Selasa, 18 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perkasa Selangor gesa Tony Pua dikenakan tindakan kenyataan di Facebook

Posted: 18 Feb 2014 02:40 AM PST

February 18, 2014

Perkasa Selangor menggesa siasatan dan tindakan dikenakan terhadap pengerusi DAP Selangor Tony Pua (gambar) atas kenyataan yang didakwa berbaur sindiran di Facebook terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih baru-baru ini.

Yang Dipertuanya Abu Bakar Yahya berkata kenyataan Pua itu boleh mencetuskan kemarahan dan seolah-olah satu cubaan provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

"Setelah membaca dalam blog dan Facebook, tindakan ini jika benar seperti yang dimaksudkan oleh pihak yang terlibat, ia merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

"Kami tidak boleh berdiam diri kerana ini boleh menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terutamanya agama Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini, Pua membuat kenyataan yang didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.

Abu Bakar berkata pihaknya juga kesal dengan kenyataan Pua yang seolah-olah mempersenda peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami berharap Pua tidak campur tangan dalam hal agama kami dan kami tidak pernah menghina malah menghormati agama lain. Negara kita sudah merdeka berpuluh tahun kenapa tiada masalah sebelum ini." soal beliau. – Bernama, 18, Februari, 2014.

Perkasa cadang Front Perpaduan Nasional ganti MPPN

Posted: 18 Feb 2014 02:00 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM
February 18, 2014

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyarankan penubuhan gabungan kesemua badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam iaitu Front Perpaduan Nasional sebagai satu alternatif menggantikan kegagalan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata cadangan itu timbul setelah melihat MPPN‎ tidak lagi berupaya membantu kerajaan ‎mengekalkan perpaduan di antara rakyat Malaysia.

‎"Sebagai gantinya atau pilihan saya cadangan gabungan kesemua Melayu Islam yang dapat dijadikan barisan hadapan di mana ia dapat menangani masalah agama dan bangsa dengan lebih mendalam dan agresif.

"Mana-mana NGO yang terlibat mesti menandatangani deklarasi mempertahankan Perlembagaan Negara dan Rukan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menyelar tindakan MPPN yang kerap kali mengkritik Putrajaya walhal sebenarnya badan itu langsung tidak layak untuk berbuat demikian.

"Hebat MPPN boleh tegur Putrajaya lambat bertindak tangani masalah perkauman dan agama, mereka sendiri sebenarnya sudah berat sebelah namun masih lagi berani menggelarkan diri mereka Majlis Perundingan Perpaduan Negara," katanya.

‎Tegasnya MPPN tidak layak menegur Putrajaya kerana kenyataan pertama mereka sudah dilihat lebih bersifat partisan.

‎Ibrahim berkata, perubahan mesti dilakukan dalam MPPN sekiranya masih berminat melibatkan diri membincangkan isu perpaduan seperti merombak kembali ahli mereka.

‎"Agenda pertamanya sepatutnya program promosi sekolah 1 aliran. Jika MPPN tidak mahu bercakap mengenainya eloklah langsung tidak menyentuh soal perpaduan.

"Ahlinya juga tidak menggambarkan dan tidak mewakili lapisan masyarakat. Mana dia Prof Khoo Kay Kim? MPPN tidak sepatutnya mempunyai individu yang pandangan mereka bersifat anti nasional dan partisan," katanya.

Ibrahim juga mendakwa latar belakang ahli MPPN yang dilihat lebih kepada anti kebangsaan dan terlibat dalam gabungan Comango yang ditentang kerana menyokong LGBT dan menamatkan hak istimewa orang Melayu.

"Dari gaya nada suara MPPN tidak bersifat berkecuali. Ia lebih mewakili pandangan ahlinya yang latar belakang mereka adalah anti kebangsaan sekaligus tidak langsung membantu penubuhan majlis itu," katanya.

Ibrahim berkata lagi sejak awal, Perkasa sememangnya akan bersifat prejudis dan akan terus mengenepikan kumpulan yang menentang asas Perlembagaan Negara dan kedaulatan institusi diraja. – 18 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved