Khamis, 2 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


DAP gesa Jais minta maaf serbu Persatuan Bible Malaysia

Posted: 02 Jan 2014 02:35 AM PST

OLEH LEE SHI-IAN
January 02, 2014

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disaran menghantar pemohonan maaf secara rasmi berikutan serbuan terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) petang tadi, kata DAP.

Ketua Publisiti Nasional DAP, Tony Pua (gambar) berkata, serbuan di pejabat BSM itu melanggar hak rakyat Malaysia untuk bebas mengamalkan agama masing-masing.

Katanya tindakan Jais menyerbu pejabat BSM itu tanpa waran tangkap serta kebenaran dari pihak atasan.

"Serbuan ini adalah bertentangan dengan agama rasmi Malaysia, Islam dan dilakukan tanpa menghormati perasaan penganut agama lain," tambahnya, yang menyifatkan tindakan Jais sebagai ekstremis dan terpesong.

Bercakap kepada pihak media di Balai Polis Damansara, Pua menyeru Putrajaya mengambil pendirian yang teguh mengenai isu Allah untuk mengelak situasi menjadi lebih melarat.

"Putrajaya telah memulakan isu ini apabila Menteri Dalam Negeri telah mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar migguan Katolik, Herald," jelas Pua.

Beliau menambah, sudah tiba masanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menenangkan keadaan dalam isu Allah ini sebelum ianya melarat.

Ahli Parlimen Stampin dari Sarawak, Julian Tan Kok Ping, yang turut hadir di balai polis hari ini, berkata pihaknya sedang mengikuti perkembangan isu tersebut.

"Lebih dari 40% rakyat Sarawak adalah penganut Kristian dan kita sedang mengikuti perkembangan isu tersebut di Semenanjung," katanya kepada wartawan.

Menurut Julian, terdapat 100,000 warga Sarawak yang bekerja di Selangor dan 50,000 di Pulau Pinang.

"Saya berharap Putrajaya akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menenangkan keadaan secepat mungkin," tambahnya lagi.

Dalam kejadian hari ini, 20 pegawai Jais dan dua anggota polis menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim.

Walaupun tanpa waran tangkap dan surat kebenaran, lebih 300 bible versi Bahasa Malaysia dan Iban telah dirampas.

Pengerusi BSM, Lee Min Choon dan pengurus BSM, Sinclair Wong dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 4 petang selepas kenyataan mereka dirakam oleh polis.

Lee berkata, beliau dan Sinclair telah ditahan oleh Jais di bawah Enakmen 1988 iaitu Agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim). - 2 Januari, 2014.

Menteri rayu semua pihak bertenang selepas pertubuhan Kristian diserbu Jais

Posted: 02 Jan 2014 02:23 AM PST

OLEH EILEEN NG
January 02, 2014

Putrajaya meminta semua pihak bertenang ekoran suasana semakin panas dengan isu penggunaan nama Allah oleh Kristian, selepas serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) berkata beliau menghubungi rakan sejawatnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang menjaga urusan agama Islam, yang berjanji akan membantu "menyejukkan suasana".

"Dia akan melihat hal ini dan membantu untuk menyejukkan suasana," kata Kurup kepada The Malaysian Insider.

Kurup yang beragama Kristian menasihatkan semua pihak agar jangan berbuat sesuatu yang boleh memburukkan lagi hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

"Jika ada mana-mana pihak tidak bersetuju dengan sesuatu, bawa kepada pihak berkuasa dan biarlah pihak berkuasa yang menyelesaikannya secara yang wajar dan aman," katanya.

Petang tadi, pasukan Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas 300 bible versi Bahasa Malaysia dan Iban, serta menahan pengerusinya, Lee Min Choon dan setiausaha agung, Sinclair Wong. Kedua mereka dibebaskan dua jam kemudian.

Dalam masa yang sama, pelbagai pertubuhan Islam mendesak agar tindakan diambil ke atas pengarang majalah Katolik The Herald, Rev Father Lawrence Andrew, kerana kenyataannya mahu terus menggunakan nama Allah dalam terbitannya. Lawrence telah pun dipanggil oleh pihak polis.

Kenyataan Lawrence itu ekoran kenyataan Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata, jabatan itu sedang menyenaraikan nama gereja yang akan diberitahu supaya mengelak menggunakan nama Allah kerana bertentangan dengan undang-undang di Selangor.

Enakmen 1988 iaitu Agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1988, melarang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah". - 2 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved