Rabu, 4 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bantuan kerajaan BN tidak kira parti, kata Shahidan

Posted: 04 Dec 2013 01:59 AM PST

OLEH: DIYANA IBRAHIM
December 04, 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menolak dakwaan ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menuduh kerajaan Barisan Nasional(BN) mengamalkan sikap diskriminasi dalam menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan bahkan membuka talian peribadi untuk membantu mangsa banjir.

Menurut beliau, tuduhan Fuziah tidak benar sama sekali kerana kerajaan BN sentiasa mementingkan hak dan kepentingan rakyat terutama melibatkan perkara serius seperti banjir.

"Dalam beri bantuan kita tidak lihat cop di dahi mereka parti apa, malah kita pun banyak selamatkan mereka daripada parti pembangkang

"Kerajaan sekarang bukan main politik kerajaan. Dasarnya adalah memberi keutamaan kepada rakyat maka janganlah bersangka buruk. Allah melarang kita bersangka buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu, Fuziah menyelar kerajaan pusat kerana dikatakan lambat mengambil tindakan memberi bantuan kepada mangsa banjir hingga menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Semasa  Sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Fuziah membentangkan usul agar diisytiharkan darurat bagi membolehkan mangsa banjir di Kuantan dibantu segera.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin apabila ia memerlukan notis selama dua hari dan secara bertulis.

Sementara itu Shahidan mengesahkan situasi banjir di Pahang, Terengganu dan Johor bertambah teruk.

Bantuan semakin sukar dilakukan berikutan paras air banjir yang semakin meningkat. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Bantuan semakin sukar dilakukan berikutan paras air banjir yang semakin meningkat. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Justeru, segala operasi menyelamat dan bantuan telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir yang terperangkap.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar dua helikopter untuk keluarkan orang di kawasan terkandas.

"Bagaimanapun kita akui keadaan sukar kini kerana paras air yang tinggi dan bilik-bilik gerakan pun dimasuki air," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai mengenai situasi terkini  dan mengesan kedudukan mangsa banjir.

"Mana-mana pihak boleh beri maklumat khusus boleh terus maklumkan kepada bilik gerakan negeri atau negara," katanya.

Shahidan turut membuka talian secara terus kepada rakyat untuk menghubungi beliau iaitu di nombor 019 5758888. – 4 Disember, 2013.

1,072 pencawang elektrik di Pahang ditenggelami air, bekalan elektrik dihentikan - TNB

Posted: 04 Dec 2013 01:44 AM PST

December 04, 2013

Banjir di Kuantan semakin buruk. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Banjir di Kuantan semakin buruk. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Kira-kira 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini.

Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.

Di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.

Kenyataan itu menyebut tiga daerah yang terjejas akibat banjir ialah Segamat, Labis dan Mersing.

TNB turut membuka bilik gerakan dan komunikasi di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk memantau keadaan banjir dan menyalurkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan elektrik kepada pengguna.

Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) dan TNB menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan elektrik terutamanya pada musim hujan ini.

Pengguna boleh menghubungi talian khidmat TNB (TNB Careline) di talian 15454 atau melalui talian bilik gerakan TNB 09-515 5663/5678 (Pahang), 09-6241009/09-6267348 (Terengganu) dan 07-2192130 (Johor) untuk maklumat lanjut. - Bernama, 4 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved