The Malaysian Insider :: Bahasa |
Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Indonesia bersaing kuasai pasaran Posted: 20 Jan 2014 02:51 AM PST Jentera pencarian penerbangan itu mencuri tumpuan berikutan perhatian tidak dijangkakan terhadap sektor penerbangan tambang rendah dengan lebih 30 perkongsian pilihan LCC di laman webnya. "Malaysia nampaknya kini di hadapan dengan AirAsia dan enam syarikat serantaunya yang terbang di bawah jenama AirAsia setiap satu antara 10 LCC terbesar di rantau Asia Pasifik," kata Wicks dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata AirAsia yang kini terbesar dengan 520 pesawat, akan diatasi dari segi jumlah pesawat oleh Lion Air Indonesia yang memiliki 721 pesawat termasuk yang sudah ditempah. "Walaupun Lion Air begitu terkenal dalam pasaran domestik Indonesia, syarikat penerbangan itu memerlukan pelaburan besar untuk memperkenal jenamanya dan menambah perkongsian pasaran yang penuh persaingan dalam wilayah dikuasai oleh AirAsia," katanya. Mengenai Malindo Air, Wicks mengakui bahawa perkhidmatan strategik yang baru diperkenalkannya mampu menyaingi laluan AirAsia iaitu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad dan ke Chittagong memandangkan Bangladesh yang mempunyai lebih 150 juta penduduk tidak mempunyai perkhidmatan penerbangan tambang rendah. Menurut Wicks, 10 lagi penerbangan tambang rendah akan dilancarkan tahun ini dan dengan peluasan dirancang dan tambah pesawat oleh syarikat sedia ada, persaingan perkhidmatan penerbangan Asia Tenggara akan menjadi lebih giat lagi. "Semuanya merupakan berita baik untuk industri pelancongan dan penerbangan di segenap rantau dan paling menarik untuk pengembara ketika syarikat penerbangan bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan penumpang," katanya. – Bernama, 20 Januari, 2014. |
MCA sedia galas jawatan Exco di Melaka, kata parti presiden Posted: 20 Jan 2014 02:29 AM PST Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata keputusan itu juga akan memastikan MCA terus melaksanakan peranan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) Melaka. "Kami mahu mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat... apabila kami minta sesuatu jawatan, ini bukanlah jawatan untuk kemegahan diri. "Ini adalah jawatan untuk menyampaikan perkhidmatan dan memastikan pembangunan bagi rakyat di negara ini, bagi negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri hari ini. Pada 20 Oktober tahun lepas, mesyuarat agung luar biasa MCA meluluskan resolusi membenarkan anggota parti itu menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri. Keputusan itu membatalkan kelulusan mesyuarat agung parti pada 2011 dan 2012 melarang anggota MCA memegang jawatan dalam kerajaan apabila parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Liow bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan pelantikan wakil MCA ke jawatan Exco berkenaan pada budi bicara ketua menteri Melaka. "Kita kena tunggu ketua menteri buat keputusan...kita dah dapat pandangan yang bernas daripada MCA dan diusulkan kepada ketua menteri," katanya. Melaka kini mempunyai lapan anggota exco dengan tujuh daripada Umno dan seorang wakil MIC. Lazimnya barisan exco Melaka akan turut diwakili dua Adun MCA. Selepas PRU13 lepas, Melaka mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada MCA iaitu Datuk Lai Meng Chong (Machap), Datuk Ng Choon Koon (Bemban) dan Lim Ban Hong (Klebang). – Bernama, 20 Januari, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan