Jumaat, 10 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khalid harap ISA dapat dikembalikan

Posted: 10 Jan 2014 02:14 AM PST

OLEH LEE SHI-IAN
January 10, 2014

Ketua Polis Negara Tan Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikembalikan semula setelah ia dihentikan pada 2012.

"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?"

"Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya.

Mengulas mengenai prestasi tahun 2013, Khalid kesal dengan bilangan perhimpunan haram dan demonstrasi yang dilakukan pada tahun lalu.

"Terdapat 26 perhimpunan haram dan demonstrasi termasuk bantahan kenaikan harga barang pada malam sambutan tahun baru.

"2012 merupakan tahun yang mencabar dengan pilihan raya umum, pencerobohan Lahad Datu dan demonstrasi jalanan," katanya. – 10 Januari, 2014.

MENYUSUL LAGI

Anwar bebas dakwaan sertai himpunan Bersih 3.0

Posted: 10 Jan 2014 01:51 AM PST

January 10, 2014
Latest Update: January 10, 2014 06:13 pm

Mahkamah Sesyen hari ini telah mengarahkan pelepasan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dan empat yang lain kerana penyertaan mereka dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache membenarkan permintaan peguam untuk menggunakan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak perhimpunan itu sebagai haram.

Pada hari Isnin, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Bahagian Badrul Hisham Shaharin untuk mengetepikan arahan mahkamah yang telah mengharamkan mereka daripada menyertai perhimpunan tersebut di bawah kanun acara jenayah.

"Asas dakwaan itu ada di dalam arahan. Kita mendapati dakwaan itu kini tidak lagi berasas," kata Hakim Ahmad sebelum mengarahkan pelepasan terhadap Anwar dan empat yang lain itu.

"Asas kepada dakwaan ini adalah arahan. Kami dapati dakwaan ini tidak ada asas," kata beliau lagi.

Peguam S.N. Nair yang mewakili Badrul memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka memberitahu hakim Mahkamah Sesyen tentang keputusan Mahkamah Rayuan bahawa arahan itu tidak sah.

"Kami beritahu hakim bahawa dakwaan ini berasaskan arahan yang telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah yang lebih tinggi. Oleh itu, dakwaan ke atas keempat mereka tidak berasas," katanya.

Nair yang bertindak bersama Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata, pihak yang didakwa telah memohon kepada pendakwaraya untuk menarik semua dakwaan tetapi telah ditolak.

Pihak pembela tidak ada cara lain melainkan memohon hakim untuk memberikan pembebasan tanpa pelepasan.

Anwar; Azmin; Badrul Hisham; Timbalan Ketua PKR bahagian Rasah R. Tangam, 50; Exco Pemuda PKR Farhan Ibrahim @ Alias, 29; dan peguam G.N Rajesh Kumar, 44, didakwa merusuh dan tidak mematuhi arahan pejawat awam dan didakwa di bawah Penal Kod.

Mereka juga didakwa menyertai demonstrasi jalanan, satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman. – 10 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved