Khamis, 13 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


SPR nafi pilihan tarikh penamaan calon bukan untuk halang Anwar ke Parlimen

Posted: 13 Feb 2014 02:41 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditetapkan sehari selepas perasmian sesi Parlimen 2014 tiada kena mengena dengan usaha menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berhujah di Dewan Rakyat, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd...
    






Jangan terlalu ‘ganggu’ anak-anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden, kata Rohani

Posted: 13 Feb 2014 02:36 AM PST

February 13, 2014

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini meminta supaya anak-anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden tidak terlalu diganggu, termasuk oleh media.

Katanya beliau bimbang gangguan keterlaluan itu akan mengganggu emosi mereka yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

"Bagi ruang kepada kanak-kanak ini. Kami sedang beri kaunseling kepada mereka. Kami mahu mereka menjadi normal dan tidak fobia. Bayangkan jika kita dalam keadaan mereka... terlalu diberi perhatian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Bil 1/2014 di Putrajaya.

Ibu bapa empat beradik itu,  Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas setelah didakwa memukul anak.

Kes mereka akan dibicarakan di Mahkamah Daerah Stockholm bermula Selasa depan dan perbicaraan dijangka mengambil masa 10 hari.

"Saya rayu, kalau ada berita dari semasa ke semasa kita akan sampaikan.

Setiap minggu kita beri laporan kepada Wisma Putra dan Wisma Putra melaporkan kepada Sweden. Kita mahu kerajaan Sweden tahu anak-anak ini dijaga sebaik mungkin di sini," kata Rohani lagi.

Sementara itu Rohani berkata draf awal Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber yang dipersetujui dalam mesyuarat hari ini akan dibawa ke jemaah menteri secepat mungkin selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau berkata penyediaan pelan tindakan itu penting memandangkan kadar penggunaan Internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

"Objektif utama pelan antaranya untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen pihak berkepentingan bagi melindungi kanak-kanak dalam dunia siber, melindungi daripada sebarang bentuk ancaman siber dan memastikan kanak-kanak yang terlibat dalam ancaman siber mendapat intervensi dan pemulihan," katanya.

Rohani berkata kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di Internet sehingga berpotensi membunuh diri atau membuat perkara-perkara tidak bermoral.

Katanya isu lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah mengkaji keberkesanan penggunaan sistem "video link" di mahkamah bagi melindungi saksi atau mangsa kanak-kanak daripada "orang kena dituduh", cadangan menyediakan "rumah perantara" untuk kanak-kanak yang baru keluar dari institusi perlindungan di bawah kementerian serta isu perkahwinan bawah umur. - Bernama, 13 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved