Khamis, 23 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Penganjur flash mob ‘I Love Kangkung’ disoal siasat polis

Posted: 23 Jan 2014 02:56 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN
January 23, 2014

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (gambar) kini disoal siasat atas dakwaan fitnah berhubung tarian parodi flash mob 'I Love Kangkung'.

Lee dikatakan memberi kenyataannya kepada polis tengahari tadi di pusat perkhidmatan rakyat, Alma berhampiran Bukit Mertajam.

Beliau berkata sesi soal siasat telah dijalankan hampir 40 minit oleh seorang pegawai penguatkuasa, Hassan Mohd Salleh.

"Saya mengaitkan dengan apa terjadi dan menjelaskan kepada polis tujuan sebenar flash mob tersebut.

"Ia diadakan bertujuan untuk menegaskan isu kenaikan harga yang membebankan rakyat," katanya kepada pemberita.

Seksyen 500 Kanun keseksaan yang menggariskan hukuman untuk fitnah menyatakan "sesiapa yang mefitnah individu lain hendaklah dihukum dengan dipenjarakan dalam tempoh dua tahun atau lebih disertakan dengan denda atau kedua-duanya".

Lee turut berkata, beliau kesal dengan tindakan laporan polis yang dibuat oleh 10 pengikut Umno, iaitu lapan dari Jitra, Kedah, seorang dari Bukit Mertajam dan seorang lagi daripada Raub, Pahang biarpun ia diadakan dengan aman.

"Tidak ada unsur perhinaan dan perkauman dilakukan dalam program tersebut.

"Ia dilakukan untuk menutup mulut saya dan mengekang kebebasan hak bersuara," katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat pemohanan maaf secara terbuka kerana menganjurkan flash mob, Lee tetap dengan pendiriannya.

Beliau pada masa berharap, polis akan menyiasat isu ini secara adil selain turut membuat laporan atas perhimpunan bantahan di depan pusat khidmat rakyatnya yang menyaksikan seorang lelaki dikasari.

Protes tersebut juga menyaksikan peserta himpunan mengecam dan mengeluarkan kata-kata ugutan perkauman termasuk membakar gambarnya.

Awal Januari lalu, Lee telah menganjurkan flashmob dan menyumbat sayur kangkung pada replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tindak balas terhadap isu peningkatan sara hidup.

Susulan dari itu dua demonstrasi telah dilakukan sebagai bantahan keatas tindakan Lee itu bagaimanapun selain menggasari seorang lelaki peserta perhimpunan turut mengecam mencetuskan tragedi 13 Mei. – 23 Januari, 2014.

Bendahari agung MIC diperintah kembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri

Posted: 23 Jan 2014 02:27 AM PST

January 23, 2014

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Bendahari Agung MIC yang baru dilantik Datuk R. Ramanan mengembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri Tan Sri Dr M. Mahadevan yang diterimanya secara menipu daripada Kementerian Pertahanan ketika "membantu Dr Mahadevan untuk mendapatkan balik suatu bayaran empat tahun lepas".

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong berkata beliau bersetuju dengan peguam yang mewakili Dr Mahadevan bahawa Ramanan melakukan salah nyata tipuan kepada plaintif dan menyebabkannya memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun peribadi defendan pada 19 Mei, 2010.

Lee juga memutuskan bahawa defendan gagal membuktikan, seperti yang terkandung dalam kenyataan bela dirinya, bahawa wang itu adalah untuk cadangan projek pembangunan bandar di Sungai Petani, Kedah, di atas tanah milik Dr Mahadevan.

Ramanan diperintah mengembalikan wang itu dalam masa 14 hari mulai hari ini, tetapi mahkamah meluluskan permohonannya bagi mendapatkan penangguhan sementara perintah itu sementara menunggu permohonan yang akan dikemukakannya Isnin depan.

Dr Mahadevan, 85, bekas ketua pakar psikiatri kerajaan dan pengasas Persatuan Psikiatri Malaysia, hadir di mahkamah hari ini.

Menurut dokumen mahkamah, plaintif memfailkan tuntutan berjumlah RM26.6 juta daripada Kementerian Pertahanan kerana menggunakan tanah kepunyaan Dr Mahadevan sebagai lapang sasar dari 1968 hingga 1988.

Pada Mei 2010, defendan mengaku kepada plaintif bahawa beliau boleh membantunya mendapatkan tuntutan bayaran berkenaan, dan untuk tujuan itu, beliau memerlukan RM6.5 juta.

Kedua-dua pihak kemudian bersetuju jumlah itu dikurangkan kepada RM5.5 juta.

Dalam penyata tuntutannya, Dr Mahadevan memasukkan sepucuk surat bertarikh April 2010 daripada Kementerian Pertahanan, yang ditunjukkan kepadanya oleh defendan, kononnya yang meluluskan tuntutan itu. – Bernama, 23 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved