Isnin, 30 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Apakah peniaga turut perjuangkan Turun harga?

Posted: 29 Dec 2013 05:13 PM PST

December 30, 2013

Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

Usaha membantah kenaikan harga barang yang diterajui Turun kini semakin mendapat momentum daripada lapisan rakyat yang bergelar konsumer.

Bagaimana pula dengan golongan peniaga?

Kenaikan harga dua barangan asas iaitu minyak (kos pengangkutan) dan tarif elektrik bermakna golongan peniaga perlu menanggung kos operasi perniagaan (Opex) yang lebih tinggi.

Ini ditambah pula desakan daripada para pekerja untuk menaikkan gaji dan memberikan bonus untuk mengharungi tahun 2014 yang lebih mencabar.

Apabila kos Opex semakin mahal, para peniaga dan pengusaha akan memilih tenaga kerja yang lebih murah, terutamanya di sektor yang tidak memerlukan tenga kerja mahir.

Akibat itu, mereka lebih suka memilih tenaga kerja asing daripada warga tempatan, pertama kerana gaji, kedua ialah kesanggupan bekerja lebih panjang masa berbanding orang tempatan. Fenomena itu sedang berlaku dengan rancak. Lihatlah kebanjiran warga Myanmar, Nepal, Cambodia dan Bangladesh yang bekerja di restoran-restoran dan pasaraya-pasaraya tempatan.

Keadaan ini menyebabkan pengangguran warga tempatan meningkat. Kebanjiran warga asing juga membawa risiko jenayah dan menjejaskan keamanan kehidupan warga tempatan.

Golongan yang berkemampunan daripada tenaga mahir pula jangan menyangka perkara ini tidak akan memberi kesan kepada mereka. Risiko jenayah tidak mengenal warna kulit mahupun darjat kehidupan.

Namun begitu, langkah ini terpaksa diambil untuk mengawal kos Opex supaya perniagaan boleh kekal untung. Prinsip orang berniaga ialah mesti untung, dengan sentiasa mengawal merendahkan kos perniagaan dan meningkatkan jualan.

Untuk meningkatkan jualan, ada dua cara; pertama ialah meningkatkan jumlah pelanggan dan kedua ialah meningkatkan harga barangan dan servis yang ditawarkan.

Pada keadaan ekonomi mencabar, susah untuk para peniaga dan pengusaha meningkatkan jumlah pelanggan. Oleh itu, bagi membolehkan perniagaan boleh bernafas dengan selesa, hampir semua peniaga dan pengusaha akan menaikkan harga jualan barangan mereka.

Apa tidaknya, ais batu juga akan naik harga pada 2014!

Soalan seterusnya ialah apakah golongan peniaga ini akan menyokong usaha Turun?

Andainya Turun berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan sehingga menangguhkan keputusan menaikkan tarif elektrik, apakah para pembekal ais batu akan menurunkan harga mereka?

Andainya Turun berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan sehingga menurunkan harga minyak RON95 sebanyak 10 sen, apakah pengendali bas sekolah akan menurunkan harga tambang mereka?

Andainya Turun berjaya mendesak sehingga harga gula diturunkan, apakah air minuman yang dijual di kedai-kedai kopi akan menurunkan harga sebagaimana mereka menaikkan harga ketika harga gula naik?

Itu cabaran sebenar kempen Turun yang diterajui dan dikuasai daripada sudut konsumer dan kerajaan semata-mata, tanpa memikirkan penglibatan daripada golongan peniaga dan pengusaha.

Bagi golongan peniaga dan pengusaha, bisnes adalah untuk keuntungan, dan oleh sebab itu, soalan yang bakal ditanya daripada mereka ialah sanggupkah siapa-siapa antara kita menerima tiada kenaikan gaji atau pemotongan gaji untuk merendahkan kos Opex perniagaan untuk mengekalkan harga barangan atau servis yang dijual pada harga yang lama? Sudah tentu, ramai yang tidak sudi.

Tanpa komitmen daripada para peniaga dan pengusaha untuk tidak menaikkan harga, kempen Turun ini hanya sekadar melepaskan geram pada kerajaan yang boros dan memangsakan rakyat dengan menaikkan kos barangan asas.

Pada penghujungnya, rakyat tetap dibebani dengan tahun 2014 yang lebih mahal kerana golongan peniaga dan pengusaha tidak turut sama menurunkan harga masing-masing.

Disebabkan itu, Turun (fasa kedua) perlu fokus pada penglibatan para peniaga dan usahawan dengan mengumpulkan golongan ini untuk memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan dan servis untuk tempoh tertentu bagi membantu rakyat mengharungi detik mencabar ini.

Dalam hal ekonomi, ketiga-tiga pihak – konsumer, peniaga atau usahawan dan kerajaan perlu give-and-take untuk mengekalkan kos kehidupan pada tahap yang berpatutan dengan pendapatan rakyat.

Mana-mana pihak yang terlalu pentingkan hak sendiri dan tidak menjaga hak orang lain akan menyebabkan putaran ketidakseimbangan ekonomi berlaku dan akhirnya ketiga-tiga pihak – konsumer, peniaga atau usahawan dan kerajaan rugi dan tiada siapa yang untung.

Contohnya, apabila kerajaan bersikap pentingkan diri dan kroni dahulu menaikkan tarif elektrik, tol dan cukai perniagaan secara mendadak, keseimbangan ekonomi negara akan terjejas seperti yang berlaku sekarang di mana para peniaga dan usahawan akan memastikan kos ini ditanggung konsumer, konsumer pula marah pada kerajaan kerana menjadi pemangkin kepada meningkatnya kos kehidupan, dan kerajaan pula salahkan para peniaga dan usahawan menaikkan harga.

Ini akan terus berputar sehingga satu keseimbangan baru tercapai, di mana jurang miskin-kaya melebar dan yang kaya terus kaya dan yang miskin merana akan terus miskin merana.

Nyawa kerajaan pula bergantung pada dua elemen – iaitu kesedaran rakyat dan kehebatan bantuan seperti BR1M yang akan muncul seperti ubat penahan sakit ketika derita memuncak.

Apakah Turun fasa pertama dapat menyedarkan rakyat sehingga menumpulkan senjata BR1M kerajaan, lebih-lebih lagi tanpa komitmen daripada para peniaga dan usahawan?

Diharapkan Turun akan berjaya dan terus kekal sebagai pendesak mewakili rakyat terhadap golongan peniaga dan usahawan dan kerajaan BN mahupun PR. – 30 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

2014 is about living costs and real reforms

Posted: 29 Dec 2013 03:19 PM PST

December 30, 2013

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

As always, the new year brings with it the desire for change. In this final article for 2013, I decided to approach several friends to know what their hopes are for 2014.

In general, reducing costs of living and real reforms top their wishes.

Ng Wai Kit, a senior executive working with the oil and gas industry, has listed a few wishes, which include increase in government subsidies and removal of the goods and services tax. Unsatisfied with the current government, he wants to see the dissolution of the Parliament to allow another new round of election.

Similarly, Melvin Lee, a Malaysian working in Thailand, wishes that there will be no more price hike and that there will be real reforms in Malaysia political system.

Several friends in Penang, one of whom is Sean Ong, seek real reforms, less politicking and a more transparent leadership for the sake of Malaysia in the near future.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, in his second term, has been in a tough battle to regain public confidence in his administration. It is undeniably a tough year ahead for Najib and Barisan Nasional. The old strategy does not work on Malaysians nowadays, especially after 2008 and 2013 polls, as citizens are now generally more politically aware compared to before 2008.

The only way is to implement real reforms, such as by employing good governance, combating corruption, increasing administration efficiency, and most importantly, being vigilant in government spending.

Nelleisa Omar also raised her concern on the economic hardship, and this is especially pressing for those who live in the cities.

I quote, "Since there's a lot of subsidy being pulled out and prices of things increasing, my hope for 2014 is that employers will relook the salary scheme and the government look into ways to make sure the rakyat will be able to sustain themselves. We're all feeling the pinch... So far, I feel lucky to be a Malaysian as I am able to live peacefully, but things could happen if we don't progressively advance ourselves."

What she said is true.

Citizens are left with no choice but to protest the price hike through the formation of various movements, for example, the Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). However, more often, the protestors are labelled traitors, which is a false perception.

In his early 20s, Hanifamie, a local university student from Kota Belud, Sabah hopes for a more thorough developmental plan for the country, and for the government to emphasise the developmental issues in the rural areas, not merely focusing in the big cities.

While Naim Muktee, a recent masters graduate, wishes to see a more comprehensive development for youth in terms of religious education, economic capability and knowledge know-how. He also touches on the financial burden that is increasingly difficult, especially for the young generation.

I quote, "I wish the current government could protect and improve the peoples' economic ability to make them feel safe and protected."

Facing the public pressure on economic hardship, Najib said the people should not think his government as "insensitive". Rather, the public is asked to bear with the rising costs, arguing that the move is necessary in order to maintain economic stability.

Such explanation reflects the key problem of the current administration, that there is no comprehensive and careful study on the consequences of certain policies before they are introduced to the public.

Historically, economic trouble is not always followed by social unrest in the country. However, in recent times, there is a shift in such a trend.

Economic hardship, which includes the wide gap of income-inequality and the erosion of trust in the government of the day, is an indicator that 2014 will be even worse for the BN if they are still adamant to listen to public discontent.

The phrase, "topple the government" is now a common term in Malaysia politics. If events in 2013 are any indication, we can expect to hear this phrase even more often in 2014.

It has been a roller-coaster year for Malaysia. I would like to take this opportunity to wish all readers a Happy New Year. Good luck, Malaysia! - December 30, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved