Sabtu, 14 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Starting high, the weekend may live up to its promise

Posted: 13 Dec 2013 06:09 PM PST

December 14, 2013

As a player, Shebby Singh won everything there was to win in Malaysia football, and represented the country on the international stage.

After the midweek European fixtures and the expected progress of English clubs into the knockout stages, it is time to take a peek at the domestic fixtures that once again throw up intriguing matches.

A better start there could not be with the big one in the City of Manchester, when a fluent Arsenal visit the Etihad. The Emirates versus Etihad, the competition comes down from the skies to see which is the better team on grass.

But before that, let us look at quite a few tantalising ties to look forward to this weekend.

The contrast

At Stamford Bridge, Tony Pulis will bring his brand of simple but effective football to battle the defensively insecure Chelsea. There may not be a Peter Crouch for the Eagles but expect Crystal Palace to want to play it long early and often.

Regardless, expect the individual brilliance of the Chelsea attack to turn this into a rout quickly. Jose Mourinho will also be looking to take advantage of any slip-ups Manchester City and Arsenal may make, either keeping pace or cutting into the lead Arsenal have over the rest of the league.

The football

This will certainly be at White Hart Lane with Liverpool the visitors. Look forward to an open attacking game as Liverpool play to win while the Spurs try not to lose.

A certain fragility seems to creep into the Liverpool defence and this should give a chance for Spurs to be a little brave and play with belief.

Andre Villas Boas will be looking to continue a good run of results, while Brendan Rogers has an early chance to watch his side perform post-Steven Gerrard (I know, he is only out for a few weeks… he is 33, however, and those thinking he could be converted into an Andrea Pirlo like playmaker are far too naive!) with Luis Suarez looking, as he always does, to bang in a few.

The interesting

How will Newcastle United fare against a sleek and smooth Southampton? Well, the Saints have had two very good performances and take on a Newcastle team that has been playing well too.

This could be high scoring with both teams taking turns to attack. A potentially thrilling match which could very well be won in midfield, with Cheik Tiote and Yoann Cabaye tasked with preventing the Saints from turning this into a tiki-taka fest.  

The cracker

The Hammers to put Sunderland under the cosh!  West Ham United need the points and Sunderland have fragile minds at the moment.

Having scored but still vulnerable at the back, the Black Cats need some luck to favour them but Sam Allardyce makes his own luck or will have to this weekend, with his position as manager looking more and more tenuous by the match.

Gus Poyet will realise that this is his team's chance to grab all three points - putting three past Chelsea but still ending up on the losing side, Sunderland need to grab a result, failing to do so potentially landing a hammer blow on team morale.

The biggie

Two of Europe's finest meet and it spells entertainment. Manchester City are enthralling at home, and with a good run of away results highlighted by the comeback in Munich, welcome an Arsenal side which still play arguably the best football in England right now.

A defeat to Napoli notwithstanding, Arsene Wenger will know that sitting back and absorbing pressure at the Etihad will end disastrously.

Expect a continental showcase, a true testament to the development of the Premier League as the total number of Englishmen on the pitch will be no more than a handful. – December 14, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Umno adalah cermin kerajaan

Posted: 13 Dec 2013 03:03 PM PST

December 14, 2013

Datuk Nur Jazlan Mohamed is a three-term MP for Pulai and the new PAC chairman. Apart from being in the new politics, he also writes for The Malaysian Insider while debating other matters at www.jazlan.net

Umno adalah cermin kerajaan dan begitu juga kerajaan adalah cermin Umno.  Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat berkenaan dan ia sama juga apabila diperkatakan di Selangor (PKR), Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).

Justeru, apa yang dilaungkan, dibahaskan dan diperkatakan dalam ruang lingkup Umno, ia mencerminkan apa yang berlaku dalam kerajaan sama ada daripada segi dasar, pelaksanaaan serta tindakannya.

Masih segar daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 yang berakhir Sabtu minggu lalu, ramai pemerhati yang melihat Umno mula mengalihkan landasan perjuangannya daripada sebuah parti berhaluan tengah atau "moderate" serta sederhana sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 kepada sebuah parti yang boleh dilabel berhaluan 'kanan'.  Sila baca artikel saya sebelum ini, bertajuk "Ke Mana Haluan Umno Menjelang PRU14".

PAU 2013 mencerminkan serta menceritakan segala-galanya apa yang dimahukan 2,500 perwakilan mengenai perjuangan berterusan yang lebih radikal dalam memperjuangkan orang Melayu serta agama Islam.

Namun timbul juga persoalan adakah sejak penubuhannya 67 tahun lalu serta kelahiran Umno semula pada 1988, perjuangan mengenai bangsa Melayu dan agama Islam menjadi selantang atau seradikal ini, dalam parti terbesar orang Melayu di Malaysia.

Dengan jumlah ahli sebanyak 3.5 juta orang, adakah Umno yakin bahawa inikah perjuangan yang dimahukan 67% orang Melayu di negara ini dalam menjamin parti terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Ketika rakyat negara ini, begitu kritikal terhadap isu-isu yang membabitkan ketirisan, penyelewengan, salah guna kuasa serta rasuah yang dikatakan berleluasa dalam kerajaan...ketika rakyat negara ini, bergelut untuk memahami rasional terhadap dasar rasionalisasi subsidi yang menyaksikan kos sara hidup meningkat, tiada perwakilan Umno dalam PAU 2013, yang benar-benar serius untuk berbahas mengenai isu-isu berkenaan sama ada ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno atau dalam perbahasan usul ekonomi, pendidikan serta agama.

Terus terang, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak untuk memastikan perbelanjaan serta hasil negara benar-benar digunakan sebaiknya demi kepentingan rakyat, saya kecewa dengan apa yang berlaku ketika PAU 2013.

Perwakilan Umno seharusnya menggunakan medan PAU 2013 untuk menyakin serta membuktikan kepada rakyat bahawa kemenangan BN dalam PRU13, adalah titik perubahan ke arah Malaysia yang  lebih baik.

Seharusnya, PAU 2013 dijadikan lapangan atau medan untuk perwakilan serta pemimpin Umno menunjukkan keseriusan parti untuk terus menjadi cermin kerajaan yang menentang keras segala bentuk penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa serta ketirisan dalam kerajaan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya pada waktu kini dan masa depan.

Ini yang sebenarnya dimahukan rakyat ketika pemimpin-pemimpin Umno melaungkan bahawa Umno adalah parti untuk rakyat jelata.

Keluh kesah rakyat terhadap isu-isu ini, juga yang mendorong  Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membangkitkan mengenai betapa kerajaan perlu serius dalam menangani segala apa yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Syabas saya ucapkan kepada KJ yang memahami denyut nadi rakyat serta kehendak rakyat sebenarnya, apa yang dimahukan rakyat dalam perjuangan Umno pada waktu ini.

Saya khuatir dengan laungan radikal untuk memperjuangkan kepentingan Melayu serta agama Islam, akan mengakibatkan berlaku perubahan terhadap dasar pelaburan asing negara.

Ketika ekonomi Malaysia dilihat bergantung kuat terhadap Pelaburan Terus Asing (FDI), kesederhanaan Umno dan kerajaan dalam agenda Bumiputera serta perjuangan menegakkan agama Islam perlu selari serta seiring.

Selama ini, Malaysia dilihat dunia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana dengan perjuangan Umno turut membela nasib agama serta kaum lain.

Atas sebab itu juga, Malaysia sering dijadikan "role model" negara Islam di mana rakyat berbilang kaum serta agama hidup aman harmoni serta menghormati antara satu sama lain.
Kesederhanaan perjuangan Umno dalam memperjuangkan agenda Bumiputera serta agama Islam dijadikan sebagai dasar kerajaan dalam memastikan pengagihan kekayaan antara kaum sentiasa seimbang.

Ia sekaligus menjadi tarikan utama kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia yang dlihat mempunyai iklim ekonomi yang kukuh serta dasar kerajaan terhadap semua agama dan kaum yang sederhana.

Dasar luar negara selalunya bermula di "rumah" sendiri dalam konteks ini, ia bermula dalam PAU.  Jika kita mahu orang terutama sekali rakyat menghormati Umno, seharusnya Umno yang juga cermin kerajaan memahami bahawa kita adalah parti pemerintah Malaysia yang sederhana dan 'moderate'.

Umno adalah rakan terbaik di kalangan parti di Malaysia untuk pelabur luar dan penegak agama Islam untuk semua tidak mengira bulu.

Tetapi jika PAU 2013 dijadikan sebagai penanda aras perjuangan Umno menjelang PRU14, saya amat khuatir sama ada meninggalkan kesederhanaan yang menjadi teras kepada perjuangan parti kepada perjuangan Melayu yang lebih radikal akan dapat memastikan Umno terus berkuasa pada PRU 14.

Adakah menjadi keperluan utama yang dituntut agama Islam untuk memasukkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembangaan Negara?

Indonesia yang mempunyai penganut agama Islam terbesar di dunia tidak berbuat demikian dan di sana terdapat pelbagai ajaran Islam tetapi umat Islam di republik berkenaan dapat hidup aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.

Perlembagaan negara sudah menjamin agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia sekaligus ia secara langsung agama Islam yang berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana itu yang diamalkan rakyat negara ini, sejak Islam mula tersebar di Tanah Melayu pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Saya memahami kerisauan pemimpin Umno mengenai ajaran Syiah jika ia tidak dibendung boleh membawa kepada perpecahan antara umat Islam di negara ini, tetapi peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekangnya.

Sebenarnya, apa yang lebih penting untuk Umno adalah untuk mengubah persepsi rakyat kepada parti serta kerajaan.

Kegagalan mengubah persepsi ini, yang menyebabkan prestasi BN merosot dalam PRU 13 berbanding PRU 12 dan hakikat ini, diakui sendiri oleh Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Umno Selangor.

Beliau tidak segan silu mengakui bahawa kelemahan untuk menangani persepsi ini, yang menjadi "duri dalam daging" kepada Umno serta kerajaan dan jika tidak diatasi segera dalam tempoh lima tahun ini, akan membawa kepada malapetaka dalam PRU 14.

Seeloknya, PAU 2013 lalu adalah langkah permulaan untuk Umno mengubah persepsi negatif ini, dengan membuat desakan tegas kepada kerajaan untuk menangani isu yang dekat di hati rakyat serta menjadi kerisauan kepada mereka.

Tetapi itu semua  tidak berlaku dan ia mungkin disebabkan perwakilan Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu, merasakan semua isu berkenaan tidak penting.

Jika itu yang dirasai mereka, bagaimana Umno mahu menjadi cermin dan suara akar umbi rakyat untuk kerajaan.  Ketika ramai di luar PWTC melihat bahawa Umno terus "syok sendiri" dan hilang sentuhan dengan rakyat yang selama ini, menjadi kekuatannya. – 14 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved