Ahad, 22 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Henti hasrat anjur himpunan tidak berfaedah, kata Ahmad Maslan

Posted: 22 Dec 2013 03:27 AM PST

December 22, 2013

Majlis Pendekar Malaysia (MPM) hari ini menggesa pihak yang ingin menganjur satu perhimpunan kononnya bertujuan menggulingkan kerajaan supaya tidak meneruskan hasrat itu.

Penasihat Kehormat MPM Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata perhimpunan serta kekerasan sudah tentu tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat mahupun negara, malah ia perbuatan sia-sia.

"Jika mahu berbincang atau serah memorandum kepada kerajaan, buatlah dengan cara baik dan lebih beradab. Negara ada undang-undang.

"Malah, kerajaan sentiasa amal konsep keterbukaan dalam mendengar segala permasalahan atau kehendak rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung MPM di Kuala Lumpur.

Turut hadir Presiden MPM Tan Sri Omar Din Mauju dan Ketua Satria Muda MPM Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius poster perhimpunan yang dikesan tersebar di laman sosial dan dan akan menyiasat perkara itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, menggesa pasukan keselamatan mengambil tindakan segera terhadap pihak mereka yang ingin memporak-perandakan keamanan serta memecah-belahkan keharmonian rakyat.  

Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji usaha MPM yang ditubuhkan bertujuan menyatupadukan semua seni mempertahankan diri yang dipraktikkan pelbagai kaum di negara ini.

Pada majlis sama, enam atlet yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Myanmar bagi kategori seni mempertahankan diri menerima sumbangan khas MPM.

Antara penerima adalah Nor Hamizah Abu Hasan dan Nur Syazreen A. Malik yang meraih emas dalam acara pencak silat, manakala Tai Cheau Xuen pula merangkul emas dalam acara wushu. - Bernama, 22 Disember, 2013.

Suthep perhebatkan desakan terhadap Yingluck

Posted: 22 Dec 2013 03:15 AM PST

December 22, 2013

Suthep Thaugsuban (gambar), pemimpin kumpulan penunjuk perasaan terhadap Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra, hari ini mengepalai beribu-ribu penyokongnya ke jalanan dalam usaha mempertingkatkan desakan terhadap Yingluck supaya meletak jawatan.

Kumpulan itu mengadakan bantahan di tujuh lokasi utama di ibu negara manakala beribu-ribu orang lagi turut berarak ke kediaman Yingluck di daerah Latproa dan membaca kenyataan mendesak pengundurannya sebagai perdana menteri kerajaan sementara.

Bagaimanapun, kumpulan itu yang dikatakan mewakili kaum wanita, berkemungkinan besar tidak dapat bertemu Yingluck memandangkan pada masa ini beliau tidak berada di dalam negara, sebaliknya melakukan lawatan ke luar bandar.

Perhimpunan itu bermula awal hari ini di tujuh lokasi utama iaitu persimpangan Asoke, persimpangan Ratchaprasong, Pusat Seni dan Budaya, Taman Lumpini dan Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue, Monumen Victory dan persimpangan Latproa, kata Sathit Wongnongtoey, bekas anggota parti pembangkang, Demokrat.

Suthep, pemimpin kumpulan penunjuk perasaan dikenali sebagai Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat mengetuai sejumlah besar penunjuk perasaan di Wong Wien Yai, di bahagian barat Bangkok, untuk mengajak orang ramai menyertai demonstrasi mereka.

Dalam pengumuman menerusi Saluran Bluesky TV milik pembangkang, Suthep berkata penunjuk perasaan akan meneruskan bantahan mereka "memandangkan kerajaan sementara masih belum mendengar suara rakyat."

Beliau akan berucap di setiap lokasi perhimpunan utama hari ini dan menjangkakan lebih 2.3 juta penunjuk perasaan akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Gangguan lalu-lintas besar-besaran berlaku di Bangkok hari ini memandangkan kebanyakan lokasi perhimpunan tertumpu di kawasan perniagaan yang terletak di tengah Bangkok.

Ia menjejaskan sebahagian besar pelancong manakala penduduk setempat pula sedia maklum tentang perhimpunan itu sejak beberapa hari lepas.

Minggu depan dijangka menyaksikan PDRC memperhebatkan desakan memandangkan 23-27 Disember ditetapkan sebagai tarikh pendaftaran calon di bawah sistem senarai parti dalam pilihan raya umum 2 Februari.

Pemimpin penunjuk perasaan di persimpangan Ratchprasong mengajak orang ramai mengadakan bantahan di hadapan Stadium Thai-Jepun (Dindaeng) tempat berlangsungnya pendaftaran calon itu kelak.

Yingluck dan partinya, Pheu Thai berserta sekutu mereka menjadi pilihan untuk memenangi pilihan raya umum, sebahagian besar berikutan sokongan yang masih diterima abang beliau, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra. - Bernama, 22 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved