Isnin, 30 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kos persekolahan dijangka naik mendadak, ramal Pemuda PAS

Posted: 30 Dec 2013 02:59 AM PST

December 30, 2013

Disember lalu, Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia telah memberi kata dua kepada kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sama ada mengumumkan kenaikan kadar baru tambang bas sekolah atau mereka sendiri yang akan menaikkannya sehingga 40%.Disember lalu, Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia telah memberi kata dua kepada kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sama ada mengumumkan kenaikan kadar baru tambang bas sekolah atau mereka sendiri yang akan menaikkannya sehingga 40%.Ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan mulai tahun depan, Pemuda PAS menjangka ibu bapa yang mempunyai anak sekolah akan berhadapan dengan cabaran kewangan yang agak kritikal ekoran daripada impak kenaikan harga petrol dan gula beberapa bulan lalu.

Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin menjangka, harga barangan keperluan seperti makanan dan minuman dijangka akan meningkat secara purata 20% hingga 50%.

Rentetan siri kenaikan itu, ia turut memberi kesan rantaian kepada input-input persekolahan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang ketara ialah yuran pendaftaran dan bulanan, kadar tambang bas, set pakaian, buku-buku serta alat tulis.

Pakej kenaikan ini, katanya, sukar ditampung oleh pendapatan isi rumah semasa memandangkan terdapat beberapa faktor luaran yang berlaku antaranya adalah bencana banjir, sambutan perayaan krismas dan kelewatan pembayaran bonus tahunan yang dijangka pada 2 Januari, 2014 bagi pekerja sektor awam.

Awal Disember lalu, Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) telah memberi kata dua kepada kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sama ada mengumumkan kenaikan kadar baru tambang bas sekolah atau mereka sendiri yang akan menaikkannya sehingga 40% bagi mengelak menanggung kerugian.

Walau bagaimanapun, menurut dapatan sekitar Kuala Lumpur, terdapat pengusaha bas telah menaikkan kadar tambang baru antara 30% hingga 60% bagi tahun 2014 kata Khairil.

Beberapa hari sebelum pendaftaran, operator pra sekolah dan sekolah-sekolah turut melakukan semakan baru terhadap bayaran pendaftaran dan yuran bulanan.

"Majoriti menaikkan caj perkhidmatan disamping mengenakan beberapa tambahan lain seperti yuran keraian, baju tshirt tambahan dan peralatan alat tulis. Pembayaran wajib terpaksa dibuat bagi memastikan sesi persekolahan baru berjalan lancar," katanya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan:

1. Berikutan harga minyak mentah dunia menurut ukuran Dated Brent berlegar sekitar AS$ 108 setong akhir-akhir ini, maka kerajaan wajar mempertimbangkan penurunan harga petrol dan diesel sekarang.

2. SPAD wajar meningkatkan rebat semasa daripada RM10,000 dan skim penggantian komponen bas sekolah bagi mengatasi masalah penggunaan bas sekolah yang telah melebihi 30 tahun.

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan mesti mengawasi kenaikan tidak munasabah terhadap barang-barang keperluan sekolah dan kadar baru bulanan perkhidmatan pra sekolah serta caj pendaftaran di sekolah-sekolah agar tidak terlalu membebankan ibu bapa.

Beliau berharap agar tindakan drastik mesti segera dilakukan supaya rakyat terus dipelihara kebajikan disamping dapat meningkatkan kualiti hidup mereka. – 30 Disember, 2013.

KDN beri amaran pihak burukkan mereka kerana gantung The Heat

Posted: 30 Dec 2013 02:51 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
December 30, 2013

Kementerian Dalam Negeri (KDN) marah dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba memburuk-burukkan kementerian berkenaan di atas tindakan mereka menggantung akhbar mingguan The Heat.

Selain itu KDN mengesahkan penggantungan The Heat bukanlah berterusan, sebaliknya hanya sementara.

"Kementerian Dalam Negeri memandang berat terhadap tindakan dan cubaan pihak-pihak tertentu yang secara berterusan memburuk-burukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan The Heat," kata KDN dalam satu kenyataan petang ini.

Dalam kenyataan itu KDN berkata, penggantungan permit berkenaan dibuat sebelum keputusan dibuat selepas pihak KDN meneliti surat tunjuk sebab.

"Dimaklumkan bahawa permit penerbitan The Heat adalah digantung sementara sebelum keputusan lanjut diputuskan setelah meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh pihak penerbit.

"Ia bukanlah satu penggantungan kekal selaras dengan prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012)," kata Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Dalam Negeri, Brig. Jen. Fadzlette Othman Merican Idris Merican dalam rasmi Facebook mereka hari ini.

KDN juga dalam kenyataan itu berkata, pihaknya sedang meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan dan akan memberi pertimbangan yang wajar dan adil terhadap penerbitan The Heat dalam masa terdekat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Spekulasi menyatakan The Heat digantung penerbitan mereka ekoran dakwaan penyiaran artikel berkaitan perbelanjaan boros Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ekoran desas-desus berkenaan, KDN dalam kenyataan mereka sebelum ini menegaskan artikel berkenaan bukanlah punca permit mereka digantung, sebaliknya akhbar mingguan itu dikatakan melanggar terma dan syarat penerbitan mereka.

Sekumpulan pengamal media juga telah melancarkan kempen menentang tindakan menggantung akhbar mingguan The Heat.

Kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Media Marah yang dianggotai oleh wartawan daripada beberapa organisasi media menggesa pengamal media yang lain untuk turut serta bangkit bersama mempertahankan hak mereka. – 30 Disember, 2013.


 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved