Isnin, 3 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa

Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang, kata Anwar

Posted: 03 Feb 2014 01:22 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN SHERIDAN MAHAVERA
February 03, 2014

Anwar dijadualkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau bertanding di kerusi berkenaan kepada pengundi Kajang malam ini. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Februari, 2014.Anwar dijadualkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau bertanding di kerusi berkenaan kepada pengundi Kajang malam ini. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Februari, 2014.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal dalam pasukan pentadbir negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Calon PKR bagi kerusi DUN Kajang itu ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya di Petaling Jaya bagaimanapun berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.

"(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK.

"Peranan (Abdul) Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.

"Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya merasakan beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor," kata Ketua Umum PKR itu kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu 'bayangan pasukan' yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang, Anwar menegaskan sokongan kesemua pemimpin PKR itu perlu dalam pentadbiran Selangor.

"Anwar harus menang DUN Kajang dulu ... saya perlukan sokongan mereka," katanya.

Tindakan PKR meletakkan Anwar bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang menimbulkan spekulasi beliau akan menjadi menteri besar menggantikan Abdul Khalid, ekoran krisis dalaman parti komponen PR itu yang melibatkan Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh telah melepaskan jawatan minggu lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kawasan tersebut.

DUN Kajang meliputi sejumlah 48% pengundi Melayu, 41% pengundi Cina, dan 10% pengundi India.

Anwar dijadualkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau bertanding di kerusi berkenaan kepada pengundi Kajang malam ini.

Sebaik sahaja pengumuman beliau menjadi calon diumumkan Abdul Khalid minggu lepas, Anwar, Mohamed Azmin dan Abdul Khalid dilihat seringkali bersama dalam setiap acara dan program negeri, termasuk Solat Jumaat di Masjid Kariah Batu 10, Cheras, dan juga pertemuan dengan penyokong Kelab Bola Sepak Selangor hujung minggu lalu di Shah Alam. 

Mohamed Azmin sebelum ini berkata PR Selangor masih belum berbincang berkenaan kedudukan menteri besar selepas Pilihan PRK DUN Kajang.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan parti komponen PR daripada DAP dan PAS, mereka hanya berbincang soal gerak kerja jentera PR dalam PRK DUN Kajang.

"Kami tidak pernah berbincang apa-apa selepas Kajang. Perbincangan kita hanya setakat gerak kerja di Kajang," katanya.

Anwar turut berkata, meskipun kepimpinan Abdul Khalid dari aspek ekonomi tidak dapat dinafikan sehingga memberikan mandat yang besar kepada kerajaan PR di Selangor, kepimpinan politik yang kukuh perlu bagi menangkis serangan politik dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Walaupun ia diuruskan secara ekonomi oleh (Abdul) Khalid, dan diberikan mandat yang mengagumkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun sebagai strategi penting, kami lihat Selangor di bawah tekanan dan serangan oleh Umno BN termasuk eksploitasi kaum dan sentimen agama.

"Kami perlu, bersama dengan pengurusan ekonomi, kepimpinan politik perlu efektif untuk hentikannya," kata Anwar yang juga ahli Permatang Pauh. – 3 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved