The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pulau Pinang umum dana perumahan RM500 juta Posted: 18 Dec 2013 02:29 AM PST Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata, "Peraturan baru ini dapat mengelakkan gelembung hartanah dan memastikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli perumahan awam." Bagaimanapun, semua rumah kos rendah dan sederhana yang dibeli di bawah skim tersebut tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli. Rumah mampu milik pula, yang dibeli di bawah harga RM400,000 di pulau dan RM250,000 di Seberang Perai hanya boleh dijual selepas tempoh lima tahun perjanjian jual beli. Bagi warganegara luar pula, Lim menambah, "Bukan warganegara hanya boleh membeli hartanah di Pulau Pinang yang melebihi RM1 juta dan bagi tanah serta bangunan di pulau mesti melebihi RM2 juta." Pengecualian diberikan kepada pembelian bagi tujuan industri atau tujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan, pendidikan, bakat manusia atau mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar. Lim juga mengatakan, kerajaan negeri Pulau Pinang mahu mencapai demokrasi perumahan di mana setiap keluarga di negeri itu mampu memiliki rumah sendiri. Kerajaan Pulau Pinang juga bersedia menerima sebarang kritikan terhadap peraturan perumahan baru tersebut. – 18 Disember, 2013. |
Negeri Sembilan kaji kenaikan elaun Adun Posted: 18 Dec 2013 02:06 AM PST Beliau berkata, sudah terlalu lama Adun di negeri ini menerima elaun pada kadar sekarang berjumlah RM5562 tanpa kenaikan. "Seingat saya sejak saya menjadi Menteri Besar tidak ada kenaikan, ini sudah lebih 10 tahun, oleh itu kajian akan dibuat. "Jika ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun itu kita akan buat tapi bukan untuk bagi tinggi macam sesetengah negeri yang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohamad berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan sebarang tawaran oleh pihak tertentu bagi mendapatkan pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 14 Januari depan. Katanya, terdapat segelintir individu yang terpedaya dengan tawaran pihak tertentu yang kononnya boleh mendapatkan anugerah darjah kebesaran dan pingat. Sementara itu, beliau berkata memandangkan hari keputeraan Tuanku Muhriz jatuh pada hari yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul, maka kerajaan negeri memutuskan keesokan harinya iaitu 15 Januari sebagai cuti umum ganti. - Bernama, 18 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan