The Malaysian Insider :: Bahasa |
Selangor cadang syarat tanah rizab Melayu dikaji semula Posted: 02 Dec 2013 03:01 AM PST Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kajian semula itu perlu bagi membolehkan pembangunan dibuat kerana ia dilihat mampu memberi pulangan yang lebih tinggi biarpun kerajaan negeri setakat ini tidak membangunkan tanah-tanah rizab tersebut. "Saya dapati ada tanah rizab Melayu dibangunkan hanya untuk tujuan pertanian dan saya rasa pembangunan seumpama itu merugikan mereka yang memiliki tanah berkenaan. "Saya rasa pembangunan seperti ini iaitu pertanian, perlu diubah. Jika kawasan tanah rizab Melayu terbabit sesuai untuk pembangunan komersial dan perumahan, ia perlu dibenarkan. "Langkah seumpama itu dilihat boleh mengelak tanah rizab tersebut terlepas ke tangan pihak lain," katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) ketika sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. Mohd Shamsudin meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan mengikut daerah di Selangor. Abdul Khalid turut mencadangkan sebarang pembangunan di tanah rizab Melayu pada masa depan dilakukan selari dengan arus pembangunan ekonomi negeri kerana beliau yakin ekonomi Selangor akan terus berkembang ke arah urbanisasi. – Bernama, 2 Disember, 2013. |
Polis Kedah siasat semula kes rogol pasangan remaja, kata Peguam Negara Posted: 02 Dec 2013 02:14 AM PST Beliau berkata, gadia remaja itu membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013. Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya. "Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga. "Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis," kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini. "Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong," katanya. Laporan media mengatakan perkahwinan remaja 19 tahun itu kepada Mohd Fahmi berlangsung pada 17 November 2013, setelah Mahkamah Syariah Kulim memberi kebenaran kerana beliau masih lagi di bawah umur. Pada mulanya bapanya bersetuju akan perkahwinan itu untuk menutup aib. Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dan dakwaan bahawa Mohd Fahmi dan dua rakannya telah merogolnya empat bulan sebelum berkahwin. Suspek kedua Mohd Fahmi, telah dibebaskan atas dakwaan pendakwa raya pada masa itu berikut beberapa alasan, menurut Abdul Gani. Abdul Gani berkata, polis telah menyerahkan fail siasatan di mana hanya terdapat empat penyataan daripada Nor Fazira Saad, ibu saudara kepada mangsa dan doktor yang memeriksa mangsa. "Saya telah bertemu dengan polis pagi ini dan telah memberikan arahan baru untuk siasatan dan telah memberitahu apa yang saya perlukan. Ini termasuk penyataan lain," kata Abdul Gani. "Saya masih belum memberi sebarang kenyataan sebelum ini walaupun dengan publisiti yang diberikan media sosial dan media arus perdana kerana saya mahu menyelidiki fail itu terlebih dahulu dan mahu memahami fakta." Apa yang dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar bukanlah apa yang pendakwa raya akan bawa pada mahkamah, menurut Abdul Gani, itu adalah isi kandungan fail siasatan. "Saya telah memberikan polis tempoh masa seminggu untuk mendapatkan maklumat tambahan yang saya cari. Kemudian saya akan selidiki pencarian siasatan itu sebelum membuat sebarang keputusan. Abdul Gani juga mendedahkan bahawa dia telah menambah arahan kepada polis bahawa sebarang tarikh dakwaan rogol harus dirujuk kepada ibu pejabat. Media melaporkan minggu lepas bapa remaja perempuan itu telah membolehkan anaknya untuk mengahwini Mohd Fahmi oleh kerana bapa remaja lelaki tersebut telah memohon agar dakwaan rogol itu ditarik. Setelah melawat bapanya lima malam berturu-turut, ibubapa Mohd Fahmi berjaya meyakinkan bapanya untuk menarik balik laporan polis itu dan bersetuju akan perkahwinan anaknya itu. Tetapi sesudah berkahwin, situasi menjadi lebih teruk lagi apabila perempuan itu menerima deraan daripada mertuanya di Padang Serai. Bapanya memberitahu media bahawa ibu bapa Mohd Fahmi tidak pernah menyukai Nor Fazira dan hanya mahukan perkahwinan itu berlangsung agar anaknya tidak dilaporkan merogol. – 2 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan