Ahad, 19 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Aisyah luah rintihan dalam Facebook

Posted: 19 Jan 2014 03:04 AM PST

January 19, 2014

Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal. Gambar dari Astro Awani.Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal. Gambar dari Astro Awani."Today (hari ini)(18 Jan), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali.

Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat.

Pasangan itu mempunyai empat anak 7, 11, 12, dan 14 tahun dan kesemua kanak-kanak itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan.

Aisyah berkata adiknya yang merupakan anak ketiga pasangan Malaysia itu sememangnya sukar memahami arahan disebabkan penyakitnya itu, selain kurang fasih berbahasa Inggeris.

"Adam memang ada masalah untuk faham apa yang orang cakap sebab dia ada penyakit... tambah dia juga seorang yang hyperaktif.

"Dia juga ada masalah nak membaca secara normal, yang dia nampak perkataan terbalik," katanya.

Beliau mendakwa sebelum ini, ibu angkatnya itu juga pernah memarahi adik bongsunya, Arif, 7, kerana tidak mengemas katil dengan teliti.

Keluarga angkat berkenaan didakwa semakin kerap memarahi anak-anak pasangan Malaysia itu selepas mereka mendapat tahu anak-anak itu mengadu kepada Khidmat Sosial Sweden Jumaat lepas mengenai layanan buruk oleh penjaga mereka itu.

Sementara itu, adik kepada Shalwati, Shaleena, 40 berkata beliau berharap anak saudaranya ditempatkan dalam keluarga angkat Melayu beragama Islam dari Malaysia.

"Saya kenal kakak saya, Kak Ti (Shalwati) is a good mother (seorang ibu yang baik), kalau mereka (Sweden) tahan dia dan dakwa dia buat something bad to the children (melakukan sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya), saya harap kerajaan mereka lantik keluarga angkat yang boleh jaga anak-anak itu dengan lebih baik, bukan mereka yang diadu anak-anak saudara saya sekarang ini berbuat macam-macam kepada mereka," katanya. – Bernama, 19 Januari, 2014.

Umno balas “flash mob kangkung” dengan bertindak ganas, kata Adun PKR

Posted: 19 Jan 2014 02:42 AM PST

January 19, 2014

Gambar Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon digunakan semasa demonstrasi Umno di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Gambar Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon digunakan semasa demonstrasi Umno di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi "flash mob" kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

Beliau turut kesal apabila "flash mob kangkung" yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.

Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.

"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.

"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan "flash mob" tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.

Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi "flash mob kangkung" disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu "Lenggang-Lenggang Kangkung".

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan "flash mob" tersebut. – 19 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved