Sabtu, 1 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


JKM sedia khidmat kaunseling anak pasangan ditahan di Sweden

Posted: 01 Feb 2014 02:39 AM PST

February 01, 2014

Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden akan diberikan khidmat kaunseling untuk membantu mereka mengatasi tekanan psikologi yang mereka hadapi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, berkata kaunseling itu akan dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada kadar segera.

"Kita difahamkan mereka akan dibawa pulang ke kampung halaman sebelah ibu mereka di Kelantan, maka kaunseling akan dijalankan oleh pegawai di sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bertemu anak pasangan itu -- Aishah Azizul Raheem, 14 dan tigak adiknya Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7 (gambar) sebaik mereka tiba dari Stockholm pagi ini.

Azizul Raheem Awalludin , pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Disember lalu kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak lelakinya kerana tidak bersolat.

Noorul Ainur berkata, JKM juga akan memantau perkembangan kanak-kanak itu yang akan dijaga oleh ibu saudara mereka Shaleena Norshal, 42, seorang guru di Kelantan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin.

"Pemantauan akan dijalankan setiap minggu dan laporan ini akan kita serahkan kepada Wisma Putra untuk dihantar ke Jabatan Khidmat Sosial di Sweden," katanya.

Beliau berkata, antara perkara yang memudahkan usaha kerajaan Malaysia membawa balik keempat-empat anak rakyat Malaysia itu adalah kerana Malaysia dan Sweden menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada 17 Februari 1995. - Bernama, 1 Februari, 2014.

Krisis perlembagaan di Selangor? Mungkin tidak, kata peguam veteran

Posted: 01 Feb 2014 02:05 AM PST

OLEH Elizabeth Zachariah
February 01, 2014

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak menghadapi sebarang masalah perlembagaan untuk menjadi menteri besar Selangor, jika menang di Kajang. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak menghadapi sebarang masalah perlembagaan untuk menjadi menteri besar Selangor, jika menang di Kajang. Gambar fail.Bertentangan dengan dakwaan sebelum ini, tidak akan ada krisis perlembagaan di Selangor jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi menteri besar, kata peguam terkemuka, hari ini.

Tommy Thomas, yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang menepis dakwaan peguam dan aktivis, Edmund Bon bahawa Selangor akan berdepan dengan krisis walaupun jika menteri besarnya sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk meletak jawatan atas kehendaknya sendiri.

"Apa pun juga hasilnya, tidak ada krisis – perlembagaan, politik atau apa saja – yang disebabkan oleh peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dan niat Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil," katanya.

Beliau berkata, sebagai pemerintah berpelembagaan, Sultan Selangor "tidak ada tangan bebas" dalam memilih menteri besar, memetik Artikel 51 dan 53 perlembagaan negeri.

Artikel 51 (2) menyatakan bahawa calon "mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam" sementara Artikel 53 (4) memperuntukkan bahawa Sultan Selangor boleh menggunakan budi bicaranya dengan peruntukan dalam perlembagaan seperti Artikel 51 (2) yang menyekat pilihannya.

"Jelasnya ialah menteri besar di mana-mana negeri mesti warganegara Malaysia tetapi di Selangor, tidak ada kelayakan menetap. Maka, dia tidak perlu lahir di Selangor atau mempunyai kediaman tetap di negeri ini," katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.

Beliau juga memetik Artikel 53 (2) yang menyatakan sultan hanya boleh melantik seseorang sebagai menteri besar jika calon itu ahli dewan perundangan negeri dan juga mengikut pertimbangannya adalah seseorang yang boleh diterima oleh majoriti ahli dewan.

"Perlembagaan Persekutuan dan semua perlembagaan negeri mempunyai peruntukan serupa seperti Artikel 53 (2) itu.

"Mereka dibentuk daripada Perlembagaan Westminster dengan perkataan standard," katanya.

Thomas berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, parti politik (atau gabungan) yang mendapat kebanyakan kerusi dalam pilihan raya umum biasanya memilih pemimpin mereka sendiri.

"Jadi, dalam setiap kes di mana ada kekosongan dalam pejabat perdana menteri, sama ada disebabkan oleh peletakan jawatan atau kematian, pemangku pemimpin Umno atau Barisan Nasional dilantik oleh perdana menteri.

"Sama juga, selepas setiap 13 pilihan raya umum lalu, sultan tidak mempunyai budi bicara dalam pelantikan itu. Sama juga seperti keadaan di semua negeri. Jika ada pengecualian di negeri tertentu, menteri besar dilantik tanpa mengambil kira adab tertib perlembagaan," katanya.

Beliau berkata, di Selangor, Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi berbanding 12 kerusi Barisan Nasional, iaitu majoriti lebih tiga perempat.

"Maka, jika Pakatan mencalonkan Anwar untuk menjadi menteri besar selepas kemenangan di Kajang, sultan tidak ada budi bicara mengikut perlembagaan untuk menolaknya.

"Boleh anda bayangkan jika Yang di-Pertuan Agong tidak menerima angkat sumpah Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri pada Mei 2013 selepas beliau memperolehi 44 kerusi majoriti di Dewan Rakyat? Dalam kedua-dua senario itu, pemerintah berperlembagaan tidak ada budi bicara dalam pelantikan itu," katanya.

Bagaimanapun, jika sultan menolak pelantikan Anwar sebagai MB ketika pencalonan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau jika Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB, speaker boleh memanggil persidangan dewan undangan negeri khas untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Khalid dan usul percaya kepada Anwar.

"Memandangkan Pakatan mempunyai majoriti besar, kedua-dua resolusi itu akan dapat dijalankan dengan mudah. Selepas itu, sultan mengikut undang-undang perlembagaan perlu menyingkirkan Khalid dan melantik Anwar," katanya.

Bon dalam posting di laman web LoyarBurok berkata, masalah mungkin akan timbul jika Khalid tidak memberikan alasan terhadap peletakan jawatannya atau tidak menasihatkan sultan.

"Sultan mungkin melantik MB lain yang mendapat kepercayaan majoriti Adun dalam dewan atau Sultan Selangor mungkin membubarkan dewan untuk pilihan raya baru.

"Melihat kepada perpecahan intra-parti dalam PKR, nampaknya Sultan Selangor tidak mahu melantik MB daripada PKR. Apa pun, PKR adalah minoriti dalam Pakatan," katanya.

Bon berkata, jika sultan tidak perkenan permohonan Khalid untuk membubarkan dewan, Khalid dan semua exco terpaksa meletak jawatan.

Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang pada Isnin lalu dan Anwar kemudian diumumkan sebagai calon pilihan raya kecil yang masih belum lagi diumumkan.

Ini meyakinkan spekulasi bahawa ketua umum PKR itu sedang meninjau untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Khalid untuk menyelesaikan masalah persaingan antara Khalid dan Pengerusi PKR Selangor dan juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali. – 1 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved