Rabu, 29 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mat Sabu gesa ahli PAS patuh keputusan parti letak Anwar di Kajang

Posted: 29 Jan 2014 02:44 AM PST

OLEH MD IZWAN
January 29, 2014

Mohamad Sabu bercakap kepada media selepas sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar pada The Malaysian Insider oleh Afif Abd, 29 Januari, 2014.Mohamad Sabu bercakap kepada media selepas sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar pada The Malaysian Insider oleh Afif Abd, 29 Januari, 2014.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa anggota parti Islam tersebut supaya patuh kepada keputusan meletak calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beberapa pengikut akar umbi PAS meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan meletak Anwar di Kajang, malah Pemuda PAS Selangor juga mengancam untuk memboikot pilihan raya tersebut.

"Boleh ambil pandangan peribadi tapi keputusan parti yang diambil kira," kata Mohamad dalam sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR petang ini.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga menolak kenyataan mengatakan jawatan menteri besar bukan eksklusif.

"PAS tak kata, saya sini. Itu pandangan peribadi, bebaslah," kata Mohamad apabila ditanya sama ada jawatan menteri besar eksklusif kepada PKR sahaja.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan hari ini juga membidas tindakan PKR yang dianggapnya mempermainkan rakyat apabila mengosongkan kerusi DUN Kajang.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi di Kajang dan kedudukan menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, sehingga kini parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan menteri besar Selangor dan apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi pada Isnin.

"Secara amalan yang berlaku dalam PR, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya," kata Mustafa dipetik daripada portal milik PAS Harakahdaily.

"Oleh kerana DUN Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR."

Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen PR seperti amalan yang berlaku sebelum ini.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh selaku Adun Kajang dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.

Semalam PR mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar dipilih untuk bertanding PRK DUN tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut. – 29 Januari 2014.

Anwar: Bertanding di Kajang bukan turun pangkat

Posted: 29 Jan 2014 02:20 AM PST

OLEH MD IZWAN
January 29, 2014

Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Keputusan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Kajang bukan bermakna turun pangkat tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai contoh seorang pemimpin yang hebat.

Anwar yang memegang jawatan Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang berkata, seorang pemimpin yang sentiasa berada di atas adalah sesuatu yang tidak bagus.

"Pemimpin hebat, dia boleh besar boleh turun.

"Kalau dia rasa dia di atas saja tak bagus," jawab Anwar apabila ditanya sama ada keputusan bertanding di Kajang menunjukkan pangkat yang disandangnya ketika ini jatuh memandangkan statusnya sebagai pemimpin utama PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Anwar berkata keputusan meletaknya di Kajang adalah kerana desakan daripada parti dan bukan kerana mengejar kedudukan.

"Ia cadangan dikemukakan pimpinan.

"Saya kata, kalau betul nak DUN (kerusi Dewan Undangan Negeri), saya ada pilihan pada 2008 dan 2013, kalau saya nak. Tapi tentunya ada pertimbangan, desakan dan keadaan yang memaksa sehingga saya ambil keputusan ini," kata Anwar apabila ditanya mengapa PKR tidak meletakkan calon lebih muda di Kajang. – 29 Januari, 2014.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved