Ahad, 16 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir-Anwar Ibrahim (Bahagian 1)

Posted: 15 Feb 2014 03:36 PM PST

February 16, 2014

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Dalam politik Malaysia, hanya dua watak yang memainkan peranan utama, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana pengaruh kedua-duanya dalam menentukan rentak dalam permainan politik dan percaturan kuasa dalam negara.

Yang lain-lain seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang penting juga, tetapi tidak lebih seperti pelakon tambahan dalam filem-filem.

Semenjak 1998, pertembungan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang satu ketika dahulu mempunyai hubungan seperti ayah dan anak, tidak pernah berhenti.

Selepas empat pusingan bermula Pilihan Raya Umum 1999, 2004, 2008 dan 2013, akhirnya pertembungan yang berjaya mengheret seluruh negara itu sudah berada di pusingan terakhir.

Dan keputusan daripadanya akan menentukan perjalanan Malaysia pada masa akan datang.

Apa yang menakjubkan, kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar masih lagi mempunyai semangat sama untuk berlawan seperti semasa pusingan pertama dahulu dari 1998-2004.

Pertembungan pusingan terakhir ini selain daripada akan menyaksikan survival politik kedua-dua kumpulan yang diketuai kedua tokoh ini, ia juga akan memperlihatkan legasi politik siapakah yang akan terus hidup.

Dr Mahathir mempunyai Datuk Seri Mukhriz manakala Anwar mempunyai Nurul Izzah untuk meneruskan legasi masing-masing.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam keadaan sama kuat dan kemenangan sama ada Dr Mahathir atau Anwar dalam pusingan terakhir ini akan menyaksikan kelangsungan BN memimpin negara atau PR mengambil alih Putrajaya.

Pada ketika ini, walaupun Dr Mahathir sudah bersara daripada politik lebih 10 tahun, beliau masih dibanjiri dengan pertemuan demi pertemuan dengan ahli politik, ahli politik veteran, ekonomi dan ahli perniagaan yang mahukan beliau melakukan sesuatu terhadap perdana menteri yang dilihat terlalu lemah untuk memastikan survival BN.

Bagi kumpulan yang bertemu Dr Mahathir ini, Najib perlu disingkirkan sebelum BN berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Dr Mahathir – yang masih mendapat liputan luas daripada media arus perdana dan media atas talian, sudahpun mula menyerang polisi dan dasar Najib yang dilihat lebih menguntungkan Anwar dan PR.

Seperti dikatakan dalam tulisan terbaru bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin di blognya, perbincangan untuk mencari pengganti Najib sudah bermula dikalangan kelompok pro Dr Mahathir dalam Umno.

Sementara di pihak Anwar pula, rancangan Kajang yang menyaksikan buat pertama kalinya beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sejarah politiknya akan memberi nafas baru kepada konsensus nasional di antara PR dan BN.

Selepas menang di DUN Kajang, beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan ini akan mempercepatkan konsensus nasional yang akan beliau lakukan demi menyelamatkan Najib.

Menyelamatkan Najib, akan membantunya menang dalam pertembungan pusingan terakhir dengan Dr Mahathir.

Jika rancangan ini berjaya, Najib dan Anwar akan bertemu Presiden Barack Obama yang akan melawat Malaysia pada April ini secara rasmi sebagai ketua kerajaan persekutuan dan ketua kerajaan negeri.

Selepas menjadi menteri besar Selangor juga, Anwar dan Najib akan berada bersama dalam mesyuarat perdana menteri bersama menteri besar dan ketua menteri yang akan menyaksikan kerjasama antara negeri terkaya itu dan kerajaan pusat.

Pelbagai isu akan cuba diselesaikan dan proses konsensus nasional di antara BN-PR akan berjalan, mahu tak mahu, parti komponen BN, parti komponen PR seperti DAP dan PAS akan mengikutnya juga.

Sebab itu kita boleh melihat Najib dan kumpulannya dalam BN tidak begitu beria-ia menyerang Anwar yang bertanding di DUN Kajang.

Yang lebih kuat menghalang Anwar adalah PAS Selangor dan sesetengah pemimpin pusat parti Islam itu.

Sebab itu, Dr Mahathir dan kumpulan juga akan bertindak cepat bagi memastikan rancangan ini tidak berjaya.

Kesukaran utama bagi Dr Mahathir adalah untuk mencari tokoh pengganti Najib.

Seperti dikatakan Kadir Jasin, Muhyiddin tidak berminat dan hanya mahu pencen sebagai timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin kanan paling popular yang dipilih secara demokratik dalam Umno pula lebih mempunyai ikatan yang kuat dengan Najib dan Anwar berbanding Dr Mahathir.

Tidak mustahil PAS akan menjadi sekutu Dr Mahathir dalam pertembungan pusingan terakhir di antara beliau dan Anwar ini.

Dr Mahathir juga secara terbuka menyeru agar PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor agar merebut kerusi menteri besar di negeri terkaya itu.

Dalam politik, musuh kepada musuh kita adalah kawan kita.

Sekali lagi, pertembungan Dr Mahathir-Anwar akan mengheret seluruh negara untuk bersama. Akan tetapi, ini adalah yang terakhir. – 16 Februari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Loving long distance relationships

Posted: 15 Feb 2014 03:14 PM PST

February 16, 2014

Cass Shan started off as a copywriter tasked with understanding buying behaviour. She now immerses herself in understanding buy-in behaviour.

Valentine's Day was celebrated two days ago. I wonder about those in long distance relationships. How is it like not be able to feel the warm embrace of our loved ones often? To not feel the grasp of a loving hand as we walk? To profess our feelings only through phone calls – listening with bated breath to his/her voice?

Long distance relationships are tough to handle. A 'normal' relationship survives through 'chemistry' often described to be elicited from physical attraction. Without this, one is left with photos and memories to encapsulate the image of loved ones.

A long distance relationship takes greater effort, I feel, to understand each other and keep up with the initial spark through constant maintenance. It can be hard, as absence makes the heart grow fonder, or will it be doomed, as out of sight, out of mind?

Most of us only get into long distance relationships if we have to – it's not usually a choice. But the time apart should be put to good use by developing one's own personality and independence. This is something people in relationships lack when they are together and become too close for comfort.

Long distance relationships often suffer from a lack of intimacy as a couple hardly see each other. This can tear into the closeness of the relationship if not looked into before it is too late.

Other than that, long distance relationships forfeit 'shared experiences' as this is one of the major components of a relationship.

There's only so much 'love' that can be conveyed through verbal exchange. However, if there is enough of the same wavelength going around or should there be enough compatibility in personality, then long distance relationships can last longer. Obviously, the distance must end at some point, sooner rather than later.

Love is something felt in the heart, seen in the eye, heard in the voice and felt in the touch. Lose one piece of the jigsaw puzzle and it leaves much to be desired.

I'm amazed that World War veterans used to send love letters to convey feelings and keep the romance going, obviously out of the circumstances. That said, long distance relationships can be done if not less desirable.

For this Valentine's Day, I wish all those in long distance relationships to keep the fire lit through the constant chase, for mutual understanding, banter and spark. – February 16, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved