Sabtu, 14 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dr Mahathir sampaikan mesej peribadi Najib kepada keluarga Mandela

Posted: 14 Dec 2013 03:23 AM PST

December 14, 2013

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar), yang menyertai orang-orang kenamaan dunia memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, berada di Pretoria sebagai wakil peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir juga mengetuai delegasinya untuk menyampaikan ucapan takziah mereka dan juga mesej peribadi Najib kepada keluarga mendiang ikon anti-Aparteid itu.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada 5 Disember selepas beberapa menderitai jangkitan paru-paru.

"Mendiang Nelson Mandela dan Dr Mahathir mempunyai hubungan yang amat rapat, yang terjalin semasa zaman-zaman mencabar apabila Afrika Selatan di bawah rejim aparteid," kata kenyataan itu.

Ia menjelaskan bahawa Malaysia memainkan peranan yang menyokong persiapan Afrika Selatan untuk pilihan raya demokratiknya pada 1994 yang menyaksikan Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam yang pertama.

Dr Mahathir diiringi dalam perjalanan ke Afrika Selatan oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pesuruhjaya tinggi Malaysia Kennedy Jawan, tokoh ahli perniagaan Tan Sri Lim Kok Wing dan juga para pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar. – Bernama, 14 Disember, 2013.

Najib cadang dua cara tingkat perjuangan bagi keamanan dan kestabilan

Posted: 14 Dec 2013 03:15 AM PST

December 14, 2013

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mencadangkan dua cara bagi usahasama strategik Asean Jepun untuk meningkatkan perjuangan bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini dan ia termasuk usaha memperkukuh pendekatan berasaskan peraturan bagi menguruskan hubungan antara negara di rantau ini.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun sempena ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun hari ini, Perdana Menteri berkata pengukuhan peraturan dan norma akan membolehkan ketelusan dan ramalan yang dapat menggalakkan kepercayaan strategik.

Najib mengemukakan cadangan itu serta perkara-perkara penting lain dalam intervensi beliau pada sidang kemuncak itu yang dihadiri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin-pemimpin lain Asean.

"Saya menyentuh mengenai kepentingan pembinaan institusi untuk memperkukuhkan Asean... anda perlu perkukuh ini... berasaskan peraturan dan ini termasuk peraturan undang-undang... ini perlu menjadi asas dalam penyelesaian masalah dalam Asean," kata Najib, yang berada di sini sejak Khamis bagi lawatan kerja sempena sidang kemuncak sehari itu.

Najib berkata beliau turut mencadangkan agar usahasama antara Asean dan Jepun perlu diperluaskan lagi daripada sekadar membabitkan perkara kepentingan bersama.

"Saya menyentuh mengenai perlunya untuk kita melihat kepada nilai-nilai bersama, bukan hanya kepentingan bersama," katanya.

Najib berkata untuk berbuat demikian, mereka perlu terlebih dahulu mengenalpasti nilai-nilai berkenaan, dan menurutnya beliau percaya kesederhanaan adalah satu daripada contoh nilai itu.

Perdana Menteri Malaysia berkata beliau juga menyentuh mengenai Doktrin Fukuda dengan beliau mengimbas semula sejarah doktrin itu.

"Hakikat kerajaan Jepun berikutnya terus komited dengan komitmen dibuat oleh Fukuda pada ketika orang tidak dapat membayangkan bahawa Asean akan muncul sebagai satu kuasa seperti hari ini... hari ini Jepun merupakan rakan dialog pertama dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan Asean. Itu sendiri amat penting," katanya.

Doktrin Fukuda, berasaskan ikrar dibuat Perdana Menteri Jepun ketika itu Takeo Fukuda, telah menjadi kerangka rasmi dasar luar Jepun terhadap Asia Tenggara sejak 1977.

Dalam ikrarnya kepada pemimpin dan rakyat Asean pada Ogos 1977 di Manila, beliau antara lain mengikrarkan bahawa Jepun akan sentiasa menjadi rakan kongsi baik Asean, berjalan seiringan dengan perkumpulan serantau itu dan rantau ini.

Najib berkata beliau turut menyentuh mengenai rancangan Jepun untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun sebagai hab pendidikan teknologi bagi Asean serta tawaran Jepun untuk memberi biasiswa kepada pelajar Asean. – Bernama, 14 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved