Ahad, 16 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


SPR disaran hanya benarkan anak jati kawasan tanding kerusi DUN, kata Perkasa

Posted: 16 Feb 2014 01:58 AM PST

February 16, 2014

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berucap semasa majlis pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa di George Town, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berucap semasa majlis pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa di George Town, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meminda syarat calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mewajibkan hanya anak jati sesuatu kawasan itu layak untuk bertanding.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata ia bagi membendung "penyakit" segelintir ahli politik yang bertindak mencalonkan diri untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mereka sukai untuk kepentingan diri.

"Sebagai contoh di DUN Kajang (di Selangor), banyak anak jati kawasan itu cerdik pandai, kenapa kita nak izinkan perkara ini berlaku (orang luar bertanding), pilihan raya bukan proses mudah, ia libatkan kepentingan semua orang," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa peringkat negeri di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Beliau melihat pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan berlangsung 23 Mac ini disebabkan wakil rakyatnya dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan adalah menyusahkan pengundi di kawasan berkenaan dan tidak menyuburkan amalan demokrasi.

Pakatan pembangkang telah menamakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang. – Bernama 16 Februari, 2014

Peluang BN menang tetap ada, yang penting bertanding, kata Dr Mahathir

Posted: 16 Feb 2014 01:38 AM PST

February 16, 2014

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) melihat Barisan Nasional (BN) tetap berpeluang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil bulan depan.

"Peluang mungkin 50-50 tapi itu tidak penting, yang penting kena bertanding," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya ke-12 hari ini.

Katanya terpulang kepada BN untuk memilih calon yang layak.

Beliau ditanya sama ada BN perlu meletak calon yang berpengalaman dalam pilihan raya kecil itu memandangkan akan berdepan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Mohd Zaid mengesahkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil itu di Kajang hari ini.

Anwar pula mengumumkan pencalonannya sehari selepas kerusi itu dikosongkan oleh Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dengan penamaan calon 11 Mac. – Bernama, 16 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved