Isnin, 20 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Time for leaders to heed the call

Posted: 19 Jan 2014 03:43 PM PST

January 20, 2014

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

Bob Dylan's 1964 song, The Times They are A-Changin', is one of the most famous protest songs ever written, influencing a generation about leadership. Although the song articulates the hopes of the 60s generation, this generation is no different.

We are experiencing a tsunami of change in our politics, economics, as well as in religion and world affairs. In such a challenging period, the citizens need strong leaders to lead them in the right direction.

Unfortunately, those in power often neglect important values. Many abandon the leadership ideals for the rewards of power, money and influence.

Most recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was criticised on social networks especially Facebook over his statement that the people were not grateful when the price of kangkung went down.

Najib questioned why his administration was blamed whenever there was price increase but not complimented when goods become cheaper.

"When prices of things go up, everything goes up, including sawi and kangkung. There are times when the prices of vegetables go up and down... Today I read in the newspaper that the prices of some things which have dropped. The price of kangkung increased before this and now it has gone down," said Najib.

Ironically, what Najib described is also applicable to his own administration.

The political legitimacy of his administration has sharply gone down since the 2008 polls and the situation has worsened after the 2013 polls.

Although the higher popular support for the opposition does not count due to the first-past-the-post system, it is undeniably a strong indication that something is wrong, and sadly, Barisan Nasional does not seem to learn even after the May 2013 election.

Where have all the leaders gone? Where are the principles?

The discourse on leadership is usually done in a top to bottom perspective.

Old leaders and leadership of the past are not sufficient to meet the demands of the current environment. Yes, they are seasoned politicians. They are also good in playing politics.

However, one must realise that information today is just a click away. The world is characterised by unprecedented complexity, paradox, and unpredictability. Change is rapid and constant.

Politicians today face increasing demands unlike those in the past. They should not rule the country with the old tactics.

This applies to how the authorities handle protests. Kuala Lumpur deputy police chief Amar Singh Ishar Singh alleged that protestors of the Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) wanted to use weapons, including grenades, to spark unrest. Such an allegation is similar to the allegations of unrest and the use of weapons in 2011 during the massive Bersih 2.0 rally, when the police claimed to have found parangs and Molotov cocktails two days before the rally, yet those responsible were never identified.

Surveys indicate that public perception on the government's credibility has improved since May 2013. The challenge now is for a new type of leader and leadership, indeed an entirely new and different way of thinking about leadership and about developing future leaders.

As Bob Dylan said:
Come senators, congressmen
Please heed the call
Don't stand in the doorway
Don't block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There's a battle outside
And it is ragin'
It'll soon shake your windows
And rattle your walls
For the time they are a-changin'.

Malaysians are smarter now and they demand reformed politicians alongside the changing political landscape. They are no longer complacent. A true leader should realise and accept that. - January 20, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Budaya India dan Bahasa Malaysia

Posted: 19 Jan 2014 03:19 PM PST

January 20, 2014

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

Suatu salah tanggap yang selalu berlaku adalah bahawa makalah yang ditulis dalam bahasa kebangsaan adalah berkenaan budaya orang Melayu. Manakala budaya kaum India pula selalu ditulis dalam Bahasa Tamil.

Tanggapan konvensional ini masih kekal dalam jiwa masyarakat walaupun selepas lebih 60 tahun penubuhan Malaysia dan bahasa kebangsaan menjadi milik setiap warganegara.

Sebagai seorang penulis profesional yang berkarya sejak 1992, saya menghasilkan makalah dan karya kreatif berkaitan budaya kaum India menggunakan Bahasa Malaysia.

Sejak awal penglibatan dalam penulisan kreatif, khususnya cerpen, saya sering menampilkan budaya, pemikiran, cara hidup dan permasalah hidup masyarakat India di Malaysia.

Sring saya tegaskan bahawa saya percaya adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menampilkan citra budaya kaum India untuk tatapan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Secara logik, bahasa terbaik untuk dijadikan wahana bagi mencapai maksud tersebut adalah Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu bagi seluruh rakyat negara ini.

Antara karya Uthaya yang menampilkan budaya India.Antara karya Uthaya yang menampilkan budaya India.Kemampuan Bahasa Inggeris tidak pula dipersoalkan bagi mencapai maksud ini. Walaupun saya juga memiliki penguasaan Bahasa Inggeris serta turut menulis makalah dan kertas kerja Bahasa Inggeris, saya tetap berasa lebih selesa menampilkan citra budaya kaum India dalam karya bahasa kebangsaan.

Apabila budaya kaum India ditulis menggunakan Bahasa Malaysia, makalah berkenaan boleh dibaca dan difahami oleh seluruh Bangsa Malaysia. Pasti sahaja kedaifan dan kelemahan penguasaan bahasa tidak boleh dijadikan alasan oleh mana-mana individu yang mengaku dirinya warganegara Malaysia.

Maka, memandangkan Bahasa Malaysia difahami oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini, bahasa berkenaan amat sesuai digunakan apabila menulis makalah yang ditujukan pula pada masyarakat umum tanpa batas kaum, agama dan latar budaya.

CARA MUDAH PUPUK PERSEFAHAMAN, PERPADUAN
Pernah juga saya ditanya mengapa perlu menulis makalah berkaitan budaya kaum India dalam bahasa kebangsaan. Sebaliknya, menurut individu terbabit, adalah lebih baik jika ditulis sahaja dalam Bahasa Tamil supaya mesej dan ilmu yang disampaikan itu sampai kepada pembaca kaum India.

Saya amat tidak bersetuju dengan mentaliti sebegini. Alasannya bukan semata-mata kerana saya memang tidak memiliki penguasaan bahasa yang cukup baik untuk menulis makalah Bahasa Tamil.

Sebaliknya, jika makalah berkenaan ditulis dalam Bahasa Tamil, mesej yang terkandung di dalamnya hanya akan sampai kepada kelompok yang mampu membaca tulisan Bahasa Tamil. Secara automatik, jumlah khalayak adalah terbatas.

Sebaliknya, jika makalah berkenaan disampaikan menggunakan Bahasa Malaysia, ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang tahu asas bahasa kebangsaan. Tambahan pula, generasi muda di Malaysia tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengatakan mereka tidak boleh membaca dan memahami teks dalam Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama, saya juga sentiasa berwaspada bahawa makalah yang ditulis dalam bahasa kebangsaan ditujukan kepada khalayak umum. Maka, secara automatik, saya akan melakukan penapisan sendiri apabila menulis mengenai budaya kaum India.

Sensitiviti masyarakat pelbagai kaum turut diambil kira apabila menghasilkan makalah dalam bahasa kebangsaan. Saya pernah menghuraikan perkara ini menerusi sebuah makalah yang disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa (November 2004) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Makalah berkaitan budaya yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia juga merupakan aset yang amat bernilai dalam menjayakan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman antara penduduk majmuk seperti di negara kita.

Bahasa Malaysia menjadi media penyatu bangsa Malaysia.Bahasa Malaysia menjadi media penyatu bangsa Malaysia.Saya percaya bahawa untuk mewujudkan integrasi serta ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu-padu, masyarakat pelbagai kaum perlu saling memahami, saling menghormati, bertolak-ansur serta saling menerima hakikat perbezaan yang wujud dalam budaya dan cara hidup.

Tak kenal maka tak cinta. Adalah sukar untuk mengharapkan orang lain memahami serta menghormati budaya kita jika kita tidak memberikan peluang kepada orang lain memahami budaya kita. Perkara ini juga menjadi asas pada usaha saya menghasilkan makalah berkaitan budaya kaum India dalam Bahasa Malaysia.

GENERASI MUDA INDIA "MESRA" BAHASA MALAYSIA
Makalah-makalah budaya yang saya hasilkan pernah tersiar dalam pelbagai media cetak yang diterbitkan oleh beberapa penerbit berwibawa. Maklumat yang terkandung dalam makalah-makalah berkenaan dibaca oleh masyarakat pelbagai kaum, agama, usia dan latar belakang.

Sejak 2011, apabila saya menjadi penulis sepenuh masa dan menulis di beberapa portal berita dalam talian, makalah-makalah budaya yang saya hasilkan dapat pula diakses orang ramai di seluruh dunia tanpa mengira kaum dan bangsa; asalkan mereka tahu Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama, makalah-makalah berkenaan turut dibaca oleh khalayak kaum India. Perlu diakui bahawa rata-rata generasi muda kaum India di negara ini lebih menguasai bahasa kebangsaan berbanding bahasa ibunda.

Malah, kelompok yang menguasai Bahasa Tamil juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk membaca dan memahami kandungan dalam makalah yang ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Hasil maklum balas yang diterima daripada kelompok generasi muda kaum India menunjukkan bahawa mereka lebih memahami budaya kaum sendiri setelah berpeluang membaca makalah yang ditulis dalam Bahasa Malaysia; selain Bahasa Inggeris.

Selain daripada makalah, saya turut menghasilkan karya kreatif dalam bahasa kebangsaan. Cerpen-cerpen berkenaan juga sering menampilkan watak dan persoalan yang berkait erat dengan masyarakat India di Malaysia. Citra budaya dan gaya hidup watak-watak berkenaan dipastikan benar-benar memenuhi perwatakan kaum India.

Cara berpakaian, solekan, pemikiran, adat-istiadat, amalan dan seumpamanya adalah sama seperti kaum India. Perbezaan yang wujud hanya dalam bahasa yang digunakan untuk menyampaikan cerita. Namun, walaupun cerita disampaikan dalam Bahasa Malaysia, kisah yang dipaparkan masih mengenai watak dan perwatakan kaum India.

Sesiapa yang pernah membaca cerpen-cerpen saya sejak tahun 1992 pasti menyedari hakikat ini. Selain daripada kisah-kisah berkaitan kaum Melayu – yang sebenarnya sudah tepu dan banyak ditulis orang – saya amat suka menyajikan kisah mengenai kaum India.

Memanglah saya sering ditanya rasional menampilkan permasalah hidup serta citra budaya kaum India dalam cerpen Bahasa Malaysia. Ada individu yang mengatakan bahawa cerita mengenai masyarakat India hanya sesuai diceritakan dalam Bahasa Tamil dan disiarkan dalam media Bahasa Tamil.

BUDAYA TAMIL WAJIB DALAM BAHASA TAMIL?
Pandangan seperti itu bukan dikemukakan oleh golongan tidak berpendidikan tetapi oleh kelompok berpendidikan serta terlibat sama dalam bidang penulisan. Mereka sering menulis kisah mengenai kaum Melayu-Islam dengan alasan bahawa cerpen/sajak mereka menggunakan bahasa (orang) Melayu.

Memang ada pihak yang bertanya mengapa perlu menampilkan budaya kaum India dalam karya Bahasa Malaysia. Kelompok seperti ini sebenarnya terkeliru antara "bahasa" dan "budaya".

Bagi mereka, karya yang ditulis dalam "bahasa (orang) Melayu" hanya boleh berlegar tentang "budaya (orang) Melayu". Kelompok yang berfikiran sempit seperti ini juga terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi serta berkedudukan dalam masyarakat.

Sekumpulan lagi masyarakat yang berfikiran sempit sering melaung-laungkan kata-kata bahawa budaya kaum India akan luput sekiranya Bahasa Tamil tidak diberikan keutamaan. Kononnya hanya dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), barulah budaya Tamil akan terus kekal di negara ini.

Pada pandangan saya, golongan fanatik seperti ini sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. Tidak mustahil bahawa mereka hanya menguasai satu bahasa.

Keadaan mereka tidak ubah seperti katak di bawah tempurung. Apabila tempurung itu mahu dibuang, mereka mengalami kejutan budaya. Mereka lupa bahawa tempurung itu merupakan halangan untuk mencapai mobiliti sosial.

Sebaliknya, tanpa tempurung itu, "katak" berkenaan masih memiliki apa yang dimilikinya selama ini; dan sebagai tambahan, akan berpeluang melihat dunia di luar tempurung berkenaan.

Saya bukan menentang SJKT, sebaliknya mahu menekankan bahawa sekolah aliran bahasa ibunda bukanlah satu-satunya cara untuk mengekalkan budaya nenek-moyang.

Sejak awal penglibatan dalam bidang penulisan, saya sering menampilkan budaya kaum India dalam karya Bahasa Malaysia. Penulis-penulis mapan seperti Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said dan Allahyarham Dr Othman Puteh, serta editor akhbar dan majalah sentiasa memberikan sokongan dan galakan.

PELUANG PENULIS TIMBA DAN KONGSI ILMU
Kavyan mengendalikan pelbagai aktiviti bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.Kavyan mengendalikan pelbagai aktiviti bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.Menurut para editor, karya yang menampilkan budaya kaum India memang dialu-alukan; asalkan disampaikan dalam bahasa yang betul. "Kekurangan" itulah yang saya penuhi dengan penuh minat. Bukan kerana sekadar mahu mengisi ruang, sebaliknya memang itulah salah satu tugas dan tanggungjawab saya sebagai individu yang dianugerahkan bakat menulis.

Sudah dinyatakan bahawa makalah budaya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia mempunyai kumpulan sasaran yang lebih luas. Kata-kata ini tidak sedikit pun bertujuan menafikan kedudukan dan kemampuan mana-mana bahasa lain.

Sebaliknya saya mahu menegaskan kelebihan menulis mengenai budaya pelbagai kaum dalam karya bahasa kebangsaan. Pandangan ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya secara langsung menghasilkan makalah dan karya kreatif seumpama itu sejak 1992.

Makalah budaya yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia bukan hanya membawa kebaikan kepada pembaca pelbagai kaum. Malah, penulis terbabit akan turut mendapat beberapa faedah.

Daripada pengalaman peribadi saya, kerja-kerja menulis makalah dan cerpen yang menampilkan budaya kaum India membuka ruang dan peluang untuk saya sendiri lebih memahami budaya berkenaan.

Misalnya, apabila saya mahu menulis mengenai lembu dalam budaya India, saya perlu melakukan kajian dan pengumpulan bahan yang secukupnya. Pengalaman ini menambah ilmu dan pengetahuan saya. Saya juga berasa gembira kerana berpeluang pula menyebarkan pengetahuan berkenaan kepada masyarakat umum.

Secara tidak langsung, makalah dan cerpen mengenai budaya kaum India yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia membuka ruang kepada kaum lain untuk lebih mengenali budaya kaum India. Melalui "pengenalan" inilah akan wujud interaksi yang lebih intim serta perasaan saling memahami dan saling menghormati.

Tidak timbul langsung soal kaum India hilang identiti dan bahasa ibunda akan pupus. Kebimbangan sedemikian, sekiranya masih ada dalam kalangan masyarakat India, adalah kebimbangan yang langsung tidak berasas.

Sekadar perbandingan, di Benua Kecil India sendiri, selain Bahasa Hindi dan Bahasa Tamil, makalah dan buku berkaitan budaya India banyak ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tidak timbul pula soal hilang identiti dan jati diri.

Di Malaysia pula, usaha menulis makalah mengenai budaya pelbagai kaum dalam bahasa kebangsaan perlulah diteruskan dan diperhebatkan. Sokongan serta ruang penyiaran yang terdapat di media cetak dan media alternatif perlu digunakan sepenuhnya oleh para penulis yang memiliki penguasaan bahasa yang baik.

Sejak diasaskan pada 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berpegang pada konsep "Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia". Maknanya, Bahasa Malaysia menjadi asas pembinaan dan pengukuhan Bangsa Malaysia yang diimpikan. Biarlah citra budaya dan keunikan pelbagai kaum disajikan kepada umum menggunakan bahasa kebangsaan kita.

Kalau bukan kita, siapa yang akan melakukan tugas murni ini? – 20 Januari, 2014.

* Makalah tulisan Uthaya Sankar SB didokumentasikan di www.uthayasb.blogspot.com.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved