Khamis, 23 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Di kota yang semakin tak ramah ini

Posted: 22 Jan 2014 03:00 PM PST

January 23, 2014

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

Saya berhijrah ke kota sejak tahun 1985 dulu. Kota yang dulunya hanya tersergam menara Maybank berhampiran Kompleks Kotaraya juga Perhentian Puduraya, selain beberapa bangunan tinggi yang boleh dikira dengan jari berbanding hari ini.

Sebelumnya sejak zaman sekolah saya sering berkunjung ke Kuala Lumpur bercuti di rumah salah seorang kakak saya sewaktu cuti panjang hujung tahun. Sempatlah saya merasa menonton wayang  yang judulnya "ABBA: The Tour" di Ampang Park tahun 1979 waktu itu, juga bermain game dan makan ayam Kentucky Fried Chicken di situ.

Dulu kota ini luas, itu pada pandangan saya. Pun saya dan kawan-kawan masih sanggup untuk berjalan kaki ke Kompleks Campbell mahu pun Kompleks Pertama yang terletak di Jalan Dang Wangi sana. Kedua-dua kompleks beli-belah ini telah dibuka sejak pertengahan tahun 70an lagi, Campbell sejak 1973 manakala Pertama Kompleks 1976 dan Ampang Park juga telah dibuka sejak tahun 1973 dulu.

Chow Kit pula di awal tahun 80an sudah dipenuhi warga Indonesia yang semakin ramai berhijrah ke sini untuk mencari rezeki. Pun keadaan masih terkawal waktu itu saya kira...

Waktu itu kita bebas berjalan. Saya bebas berjalan tanpa ada rasa takut diperiksa pegawai polis yang berpakaian preman mahupun disergah kutu rayau. Itu dulu, hari ini atau zaman ini segala-galanya berubah. Hari ini kota yang sebahagian besar pernghuninya berasal dari kampung sana semakin hilang segala sifat ramah yang terdapat di dalamnya.

Cuma itulah tempat yang saya rasa paling selesa untuk warga marhaen seperti saya ini melepak tentulah Pasar Seni. Ia adalah pusat kejiwaan untuk mereka yang lebih pentingkan nilai dalaman dari luaran. Di sini waktu itu segalanya asli, bukan plastik seperti di hari ini.

Hari ini kota Kuala Lumpur umpama tempat singgah yang seperti pepatah, "benci tapi rindu". Benci, memang saya tidak suka Kuala Lumpur. Udaranya semakin kotor dan berdebu. Jalanraya pula semakin sesak dengan kenderaan yang tidak pernah tidur walau sedetik. Rindu kerana di sinilah racun, di sinilah juga penawar bagi kita-kita yang berkepentingan dalam hal-hal duniawi.

Untuk keperluan minat dan jiwa saya yang berat ke arah muzik, mana lagi saya nak tuju?

Kita ke Chow Kit, orang asing sudah penuh di situ. Kita ke Kota Raya, seakan kita berada di negara Myanmar pula, penuh dengan warga asing dari Myanmar, Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Dan hari ini semakin ramai warga Afrika pula tinggal di negara kita ini.

Kesannya kadar jenayah semakin tinggi dari masa ke semasa. Kesannya juga kepada warganegara, bilamana kita yang mahu merasakan keadaan yang aman untuk berjalan-jalan di kota ini, ramai pula pasukan Rela mahupun pegawai SB yang membuat pemeriksaan. Muka kita pulak sawo matang, jadi memang lecehlah sikit.

Segalanya bermula atas nama pembangunan. Demikian banyak bangunan pencakar langit yang dibina. Sedemikan ramai pendatang asing yang berhijrah ke sini untuk bekerja, membuatkan kota ini semakin sempit melainkan penuh dengan nilai-nilai plastik di wajah para penghuninya.

Di sini nilai sebuah kejujuran sudah tiada lagi. Manusia berlumba mengejar tuntutan duniawi, walau ukhrawi pun seiring dalam konteks pemahaman asas insani yang katanya beragama. Saya kata begitu kerana nyata agama hari ini hanyalah barang perhiasan yang boleh dijual beli.

Di kota ini para suami isteri terpaksa bekerja untuk menyesuaikan diri dan keadaan semasa dengan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini. Kesannya anak-anak dihantar ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Maka harga yang perlu dibayar untuk itu adalah kesan buruk-baik yang bakal mereka terima sebagaimana yang sering kita baca di akhbar-akhbar utama tentang kes dera atau kematian bayi di pusat jagaan dalam negara kita ini.

Di sini warga asing dari berbagai bangsa semakin memenuhi perut kota, memungkinkan kota ini umpama sebuah lukisan abstrak yang sukar dimengerti maksudnya. Nak kata surreal, tak juga. Nak kata real, pun tidak juga. Begitulah...

Di sini salam mahupun sapaan bukanlah suatu yang mesra dan sebiasanya seperti yang kita lakukan di kampung. Setiap sapaan atau salam terutama dari mereka yang tidak kita kenali, yang kita tidak kenal hati budinya mampu mengundang bala kerana mereka dan kita di sini kerana ringgit dan keperluan.

Kita lihat kebanyakan kes sihir atau pukau bermula dari salam atau sapaan. Ditambah dengan senyuman. Jadi segalanya ini adalah perlakuan mulia yang tidak mulia, tapi apa mereka peduli? Mereka lakukan kerana desakan untuk mendapatkan ringgit cara mudah.

Manusia yang terdesak akan melakukan apa saja untuk ringgit. Kita bertanya mengapa mereka tidak mahu bekerja? Bekerja menuntut waktu yang panjang, sekurang-kurangnya lapan jam untuk memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM30 sehari. Apa yang boleh dibeli dengan nilai RM30 hari ini?

Baru-baru ini sewaktu saya busking, seorang mat saleh warga Amerika menghulurkan AS$20 kepada saya. Apabila ditukarkan ke RM, dapatlah dalam RM60 lebih. Betapa kecilnya duit kita hari ini, kata hati saya.

Di sana sini, di kota ini bukanlah tempat yang selamat lagi. Apatah lagi jika kita berkunjung ke tempat-tempat yang dikunjungi ramai para warga yang berbilang kaum termasuklah pendatang asing.

Kita terpaksa bersikap kejam kerana sifatnya kota yang semakin tak ramah ini. Kadar jenayah yang meningkat dari masa ke semasa memungkinkan kita di sini hanya untuk satu keperluan – demi untuk terus hidup dan berjuang!

Untuk segalanya ini, Kuala Lumpur tempat dosa dan pahala bercampur. Kita belajar tentang apa saja subjek daripada bidang seni sehinggalah ke bab agama dan politik, segalanya ada di sini. Di sini kita jatuh, di sini juga kita bangun.

Kuala Lumpur masih berdiri angkuh, memandang sinis kepada kita, penghuninya. Mentertawakan kita apabila tersungkur. Mengaut kita jika berharta. Siapa kita di Kuala Lumpur? – 23 Januari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Do we have to listen to the Agong?

Posted: 22 Jan 2014 02:47 PM PST

January 23, 2014

Ask Lord Bobo is a weekly column by LoyarBurok where all your profound, abstruse, erudite, hermetic, recondite, sagacious, and other thesaurus-described queries are answered. Free Your Mind!

Lord Bobo, I read that the Yang di-Pertuan Agong has said that "Allah" is exclusive to Muslims. Does this now end the argument once and for all? After all, he's the King! (Denis Elvis Cantona, via email.)

His Supreme Eminenceness has said, written, breathed, sweated, and farted a lot about this issue in recent weeks. Your question only serves to prove that you haven't been paying attention. So we will do our national duty and spell it out again here, in clear, concise, and (hopefully) thick-skull penetrable terms.

Malaysia is a constitutional monarchy. Malaysia is not an absolute monarchy. The rulers must abide by the Federal Constitution, and cannot disregard it willy-nilly or Milli Vanilli.

If a decree by a ruler goes against the Federal Constitution, it is not legally binding. As we said in a previous column in relation to the Sultan of Selangor's decree, "The decree of the Selangor Sultan prohibiting the use of the word 'Allah' has no force of law. Zero; nada; zilch." — to be clear, that means none whatsoever.

Another point to reiterate is that, as we said, "not following the titah of a constitutional monarch cannot by any stretch of the imagination be considered treasonous." Of course those imaginative fellas at Perkasa have called for some people to be investigated for treason for suggesting exactly that.

Lord Bobo wishes that Perkasa could harness their undeniable active imagination and excess energy into something useful, but it seems their expertise is coming up with ludicrous statements. In this case, and with most cases involving them, they have no idea what they are talking about and are spouting absolute nonsense.

So, wonder no more. Lord Bobo hopes that the above comprehensively brings an end to this particular issue. (Yes, we are optimists at heart.)

Dear Lord Bobo, I've recently sold a condo and I have received all of the purchase price owing to me via my lawyer Mr XYZ (amounting to RM2,000,000.00). I was under the impression that I would also get an additional sum of interest for the period during which the lawyer held the sum as stakeholder. However, my lawyer tells me he is keeping this as "admin fees". Is this legal? If not, what can I do? He doesn't even want to tell me how much the interest is. (JC Loo, via email.)

This is not the first time His Supreme Eminenceness is hearing about lawyers overcharging. (Of course, we assume you have paid your lawyer his full scale fee for the transaction, and not asked for and obtained a discount!)

The answer is simple — your lawyer is trying to pull a fast one on you. Your lawyer cannot unilaterally decide to keep the entire interest earned on the stakeholder sum as "administrative fees". He is required to account to you for any interest or income he has earned as a result of holding the sum for you.

At the same time, he may be allowed by the Bar Council Rulings to charge "a reasonable fee pursuant to the Sixth Schedule of the Solicitors' Remuneration Order". Ordinarily, if you have paid the full scale fee for the sale and purchase transaction then most lawyers would not charge any fee for holding the sums in fixed deposit. (But we suspect you didn't actually pay the full scale, did you? Naughty, naughty!).

You may want to speak to him one last time to ask that the money be accounted for and paid to you in full, before proceeding to lodge an official complaint, which you can do by contacting the Advocates & Solicitors Disciplinary Board.

Although Lord Bobo already knows your question before you even knew you had a question, as a practical display of your true desire to have your query answered, His Supreme Eminenceness has graciously allowed you to communicate your questions by either emailing asklordbobo@loyarburok.com or tweeting your question, mentioning @LoyarBurok and using the hashtag #AskLordBobo. Now, what the hell are you waiting for? Hear This and Tremblingly Obey (although trembling is optional if you are somewhere very warm)! – January 23, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved