Ahad, 22 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Sekali lagi kebebasan media ‘diperkosa’

Posted: 21 Dec 2013 03:32 PM PST

December 22, 2013

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Minggu ini kita dikejutkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris The Heat yang sebelum ini tidaklah begitu dikenali, tidak berapa lama selepas syarikat mengendalikan akhbar berkenaan menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian sama.

Selepas beberapa hari spekulasi mengatakan ia berkemungkinan disebabkan laporan muka hadapan berhubung perbelanjaan besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, petang semalam KDN berkata, The Heat digantung kerana mereka tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan seharusnya ia merupakan sebuah akhbar perniagaan.

Tidak dapat dipastikan mengapa KDN begitu lambat memberikan penjelasan pada ketika persepsi orang ramai sudah terbentuk dan mempercayai sebab penggantungan akhbar berkenaan adalah kerana laporan mengenai perbelanjaan boros perdana menteri dan isterinya yang tidak disenangi Putrajaya.

Mungkin kelemahan berkomunikasi KDN perlu direformasikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum sibuk dengan hal ehwal akidah orang lain.

Lebih memalukan lagi, akhbar The Heat digantung pada ketika rakyat Malaysia (semakin meningkat peratusannya) sudah menikmati kebebasan bermaklumat melalui Internet.

Dengan semakin popularnya telefon pintar (smartphone), percambahan maklumat semakin memberangsangkan. Tambahan lagi laporan lebih kritikal dan analisis lebih tajam boleh dibaca melalui portal berita popular.

Mungkin sebelum ini The Heat hanya dikenali pengamal media dan golongan pembaca tegar analisis dan rencana, tetapi dengan tindakan kurang cerdik KDN itu, seluruh negara kini mengenalinya.

Selepas KDN memberikan jawapan rasmi semalam mengenai sebab penggantungan akhbar mingguan itu, lebih banyak persoalan timbul.

Mengapa akhbar mingguan yang sudah berada di pasaran sejak September, hanya digantung selepas berbelas keluaran berada di pasaran?

Ini menyebabkan ramai percaya, KDN menggantung The Heat disebabkan rencana muka depan akhbar itu bertajuk "All eyes on big spending Najib", dalam edisi 23-29 November, 2013.

Penggantungan akhbar The Heat mempunyai hikmahnya, sekumpulan wartawan daripada pelbagai organisasi media bertemu pada Jumaat untuk menubuhkan gabungan longgar digelar Gerakan Media Marah (Geramm).

Minggu depan Geramm akan menganjurkan satu forum di Kuala Lumpur dan bakal membariskan pengarang dan pengamal media ternama yang akan bercakap tentang mengapa tindakan KDN ini harus dilawan.

"Geramm menyeru semua pengamal media, termasuk penulis sambilan dan penulis kolum serta kakitangan syarikat-syarikat media menyertai kempen kami mulai hari ini bagi membangkitkan isu pencabulan serius kebebasan media di negara ini.

"Kini, tiada hak untuk kita berdiam dan sudah tiba masanya kita semua bertegas membantah pencabulan seumpama ini," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Bagi memberikan tekanan kepada KDN, Geramm melancarkan kempen menerusi laman sosial seperti di Facebook dan Twitter.

"Kempen selama sejam (sekurang-kurangnya) di sosial media iaitu Facebook dan Twitter, mulai 9.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari bermula Isnin (23 Disember 2013) dengan memakai hashtag #theheat," kata Geramm.

Sementara itu, kumpulan tersebut juga menggesa pengamal media memakai baju merah pada setiap Jumaat sebagai simbol bantahan.

Pembulian KDN terhadap media atau akhbar harus dihentikan. Apatah lagi perdana menteri sendiri mengatakan beliau membuka ruang demokrasi lebih luas dan melonggarkan sekatan media.

Walaupun secara realitinya ia tidak berlaku dan wartawan daripada portal berita masih lagi disekat untuk membuat liputan seperti di KDN, Perhimpunan Agung Umno, sidang akhbar Umno dan macam-macam lagi, sekurang-kurangnya Najib bercakap tentangnya.

Tetapi kalau cakap tak serupa bikin pun susah juga, Apa-apa pun, pengamal media dan wartawan perlu bangkit memastikan hak mereka untuk membuat liputan dihormati.

Tiada kemenangan tanpa perlawanan. Pembulian tidak akan berhenti, kalau mangsa buli tidak melakukan apa-apa. – 22 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sekali lagi kebebasan media `diperkosa’

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved