1Melayu' yang mungkin ditujukan kepada bangsa Melayu saja atau kepada seluruh rakyat Malaysia dan ini memang sangat melucukan.

Saya tertarik dengan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang berkata, perwakilan Umno kali ini gagal mengupas isu Pulau Batu Puteh, pencerobohan wilayah Malaysia oleh pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah yang langsung tidak mendapat perhatian. Selain itu, isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) gagal didebatkan secara khusus.

Nurul Izzah berkata, isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) turut tidak mendapat perhatian sepenuhnya di perhimpunan tersebut kerana kegagalan dalam meningkatkan mutu pencapaian pendidikan secara global akan terus menggelapkan masa depan pelajar.

"Apakah perasaan ibu bapa apabila mendapat tahu bahawa murid dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam darjah 5 dan 6 berpendidikan setaraf dengan pelajar tingkatan 3 negara kita?

"Apakah pendidikan berkualiti dan berpendapatan tinggi tidak penting bagi Umno? Merekalah yang akan mewarisi kadar gaji malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi," katanya sambil menyifatkan pelajar Melayu perlu terus mendapat bantuan.

Nurul Izzah berkata, Umno hanya selesa memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul penjenamaan semula dasar ekonomi yang hanya untuk kepentingan ahli Umno terpilih saja.

Pada pendapat saya, Perhimpunan Agung Umno itu cuba mengelak daripada membangkitkan pelbagai isu sebenar negara seperti yang disebutkan tadi, dengan mengalihkan perhatian kepada isu perkauman yang sama sekali tidak menggambarkan realiti masyarakat hari ini.

Kesimpulannya, dengan hanya menumpukan isu survival Umno yang menuju kepada isu perkauman, maka ternyata, seperti yang saya katakan tadi, bahawa Umno sebenarnya hidup di alam fantasi. – 10 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved