Sabtu, 21 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


The Heat digantung kerana pertukaran pemilikan, kata Putrajaya

Posted: 21 Dec 2013 01:33 AM PST

December 21, 2013

Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN. Gambar fail.Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN. Gambar fail.Akhbar mingguan The Heat digantung kerana mereka tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

"Permit penerbitan The Heat mensyaratkan pemilik untuk memberitahu KDN jika berlaku pertukaran pemilikan.

"Tambahan pula, permit adalah untuk akhbar perniagaan mingguan. Bagaimanapun, syarat-syarat ini dilanggar," kata KDN dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Akhbar mingguan The Heat yang dilancarkan September lalu digantung pada minggu ini selepas menerima surat tunjuk sebab kedua daripada KDN.

Sebelum ini, KDN menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan tentang perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas," kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.

KDN berkata, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata penggantungan akhbar The Heat berkuatkuasa serta merta selepas diberikan surat tunjuk sebab.

Beliau berkata, ia merupakan prosedur biasa sementara menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab, sebelum tindakan selanjutnya daripada KDN.

"Penerbit mempunyai masa sehingga 24 Disember untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka," kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.

Najib, setelah mengambil alih pucuk pimpinan daripada Tun Abdullah Badawi, mengumumkan beberapa langkah ke arah ruang demokrasi, termasuk kelonggaran sekatan terhadap media.

Bagaimanapun, tindakan menggantung The Heat dilihat sebagai percubaan mengembalikan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menunjukkan kawalan ketat ke atas media.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ia disebabkan oleh rencana muka depan akhbar itu bertajuk "All eyes on big spending Najib"dalam edisi 23-29 November, 2013. – 21 Disember, 2013.

Chua Soi Lek tidak terima `viagra politik’ Najib

Posted: 21 Dec 2013 12:17 AM PST

OLEH EILEEN NG
December 21, 2013

Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan) bersama calon Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong; dan Datuk Donald Lim (dua dari kiri) membuang undi di pemilihan MCA. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2013.Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan) bersama calon Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong; dan Datuk Donald Lim (dua dari kiri) membuang undi di pemilihan MCA. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Disember, 2013.Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak gembira dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa MCA memerlukan "viagra politik" untuk bangkit semula dalam pilihan raya akan datang.

Presiden MCA itu berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kerana MCA masih lagi belum bangkit selepas kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Dalam Pilihan Raya 2008, MCA hanya berjaya mendapat 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya 2013 pula, kerusi MCA merosot lebih teruk dengan hanya mendapat tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.

Mengulas ucapan Najib, Dr Chua berkata, rakyat seharusnya bijak membuat penilaian terhadap BN secara keseluruhannya terutama MCA kerana parti itu merupakan sebahagian komponen daripada entiti itu.

"Ini bukan soal pucuk pimpinan sahaja... ini soal sokongan kepada kerajaan. MCA merupakan sebahagian daripada BN, apa dasar yang dilaksanakan oleh BN akan ditafsirkan seperti MCA sebahagian daripadanya.

"Kalau dasar itu rakyat tak terima, maka MCA dan parti komponen lain (juga) akan menanggung beban ini," katanya.

Apabila ditanya apakah MCA memerlukan Viagra untuk kembali bangkit, Dr Chua berkata: "Anda perlu tanya kepada PM apakah dia tahu apa itu Viagra?"

Najib semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 60 hari ini menyeru MCA mengambil "viagra politik" bagi mengembalikan semangat anggota parti berkenaan terutama ketika sokongan daripada kalangan masyarakat Cina semakin merosot.

Presiden Umno itu berkata, MCA masih mempunyai ahli di peringkat akar umbi, namun semangat mereka lemah.

"Kita perlukan viagra politik. Lemah semangat. MCA ada ahli di akar umbi, tetapi tiada semangat.

"Nanti kita minta Menteri Kesihatan buat," katanya berseloroh.

Najib turut memberikan beberapa langkah penambahbaikan kepada MCA dalam usaha parti komponen itu meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Beliau berharap kepimpinan MCA dapat bersatu di peringkat pusat dan bekerjasama serta mengetepikan kepentingan peribadi.

Selain itu, Dr Chua berkata, beliau tidak menyesal apabila membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden MCA.

"Kehidupan saya tidak semata-mata hanya berkisar kepada politik sahaja, malah saya masih ada rancangan lain selepas berundur nanti.

"Namun, saya masih seorang perwakilan dan anggota parti dan akan terus memberi sokongan kepada parti tidak kira dalam memberi nasihat ataupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mengundi pada pemilihan parti sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 di Wisma MCA, hari ini, beliau berkata, keputusan tidak mempertahankan jawatannya itu untuk memberi peluang kepada pucuk pimpinan yang baharu menerajui parti.

"Saya turut berharap dan sentiasa mendoakan pucuk pimpinan yang baharu ini dapat mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan sama-sama berjuang untuk berkhidmat kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Dr Chua juga menyeru semua perwakilan menghormati keputusan yang dibuat selepas pemilihan dan bekerjasama dengan barisan kepemimpinan yang baharu bagi menerajui parti.

"Saya tidak mahu sejarah berulang apabila ada perwakilan yang tidak puas hati ketika saya dipilih menjadi presiden pada pemilihan 2010 lalu meletakkan jawatan meninggalkan parti.

"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan serta tidak menghormati keputusan perwakilan kerana golongan ini mementingkan diri sendiri yang mahukan individu tertentu sahaja memimpin parti dan enggan bekerjasama dengan pemimpin baharu," katanya. – 21 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved