Jumaat, 14 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Waytha Moorthy sepatutnya berunding dengan saya sebelum letak jawatan, kata Najib

Posted: 14 Feb 2014 02:55 AM PST

February 14, 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy pada Isnin lepas (10 Februari).

Bagaimanapun perdana menteri berkata Waytha Moorthy tidak berjumpa dan berunding dengannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

"Saya menghormati dan menerima keputusan beliau serta mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.

"P.Waytha Moorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan peletakan jawatannya," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata keputusan pengerusi Hindraf itu untuk meletakkan jawatan setelah memeterai perjanjian persefahaman dengan Barisan Nasional bagi memajukan lagi agenda masyarakat India, adalah mendukacitakan.

"Bagi menjayakan persefahaman ini, P. Waytha Moorthy seharusnya menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

"Saya ingin menegaskan bahawa selaras dengan pendekatan saya membentuk kerajaan yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kita akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India sebagaimana kita lakukan untuk kaum-kaum yang lain," kata perdana menteri.

Dalam satu kenyataan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) pada Isnin lepas, Setiausahanya P.Ramesh berkata Waytha Moorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan BN gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

Waytha Moorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri selepas PRU13.

Sebelum itu, Hindraf memeterai perjanjian persefahaman dengan kerajaan pada 18 April untuk berusaha menyelesaikan isu sosioekonomi melibatkan masyarakat India. - Bernama, 14 Februari, 2014.

Zaid Ibrahim bakal bertanding PRK Kajang

Posted: 14 Feb 2014 02:29 AM PST

February 14, 2014

Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail.Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail.Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang akan datang dalam posting terbaru di blognya.

Menurut beliau, keputusan bertanding kerusi itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dihadapi negara kini.

"Menulis di blog (www.zaid.my) menyeronokkan tetapi ia juga baik jika dapat bersemuka dengan rakyat, mendengar apa yang mereka katakan dan sudah tentu berpeluang menjamu sate dengan mereka."

"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan mereka terhadap beberapa idea saya yang seterusnya boleh menjadi maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk "Mulling for Kajang" yang diterbitkan hari ini.

Mohd Zaid berkata beliau menggariskan beberapa perkara yang disuarakan sepanjang tempoh berkempen, antara lain ialah kepentingan menangani punca permasalahan polarisasi kaum; usaha mengekalkan keamanan dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam; dan pembangunan program kemahiran ekonomi dan pendidikan. – 14 Februari, 2014.

MENYUSUL  LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved