Selasa, 18 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Anwar wajar diberi peluang

Posted: 17 Feb 2014 04:22 PM PST

February 18, 2014

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat menjelang PRK Kajang dilihat sangat berat, kerana ia berangkai jauh di mana penghujungnya ialah sama ada Pakatan berjaya atau tidak dalam hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.

PRK Kajang adalah permulaan dari sebuah langkah yang jauh yang akan dilalui oleh Pakatan, di mana ia berdepan dengan cabaran yang bukan saja datang dari musuh politiknya, Barisan Nasional, bahkan datang dari dalaman Pakatan sendiri, iaitu jika berlaku perpecahan dalaman.

Pemerhati politik percaya jika perpaduan dalam Pakatan dapat dibina dengan disertai pula calon heavyweightnya, DS Anwar Ibrahim, serta kerja keras dan strategi yang tepat, Pakatan akan dapat memenangi PRK Kajang yang memungkinkannya dapat membina lebuhraya kuasa ke Putrajaya.

Kepada saya, DS Anwar adalah tokoh yang unik, beliau menghadapi ujian paling getir yang belum pernah dilalui oleh mana-mana tokoh politik lain di sepanjang sejarah negara ini.

Dengan pengalamannya yang panjang, bacaan politiknya yang luas, serta kecerdasan fikirannya, beliau wajar diberi peluang – sebagai pemimpin penting yang berwibawa – untuk mendambakan dirinya memimpin negeri Selangor dan seterusnya negara ini.

Adalah sangat mendukacitakan, jika berlaku berantakan dari dalam Pakatan Rakyat sendiri, disebabkan perselisihan mengenai isu umpamanya, siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor nanti, maka sukarlah Pakatan mengelak dari berlaku perpecahan itu dan menjadi lebih sukar lagi untuk memenangi PRU akan datang.

Ketika itu, janganlah bermimpi untuk berkuasa di Putrajaya, sebab itu elakkanlah ia daripada berlaku.

Kini semakin ketara dan tidak mungkin dapat disembunyikan lagi berhubung  pelbagai kenyataan media oleh pendukung Pakatan sendiri yang memberi isyarat ada pihak tidak dapat menerima DS Anwar Ibrahim sebagai bakal MB Selangor.

Bahkan juga menolaknya sebagai tokoh yang bakal menjadi pemimpin utama jika Pakatan berkuasa di Putrajaya.

Kenyataan kontrovesi yang muncul ini nampaknya seperti tidak terkawal dan mencerminkan siapa saja boleh memberikan kenyataan tanpa mengira mudarat kenyataan itu sendiri, sama ada kenyataan itu sudah diputuskan oleh parti, atau pendapatnya sendiri saja.

Bahkan seolah-olah tiada halangan bagi pendukung  parti dalam Pakatan untuk mengeluarkan apa saja kenyataan sama ada menyentuh polisi kecil mahupun besar parti.

Adakah ini sebuah kebijaksanaan berpolitik? Pada pendapat saya, ini sebuah kemunduran kerana merosakkkan dan tidak bijaksana.

Lalu ada yang bertanya, tidak adakah etika atau peraturan dalam sesebuah parti politik, untuk mengekang perbuatan seperti ini? Ataukah mereka yang gemar membuat kenyataan tanpa perhitungan ini dikira sangat demokratik?

Disebabkan itu, seorang ideolog PAS, Dr Dzulkifly Ahmad menyatakan kebimbangannya jika berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang  diakibatkan oleh sikap tidak bijaksana dalam berpolitik ini.

Kebimbangannya ini ditulisnya dalam dua siri rencana dalam Malaysian Insider dan Harakah.

Saya mendapat tahu, ramai yang menyertai kebimbangannya ini.

Menurut Dr Dzulkifly, jika Selangor mampu dipertahankan PR dengan gandingan kekuatan pengurusan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kekuatan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin PAS dan DAP yang lain, maka Selangor akan diperagakan sekaligus sebagai 'the Leading State of the Federation' atau 'negeri contoh dan idaman' dalam Persekutuan Malaysia.

Pencapaian cemerlang ini sangat dihajatkan bagi meyakinkan rakyat di negara ini bahawa Pakatan Rakyat bersedia menawan dan memerintah Putrajaya, kata beliau.

Tetapi tokoh pemikir PAS itu menyatakan kebimbangan bahawa persoalan besar yang mesti dijawab oleh pimpinan Pakatan sekarang iaitu "Apakah yang bakal menghalang usaha merealisasikan cita-cita murni ini?"

Di sinilah beliau mahu menumpukan kepada persoalan cabaran dan ancaman yang terbit dari dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Saya kira, kebimbangannya yang sangat berasas, ialah 'halangan yang bakal terbit dari dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Ini lebih membimbangkan beliau. Bahkan gambaran senario yang mampu dilakar menyebabkan kekhuatiran yang bukan kepalang baginya.

Pada pendapat saya, mereka yang dilihat mengundang perpecahan dalam Pakatan dengan sikap yang tidak munasabah, tidak melihat sesuatu dengan kaca mata politik jangka panjang dan luas, malah melayani fikiran jangka pendek, beremosi, merasakan sikap politik sendiri yang benar.

Dalam hal ini, berkali-kali diingatkan oleh beberapa pihak bahawa tumpuan Pakatan, setakat ini, hanya untuk memenangi calon Pakatan di PRK Kajang, DS Anwar Ibrahim.

Oleh itu jangan ditimbulkan siapa bakal MB Selangor selepas ini.

Tetapi malangnya, belum apa-apa, malah awal-awal lagi sudah menolak DS Anwar sebagai MB baru Selangor jika menang.

Justeru, ini adalah sikap politik yang tidak bijaksana.

Sesungguhnya cabaran yang dihadapi Pakatan sangat besar.

Musuh Pakatan sentiasa berusaha siang dan malam untuk menghancurkannya.

Dr Mahathir Muhamad sudah memasang perangkap untuk memecahbelahkan Pakatan, apabila beliau menyatakan bahawa PAS juga berhak untuk menuntut jawatan MB Selangor, kerana PAS mempunyai 15 kerusi DUN di negeri itu.

Saya yakin, pendukung PAS faham dan tidak akan melayan provokasinya ini.

Sesungguhnya rakyat, bukan saja Selangor, bahkan juga seluruh negara, memerhatikan senario politik yang berlaku di Selangor.

Mereka sedang mengkaji parti politik manakah – Pakatan atau BN – yang boleh digantungkan harapan masa depan mereka.

Oleh itu, sangat perlu Pakatan Rakyat memberikan gambaran bahawa ia mampu memerintah bukan saja di Selangor, bahkan hingga ke Putrajaya.

Persepsi ini perlu diperlihatkan melalui sikap dan tindakan politik Pakatan sendiri.

Maka cerminan awalnya ialah senario PRK Kajang ini.

Jika daripada awal lagi sudah demikian bercelaru dan kontrovesi mengenai isu siapa bakal MB Selangor jika Pakatan menang dalam PRK Kajang nanti, maka bagaimanakah rakyat boleh menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.

Ini persoalan yang sangat wajar difikirkan oleh pendukung Pakatan Rakyat.

Politik ialah mengenai kuasa, maka siapa yang berkuasa dialah yang akan menentukan masa depan kehidupan rakyat dan haluan negara.

Oleh itu, jika Pakatan Rakyat tidak berpecah dan terus membina kekuatan, maka dengan segala keupayaannya boleh mencapai cita-cita untuk berkuasa hingga ke Putrajaya.

Ini tidak mustahil dan bukan sebuah dongeng penglipur lara. Justeru ia boleh menjadi kenyataan.

Maka itu perpecahan dalaman adalah musuh Pakatan sebenarnya dan berilah peluang kepada DS Anwar Ibrahim. – 18 Februari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

United States of the World in America

Posted: 17 Feb 2014 02:42 PM PST

February 18, 2014

Rushdi believes that a change agent must tell the truth to a benevolent dictator, religious hardliner, and compassionately connect with youth and have nots.

Mark J. Perry, a scholar at  American Enterprise Institute, mapped the United States's states as countries of the world. For our purpose, the focus is on 12 Muslim countries from the stated 50 states, and the challenges of fast-tracking Islamic finance in non-OIC and and GDP growth in OIC.

Source: American Enterprise InstituteSource: American Enterprise Institute

Country

GDP (2012)     

State (GDP)                 

Company^      

Market Cap (2012)*

Saudi Arabia                 

$711 Billion     

Illinois ($695 Billion)   

Apple     

$560B

Malaysia    

$304B              

Minnesota ($294B)       

Microsoft 

$270B

Nigeria 

$262B              

Wisconsin ($261B)       

Microsoft        

$270B

Pakistan    

$215B  

Connecticut ($229B)      

GE    

$212B

Kuwait   

$183B               

South Carolina ($176B)

AT&T              

$185B

Iraq  

$149B 

Nevada ($133B)            

Oracle              

$145B

Bangladesh  

$127B 

Utah ($130B)                 

Merck               

$116B

Morocco  

$95B                

Mississippi ($101B)     

Abbott

$96B

Libya

$95B                

Nebraska ($99B)           

Abbott

$96B

Oman

$78B                

Hawaii ($72B)               

Walt Disney     

$78B

Azerbaijan 

$68B                

Delaware ($65B)          

Caterpillar

$68B

Syria

$46B                

N. Dakota ($46B)                  

Comcast  

$62B

^ S&P 500 100 Largest Companies Ranked by Market Cap.

*March 30, 2012.

Dr. Perry stated, "...Overall, the US [at $16 Trillion GDP] produced 22.3% of world GDP in 2012, with only 4.4% of the world's population. Three of America's states (California, Texas and New York) – as separate countries – would rank in the world's top 15 largest economies. And one of those states – California – produced more than $2 trillion in economic output in 2012 – and the other two (Texas and New York) produced more than $1 trillion of GDP in 2012..."

In other words, the talk of US decline is premature, if not wrong, and the guesstimates associated with QE speaks volumes of US reach and influence, notwithstanding S&P downgrading its Triple A rating. The US has recognised that it must continually reinvent itself, from technology to energy, to continue to lead the world in almost every relevant category that impacts and influences business, commerce, trade, innovation, finance and capital markets.

A future article will map the GDP of the 57 OIC countries to the market capitalisation of publicly listed companies in the Muslim world. But, are the largest companies in the Muslim world publicly listed, privately held or state-owned enterprises? Can it be said that the median GDP of the 57 countries is a large capitalised western company? Based upon Dr Perry's above research, I would expect the GDP of countries to be much higher than the market capitalisation of OIC based companies, and there are implications.

Fast-tracking Islamic finance

A number of enlightened, non-Muslim countries have overcome irrational fear of Islamic finance, like UK, Singapore, Hong Kong, Luxembourg, Bermuda, etc. They want to tap the petro-liquidity by (1) planting the flag of "Islamic finance hub" and (2) establishing a level playing field regulatory and tax infrastructure. For example, the UK has been in the Islamic finance space since the 1980s, and, only in 2013, Prime Minister David Cameron declared, during the 9th World Islamic Economic Forum in London, that it will issue a 200 Million GBP sovereign Sukuk.

Furthermore, Baroness Warsi, Senior Minister of State and Minister for Faith and Communities, and the Ministerial lead on Islamic Finance, who launched UK's first Islamic Finance Task Force in 2013, and chairs the Global Islamic Finance & Investment Group, recently said "… the skyline of London is being changed by Islamic finance...an Islamic finance market that doesn't sleep... We need to make sure that all time zones are trading in terms of Islamic finance products."

She went on to say, "...As a Muslim, I believe in the principles of Islamic finance. As a Conservative, I can see the huge economic benefits of Islamic finance and as somebody who feels that Britain's best days are still ahead of us, I feel that Islamic finance provides another opportunity to reach out to the world and bring the benefits of that for our citizens."

However, other countries have not reached the stage where the country leader and cabinet minister, working with years of Islamic finance on their shores, endorses Islamic finance as part of their global financial hub offering. So, fast tracking Islamic finance is a challenge!

Is fast tracking GDP development in OIC also a challenge?

Lessons for OIC

The first lesson about the US is simply "size matters", be it the GDP, stock market capitalisation, or private sector employment and (equity) ownership opportunities! But, the question becomes how does a Muslim country obtain respectable size on fast track basis with minimal impact from the expected law of unintended consequences?

Is it just a matter of moving away (by decree or bill) from the low value added apparel, agriculture and manufacturing economic sectors to the service and technology sectors? Follow up question is there an enabling infrastructure of visionary leadership, education culture, human capital development and capital markets to move up the value chain?

In places like US, its well accepted net job growth comes from start-ups [and SMEs with access to capital], which implies enabling "hard asset infrastructure" of angel investing, VC, mentoring/incubation, linking with research universities, and Nasdaq type exchange. There is also the [more important] soft asset culture of encouraging free-flow of "ambiance inter-activity" on, say, spur of the moment!

Former US President Ronald Regan, said, "...Entrepreneurs and their small enterprises are responsible for almost all the economic growth in the United States."

Thus, outsourcing money to VC firms in Silicon Valley, with hope of transferring technology- reverse linkage- is not going to be effective, as the home country is not establishing 'start ups' and net job growth.

[Enticing diasporas to return, like in India, China, etc., with their experience, knowledge, capital, connections, etc., is an article for another day.]

G20 value chain

It is well known Turkey, Indonesia and Saudi Arabia are part of the elite group of 'G-20 countries,' but are there upcoming Muslim countries, with 2020 vision, that can become part of the club? The runner ups to number 16 Indonesia (World Bank, 2012, GDP of $878 Billion), number 17 Turkey ($789B) and number 19 Saudi Arabia ($711B) are (a) number 22 Iran at $514B, (b) number 32 UAE at $348B, and (c) number 34 Malaysia at $303B. It's interesting to note that Malaysia is a short distance, through number 33 Denmark at $314B, to the UAE, led by global brand Dubai and petroleum heavy weight Abu Dhabi

Conclusion

Muslim countries need an enabling infrastructure the naturally facilitates economic growth, development and diversification, and it won't be not be based on "hedge fund holding time period".

The example of UK becoming an Islamic finance hub has lessons for Muslim countries wanting to achieve "shock absorbing size that matters".

But, "Economic growth doesn't mean anything if it leaves people out", said Jack Kemp. – February 18, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved