The Malaysian Insider :: Bahasa |
Abu Kassim terima anugerah daripada Sultan Selangor Posted: 11 Dec 2013 02:08 AM PST Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar) berkata, beliau berbangga kerana kini usaha dan penglibatan SPRM dalam membanteras rasuah bukan hanya mencatatkan kejayaan di negara ini tetapi turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuanku Sultan untuk anugerah ini yang saya kira suatu bentuk pengiktirafan Tuanku kepada pencapaian SPRM membanteras rasuah selama ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini. Abu Kassim, 53, yang dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran Datuk Setia, adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Keputeraan Ke-68 Sultan Selangor hari ini. Hadir sama dalam istiadat pengurniaan tersebut ialah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; serta barisan Exco dan wakil-wakil rakyat Selangor. - Bernama, 11 Disember, 2013. |
MB Terengganu dipuji, tahan lori roti untuk diagih kepada mangsa banjir Posted: 11 Dec 2013 01:55 AM PST Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini, Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) memuji tindakan Menteri Besar yang menahan kenderaan berkenaan di kawasan Chendor, Pahang minggu lalu. Hishamuddin berkata, Menteri Besar tidak sanggup melihat rakyat kelaparan akibat terperangkap dalam banjir selepas laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air. "Saya kira, jika saya berada di tempat Menteri Besar ketika itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama atas faktor kemanusiaan," katanya. Tindakan Ahmad itu mendapat pujian ramai dan berita tentangnya tersebar luas di laman sosial Facebook dan beberapa blog. - Bernama, 11 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan