Jumaat, 20 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pakar-pakar ekonomi, tolong jangan jadi ‘Pak Karut’ kerajaan

Posted: 19 Dec 2013 06:53 PM PST

December 20, 2013

Dr Dzulkefly Ahmad is a member of the PAS central working committee and ex-MP of Kuala Selangor.

Telah diramalkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan 'professionals' untuk mengesah dan menyokong tindakan 'menggila' mereka menaikkan apa juga yang boleh dinaikkan. Golongan ini adalah ahli-ahli ekonomi.

Najib guna pendekatan 'conditioning' minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.

Ketua Ekonomis CIMB serta Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan adalah antara yang terawal membuat percubaan. Ramai lagi yang boleh dibariskan dan bakal bersuara.

Kedua-dua mengingatkan pengguna-rakyat bahawa inflasi akan melonjakkan ke paras Indeks Harga Pengguna (CPI) 3% tahun depan berbanding kenaikan ke 2% dalam Oktober setelah penarikan subsidi akibat kenaikan petrol dan diesel dikenakan pada bulan September lalu.

Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu pakar untuk buat. Ia pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos  pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014. Ini selepas subsidi gula tamat baru-baru ini.

Pakar ekonomi ini juga menjangkakan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar  iaitu petrol dan diesel.

Sebaliknya rakyat makin mula gerun memikirkan dan tidak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar ini.

Memang rakyat selalu terasa lebih perit dan sakit lagi, kerana CPI tidak mencerminkan kedudukan sebenar inflasi sesuatu barangan atau perkhidmatan (pengangkutan). Perkiraan CPI adalah mengikut satu 'formula wajaran- weightage' dalam satu bakul barangan dan perkhidmatan (12 kategori berjumlah 512 semuanya) keperluan isi rumah dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, kedua-dua ahli ekonomi juga mengiktiraf bahawa golongan berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3,000 menjadi paling terbeban dengan kenaikan kos harga barang atau inflasi ini. Apatah lagi yang hanya mendapat RM1, 500 sebulan.

Golongan ini  juga akan mula mencari kerja luar untuk menambahkan pendapatan sekali gus membawa pelbagai risiko sosial.

Kedua-dua pakar ekonomi ini tidak pula menyentuh tentang kerja yang lebih mudah  dan mungkin akan menjadi pilihan sesetengah golongan iaitu meragut, mencuri dan merompak!

Paling parah, golongan berpendapatan rendah ini akan memilih untuk menaiki motosikal kapcai ke pejabat, maka lebih teruklah statistik kemalangan, morbiditi dan yang akan terkorban.

Rakyat hendak berpesan kepada pakar-pakar ekonomi ini supaya jangan hanya menjadi 'tukang karut' dan 'pengampu' pemimpin kerajaan Umno-BN ini.

Pakar-pakar ekonomi kena berani menceritakan kepada rakyat kenapa Najib dan Kabinet menjadi 'gila' melakukan semua kenaikan ini secara mendadak sekarang dan untuk tahun-tahun ke depan ini bermula 2014. Itu tidak termasuk lagi GST berkuatkuasa pada April 2015.

Kenapa defisit fiskal sudah 16 tahun dan betulkah negara akan bankrap atau muflis kalau Najib tidak buat semua ini?

Mereka perlu terangkan tentang 'hutang kerajaan Pusat' berjumlah RM543.3 yang menghampiri had pinjaman (statutory limit) 55% nisbah KDNK dalam undang-undang bikinan kerajaan BN sendiri seumpama Akta Pinjaman Tempatan 1959.

Mereka juga kena cerita kepada rakyat, khususnya sejak Najib ambil alih pada 2009, hutang kerajaan melonjak dua kali ganda. Betulkah hutang ini antara sebabnya juga kerana tadbir urus yang jelek dan tatakelola kewangan yang boros, sarat ketirisan, rasuah serta peruntukan keutamaan yang salah dan songsang (misallocation of fund)?

Mereka kena terangkan bahawa ramai kata kerajaan memangsakan rakyat kerana memeterai perjanjian konsesi utiliti seperti air, lebuh raya dan elektrik yang jelasnya 'berat sebelah' (lopsided). Tindakan kronisme ini jelas memperkayakan kroni tetapi sebaliknya membebankan rakyat. Betulkah semua dakwaan ini?

Pakar-pakar ekonomi juga kena berani untuk menyatakan bahawa risiko akibat pengurangan pelonggaran kuantitatif (Quantitive Easing) di Amerika Syarikat masih wujud. Ini sekali gus bermaksud pengaliran keluar modal bakal berulang seperti baru-baru ini.  Masalah imbangan pembayaran di negara-negara seperti Malaysia juga akan terjejas akibat impak ke atas ekonomi global.

Pakar-pakar ekonomi juga sepatutnya lebih peka terhadap golongan berpendapatan rendah dan terutama yang tidak punya gaji kerana bekerja sendiri seperti nelayan, petani, kerja kampung dan peniaga pasar malam.

Mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan imbuhan berbanding yang disebut oleh ahli ekonomi tadi. Betul golongan menengah dan menengah mengecapi kenaikan gaji purata 5-6%. Ini tidak termasuk kenaikan kepada ratusan peratus kepada penguasa politik negeri dan sedikit lagi Pusat dan ahli Parlimen. Tapi bukan rakyat teramai.

Ahli ekonomi juga mesti bertanggungjawab mendedahkan tentang kemungkinan besar bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan terpaksa menaikkan juga Kadar Pinjaman Semalaman atau OPR ke paras 3.5% hingga 4% sekali gus menaikkan kos pinjaman atau kadar purata pinjaman (Average Lending Rate-ALR).

Langkah ini terpaksa diambil BNM bagi menangani kadar inflasi dan tekanan inflasi yang melebihi atau melepasi kadar simpanan. Ahli ekonomi juga kena mengingatkan kerajaan berapa ramai pula akan bakal terbeban dengan kadar pinjaman yang tinggi ini bagi membayar ansuran bulanan mereka. Berapa ramai pula bakal diisytihar muflis atau bankrap?

Pakar-pakar ekonomi juga mesti bersama rakyat untuk menentang kenaikan 13 tol lebuh raya kerana mereka juga tahu bahawa pemilik konsesi tol membuat keuntungan lebih awal kerana jumlah sebenar trafik (Actual Volume of Traffic) adalah jauh lebih tinggi daripada yang diramalkan (Forecast Volume).

Dengan kata lain bahawa kadar pulangan dalaman  atau Internal Rate of Return (IRR) dicapai lebih awal. Keuntungan beberapa pemilik konsesi seperti Litrak dalam kes Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) cukup menjadi bukti. Keuntungan bersih sebelum cukainya (pre-tax profit) adalah RM180 juta dengan pungutan RM369 juta. 49% keuntungan adalah sangat lumayan berbanding pelaburan dalam sektor lain.

Sementara kita sanjungi peranan ahli ekonomi, kita mengingatkan mereka supaya bertindak profesional, berintegriti dan jangan menjadi "pak karut" kerajaan. Bertindaklah mengikut tuntutan maklumat berdasarkan kajian sebenar para 'analysts'. Peliharalah maruah dan integriti profesionalisme tuan-tuan.

Penulis ingatkan kata hikmat seorang pujangga patriotik berbangsa Amerika : "Patriotisme adalah mempertahan negara pada setiap masa tetapi mempertahankan kerajaan hanya ketika mereka betul dan benar".

Justeru, semua segmen rakyat mesti bergabung termasuk ahli dan pakar ekonomi, bagi membanteras segala kemungkaran serta kebejatan pengurusan kewangan dan meluruskan kepincangan pembangunan kerajaan Nasional Barisan bagi mengangkat daya saing dan dignity - martabat negara tercinta ini. – 20 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Malaysia memperkecilkan kematian Mandela?

Posted: 19 Dec 2013 03:18 PM PST

December 20, 2013

Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

Sepetang saya tidak bergerak daripada kaca televisyen mengikuti liputan langsung stesyen TV CNN, BBC dan Al-Jazeera yang menyiarkan acara memperingati Nelson Mandela di Stadium Sweato, Johannesburg.

TV itu saya tinggalkan untuk solat Asar dan Maghrib saja.

Ia adalah disebabkan Mandela antara manusia penting dalam demokrasi dan pembebasan manusia daripada perhambaan sesama manusia di kurun kita ini.

Maka matinya adalah amat penting bagi manusia politik dan dunia diplomasi bagi meraih manfaat dunia masing-masing. Nilai ukhrawinya tidak sepadan dengan sumbangan para solihin di alam maya, tetapi buat politik duniawi menentang kezaliman ketika Islam hilang daya saing, Mandela adalah ikon selepas Abraham Lincoln dan Mahatma Gandhi.

Karl Marx, Lenin dan Mao Zedung mungkin manusia besar, tetapi kehebatan masing-masing kian pudar dimakan zaman.

Keagungan Lincoln dan Gandhi tidak pudar untuk semua, dan masa kita ini orang seagung itu ialah Nelson Mandela dari Afrika Selatan dan jadi gergasi dunia Afrika.

Dunia daripada pelbagai kepentingan semuanya tertumpu ke Johanesburg pada hari matinya. Daripada Presiden Barack Obama, Presiden Raul Castro dan Naib Presiden China berada di stadium pada hari memperingatinya itu. Buat apa? Untuk meraih perhatian dunia dan diplomasi.

Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Datu Mustafa adalah karib Rafa Faisal terutama peranan masing-masing dalam mengasaskan OIC. Saya jumpa Datuk Mokhtar Ahmad yang kemudiannya jadi Duta Malaysia ke Arab Saudi menyampaikan sungutan kerabat diraja Arab Saudi kepada Tun Mustafa, mengapa Tunku dan Tun Mustafa tiada dalam acara permakaman Raja Faisal?

Dunia Islam menghantar pembesarnya, Malaysia hanya diwakili oleh dutanya.

Saya lihat di TV Amerika tidak diwakili oleh Presiden Obama dan isterinya, bekas Presiden Clinton dan Presiden Bush serta Jimmy Carter yang tua bangka itu pun ada. Perancis tidak sekadar Presidennya datang, calon Presiden Sarkozy yang dikalahkannya pun ada.

Perdana Menteri British datang bersama dua bekas Perdana Menteri John Major dan Tony Blair. Presiden Hamid Karzai pun ada.

Malaysia tak ada dalam gambar sebab yang mewakilinya adalah menteri yang tidak terkenal iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Kalau Datuk Seri Anifah Aman mungkin menasabah kerana dia menteri luar.

Kalau perdana menteri dan timbalannya kurang suka ke rumah orang mati, hantar saja Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya dia orang ketiga penting dalam Kabinet.

Tetapi yang dihantar Tengku Adnan, walaupun dia Setiausaha Agung Umno dan BN, dunia tahu setiausaha agung parti poliltik parti yang memerintah Malaysia lebih kurang ketua kerani.

Bagaimana Malaysia hendak berperanan dalam politik antarabangsa kalau pemimpinnya tidak kelihatan dalam peristiwa yang terpenting itu.

Ia tidak sekadar tokoh Afrika Selatan tetapi dia adalah Afrika, tokoh negara berkecuali, tokoh dunia, pejuang menentang kezalliman dan hero kebebasan dan keamanan.

Kita tidak pelik kalau bangsa Afrika seluruhnya terpikat dengan Amerika, Perancis dan Britian. Sekapal orang pentingnya datang.

Hebatnya permainan Jacob Zuma, Presiden Afrika Selatan sekarang, disusunnya acara Obama boleh bersalam dengan Raul Castro sedang Amerika dan Cuba bermusuh sekitar 60 tahun.

Siapa yang menasihatkan Wisma Putra hingga kadang-kadang isteri perdana menteri menjalankan kerja menteri luar?

Tun Dr Mahathir Mohamad buat macam-macam untuk memenangi komuniti Afrika dan ia termasuk seperti Sidang Langkawi. Tetapi Wisma Putra sekarang sesudah tidak ada Ghazali Shafie, tiada orang yang dapat menasihatkan peristiwa memperingati Mandela, satu siasah dan diplomasi yang penting.

Kehadiran Castro beberapa jam dan bersalam beberapa saat dengan Obama boleh membuat teka-teki tentang kebuntuan 50 tahun antara Washington dan Havana. – 20 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved