Selasa, 21 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahkamah benar permohonan bantahan awal petisyen pilihan raya Ahmad Zahid

Posted: 21 Jan 2014 02:59 AM PST

January 21, 2014

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini dibenar membangkitkan bantahan awal petisyen pilihan raya yang difailkan PKR untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan untuk menentang permohonan Ahmad Zahid bagi membangkitkan bantahan awal, yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman.

Mahkamah menetapkan esok untuk mendengar bantahan awal Ahmad Zahid itu yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh.

Hakim dalam keputusannya berkata Mahkamah Persekutuan, semasa rayuan berhubung petisyen pilihan raya, tidak menetapkan isu yang dibangkitkan dalam bantahan awal Ahmad Zahid, sehubungan itu mahkamah membenarkan permohonan bantahan awal menteri itu.

Hasnah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Syed Faisal Syed Abdullah yang mewakili Ahmad Zahid manakala Edmund Bon mewakili kedua-dua pempetisyen (Madhi dan Azmi).

Pada 23 Disember 2013, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan kedua-dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.

PKR memfailkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen itu.

Ahmad Zahid calon Barisan Nasional memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan calon PKR, Madhi pada PRU13 bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh. - Bernama, 21 Januari, 2014.

Tiga anggota polis didakwa peras pekerja swasta

Posted: 21 Jan 2014 02:36 AM PST

January 21, 2014

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memeras tiga pekerja syarikat swasta, minggu lepas.

Mereka ialah Konstabel Mohamad Salman Malzuki, 27, Konstabel Mohamad Fadir Manaf, 32, dan anggota polis bantuan, Wan Mohamad Saiful Firdaus Wan Azmin, 31.

Kesemua tertuduh, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Emelda Sudirman, 33,

Mohd Nadzri Abu Hassan Saari, 34, dan Mohd Hafiz Abu Hanifah, 29, bahawa mereka akan ditangkap polis kerana rumah mereka disyaki "sarang" dadah.

Perbuatan itu mendorong Mohd Hafiz menyerahkan wang tunai RM20 kepada Wan Mohamad Saiful Firdaus di Rumah Pam Syabas, Jalan Dutamas 4, Sentul di Kuala Lumpur pada 9.30 malam, 13 Januari lepas.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Balai Polis Jinjang, didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia manakala  kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama, 21 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved