Sabtu, 21 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


GLC jangan lepas tangan

Posted: 20 Dec 2013 03:48 PM PST

December 21, 2013

Datuk Nur Jazlan Mohamed is a three-term MP for Pulai and the new PAC chairman. Apart from being in the new politics, he also writes for The Malaysian Insider while debating other matters at www.jazlan.net

Tidak sampai 10 hari lagi kita akan memasuki tahun 2014, tahun yang dilihat begitu mencabar kepada rakyat terutama sekali kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk mengotakan segala manifesto Plihan Raya Umum ke-13 selepas berjaya membentuk kerajaan dengan 133 kerusi Parlimen.

Namun, 'jalan' yang menanti kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat amat mencabar terutama sekali dalam berdepan dengan tanggungjawab mengimbangkan dengan realiti iklim ekonomi dunia dengan memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat terus terpelihara.

Kini, penasihat-penasihat Putrajaya dikhabarkan 'pening kepala' dalam menangani kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga utiliti, bermula dengan pengumuman tarif elektrik sebanyak 15 peratus pada Januari 2014 kepada cadangan menaikkan harga tol antara 50 sen hingga RM2 juga pada bulan yang sama.

Sebelum ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel serta gula dengan mengurangkan subsidi di bawah pelan rasionalisasi subsidi, dan ini sedikit sebanyak memberi 'peluru' kepada pembangkang untuk 'membantai' kerajaan.

Di media sosial dan media massa, rakyat secara terang-terangan meluahkan kemarahan, kekecewaan serta kesal dengan kenaikan berkenaan. Walaupun para menteri Kabinet cuba merasionalkan segala tindakan berkenaan, ia nampaknya langsung tidak berkesan.

Kenyataan mengenai tindakan rasionalisasi subsidi, kepentingannya terhadap masa depan negara serta kenyataan tidak mahu menjadi kerajaan populis dengan tidak mahu meranapkan ekonomi negara, dalam memberi kewajaran kenaikan harga tarif elektrik, harga minyak atau harga tol langsung, tidak mendapat simpati daripada rakyat.

Namun bagi saya, peranan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang menjadi monopoli kepada hampir semua sektor utama ekonomi negara perlu digerakkan dalam membantu kerajaan untuk mengurangkan kemarahan rakyat.

Umum mengetahui kerajaan memegang saham utama dalam GLC-GLCnya yang memiliki Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan banyak lagi.

Pada masa sama, syarikat-syarikat ini, dipayungi oleh sebuah syarikat pelaburan strategik negara iaitu Khazanah Nasional yang sebenarnya, adalah kunci untuk kerajaan mengekang kenaikan harga kemudahan awam terutama sekali konsesi tol serta tariff elektrik.

Kepentingan kerajaan yang bersifat monopoli ini memberikan kuasa mutlak kepada GLC ini dalam menentukan harga perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat. Ini juga boleh disalahguna untuk mencari keuntungan yang berlebihan.

Sebagai GLC utama negara yang menjadi pemegang saham kepada syarikat-syarikat lain yang memonopoli sektor seperti pengangkutan MAS dan Malaysia Airport Berhad), infrastruktur (PLUS), tenaga (Tenaga Nasional Berhad), komunikasi (TM Bhd dan Axiata Bhd), hartanah dan pembinaan (UEM), hospital (IHH Berhad), dan perbankan (CIMB), sudah pasti semua syarikat-syarikat milik Khazanah ini mencatatkan keuntungan.

Jika tidak mencatatkan keuntungan, mengapa kerajaan memberikan monopoli kepada syarikat-syarikat milik Khazanah ini? Ini belum saya sentuh syarikat-syarikat yang tidak diurustadbir dengan baik seperti Malaysia Agricorp yang dilaporkan mencatat kerugian tunai lebih satu billion ringgit atau projek KLIA2 yang diuruskan oleh MAHB dan dibina oleh kontraktor utamanya UEM Bhd, yang meningkat mendadak daripada kira-kira RM1 bilion kepada lebih RM4 bilion. Ini akhirnya, menyebabkan syarikat MAHB terpaksa menaikkan sewaan dan caj kepada syarikat penerbangan.

Kini sudah sampai masanya kerajaan melalui Khazanah melihat semula sama ada syarikat-syarikat miliknya boleh membantu antara satu sama lain dalam mengurangkan kebergantungan kerajaan dalam memberikan subsidi.

Dalam kata lain, adalah lebih mudah sedikit keuntungan daripada syarikat milik Khazanah dalam sektor utama seperti perbankan atau hartanah disalurkan kepada GLC lain. Sebagai contoh, syarikat pemegang konsesi tol dalam membayar pampasan konsesi.

Kita sedia maklum pun bahawa syarikat-syarikat di bawah Khazanah ini membuat keuntungan daripada harta-harta atau kedudukan istimewa mereka. Sebagai contoh, apabila UEM Bhd mendapat kontrak pembinaan daripada MAHB untuk membina KLIA2, selain kontrak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Melalui kaedah 'cross subsidy' ini, kerajaan berkemungkinan akan dapat mengurangkan impak kenaikan harga tol secara maksimum, sebaliknya, ia dilakukan dengan cara lebih berhemah.

Pada pendapat saya, kerajaan perlu lebih telus memaklumkan kepada rakyat mengenai keuntungan GLC seperti Khazanah, kerana ia adalah milik rakyat serta ditubuhkan untuk menjaga kepentingan negara iaitu sudah pastinya rakyat.

Dalam soal kenaikan tarif elektrik pula, pengumuman yang dilakukan seakan tidak kena pada mata rakyat kerana ia dilakukan dengan begitu mendadak tanpa ada sebarang kawal selia daripada pihak tidak berkepentingan.

Jika soal keuntungan Tenaga Nasional yang menjadi teras utama, mengapa tarif elektrik perlu dinaikkan? Sudah pasti ia akan menimbulkan kesangsian di hati rakyat.

Manakan tidaknya, TNB adalah syarikat milik kerajaan melalui pemegang saham utamanya - juga Khazanah - dan jika diteliti dengan mendalam ia sebenarnya, adalah milik rakyat juga.

Timbul persoalan peranan Suruhanjaya Tenaga dalam soal memberikan kewajaran mengapa tarif elektrik perlu dinaikkan. Badan ini sepatutnya menjadi badan bebas untuk meneliti sebarang cadangan untuk menaikkan harga utiliti ini.

Kita sedia maklum bahawa dasar IPP negara ini yang menswastakan industri penjanaan elektrik memberikan keuntungan yang berlebihan kepada IPP ini, walaupun ketika ini, simpanan tenaga elektrik dilaporkan mencecah 40 peratus daripada kadar biasa sekitar 5 peratus.

Sebab itu, saya berpendapat bahawa GLC tidak boleh lepas tangan dalam soal membantu kerajaan menangani serta mengekang kenaikan harga barangan asas negara.

Segala apa yang berlaku kini berhubung soal kenaikan harga ini membawa kepada satu kesimpulan, bahawa perlunya banyak lagi badan atau jawatankuasa bebas.

Mungkin sudah sampai masanya untuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Tol untuk melihat secara lebih telus harga tol serta pembinaan lebuh raya pada masa akan datang.
Di samping itu, suara rakyat boleh diterjemahkan melalui Parlimen seperti mewujudkan Jawatankuasa Pemilih untuk meneliti jabatan-jabatan serta kementerian yang bertanggungjawab kepada penyediaan kemudahan asas.

Sistem Parlimen di negara ini tidak mempunyai jawatankuasa pemilih seperti di United Kingdom yang boleh meneliti segala dasar kerajaan serta perbelanjaan setiap kementerian dalam memastikan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), saya baru pulang daripada lawatan Parlimen United Kingdom dan mendapati bahawa jurang pengasingan kuasa antara badan eksekutif dengan Parlimen negara itu tidak terlalu ketara berikutan interaksi yang kerap antara Jawatankuasa Pemilih yang sentiasa memantau setiap pelaksanaan dasar yang dilakukan kerajaan.

Malangnya di Malaysia, kita tidak mempunyai Jawatankuasa Pemilih seperti di UK, cuma ada suatu jawatankuasa yang boleh memainkan peranan itu di negara ini.

Ini sebenarnya, adalah cabaran utama kepada PAC yang sebenarnya, mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dan tidak boleh semata-mata bertindak berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Sebagai sebuah jawatankuasa bebas yang mewakili rakyat dengan diwakli oleh wakil daripada parti kerajaan dan juga pembangkang, PAC perlu memainkan peranan lebih proaktif bukan sahaja untuk meneliti segala perbelanjaan kerajaan, malah memastikan hasil negara sentiasa dikutip dengan cekap untuk pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Menteri Kabinet dan pegawai kerajaan seharusnya tidak perlu takut berhadapan dengan PAC melalui prosiding kerana rakyat diberi peluang untuk mengutarakan sebarang persoalan melalui wakil rakyat mereka yang duduk dalam jawatankuasa ini.

Sekiranya, jawapan tersebut didapati memuaskan oleh PAC, maka persoalan yang timbul tidak perlu dipolitikkan di luar daripada Parlimen.

Kerajaan BN perlu bersikap telus dalam soal ini, kerana jika segala kemarahan, kekecewaan serta persepsi negatif yang dilemparkan tidak ditangani dengan betul, ia akan memberikan kesan negatif dalam tempoh lima tahun akan datang menjelang PRU 14.

Sifat berdiam diri atau kenyataan-kenyataan yang 'separuh masak' daripada kerajaan tidak akan dapat meredakan kemarahan rakyat kerana mereka sebenarnya sedar bahawa kuasa adalah di tangan mereka. - 21 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sherwood saviour for spendthrift Spurs

Posted: 20 Dec 2013 02:57 PM PST

December 21, 2013

As a player, Shebby Singh won everything there was to win in Malaysia football, and represented the country on the international stage.

The best thing to happen this week, Tottenham Hotspur getting knocked out of the English League Cup.

The worst thing to happen this week, Malaysia getting knocked out in the semi-finals of the SEA Games.

The Spurs result against West Ham United is a blessing in disguise for two reasons. Firstly, the disorganised club need to get their heads down and come up with a playing identity. Secondly, this result does not make Tim Sherwood a bad choice.

Obviously, when Spurs embarked on a signing spree during the pre-season, there was no plan as to the brand of football to be played.

The players signed were brought in simply because they were available – not to fit into a plan or project.

"Let us sign them and they will work it out on the pitch, eventually" seemed to be the order of the day.

Somehow, football has never worked that way. But then again football is about spending money.
Especially, if it is not your own.

Even the financially worse clubs will spend money because the man in charge believes two or three more players will complete the jigsaw puzzle.

The way forward for Spurs now is to trust Sherwood, give him all the time needed to work the players into a team with a direction and playing identity.
This personality is ready to step up and if the likes of Jose Mourinho and Andre Villas-Boas were given opportunities and trust by Porto, here stands a man who will go on and make a name for himself.

While at Blackburn Rovers last season, I chased Sherwood persistently and eventually got chased away by the honourable chairman of the club. He refused to let Sherwood go then, now he has to trust him.

In Myanmar, we looked dangerous when we played direct football and that too in the last 20 minutes of the SEA Games semi-final against Indonesia.

The Indonesians were technically better, passed the ball better but we looked physically stronger. The bulldozing brand of football got us an equaliser but eventually penalties did us in.

And once again, the future of Malaysian football takes a step back. To kick or caress the ball? Love it or leather it? Questions to be answered and the sooner the better.

Winning the SEA Games football gold medal is not, and has not been, an indication of the progress of football.

On a brighter note, we have some very good individuals in our Under-23 football squad and all we need now is to become a good team.

Looking ahead to the weekend, Spurs go to Southampton, an example of a team in the true sense of the word. Good players in a good playing system and a team to emulate for Spurs.

On the Monday night, the Arsenal will play all the football but Chelsea will win. – December 21, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved