Isnin, 3 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Singles’ hell at Lunar New Year

Posted: 02 Feb 2014 04:14 PM PST

February 03, 2014

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

It is that time of the year again and this year is the Year of Horse, a lucky year according to the Chinese.

It is the time where you see red everywhere, from home decorations and clothes to, of course, the most-wanted "item" for the kids – ang pow.

It is also the time where you get to see lion dances in homes, malls and offices.

For many Chinese, who live far away from home, Chinese New Year is a once-a-year opportunity to visit relatives.

It is a season of joy but not for all, particularly, singles.

It is also a time where many young single Chinese particularly feel the pressure of constant questions by the elderly on when they are going to settle down and start a family.

It has gone to the extent where some Chinese newspapers have termed this "scenario" as "marriage pressure season".

Recently, a Chinese mother bought a full front-page advertisement in the form of letter in Chinese Melbourne Daily, begging her son to come home for New Year and promised that the parents would not pressure him to get married again.

According to news reports, the son is working in Australia where he had completed his study.

He refused to return to China as his family had constantly pressured him to find a Chinese girlfriend and settle down.

So he retaliated by not answering their calls.

The message reads, "Peng, I have called you several times but you did not pick up. Maybe this is the only way for you to receive my message. Mum and Dad will not pressure you to marry again. Please come home for Chinese New Year! From your Mum who loves you."

Such action surprised Chinese social media websites.

Odd but true, there are Chinese websites that offer services of fake boyfriends or girlfriends for hire at various rates. These "partners" accompany them home for the New Year. The rates depend on the kind of services needed.

Many are under great pressure, especially single women to bring home potential partners during the festive season. So some opt not to return home.

For single ladies who reach 27, China has a special term for them – shengnu or "leftover women".

This term was added to the Education Ministry's list of words in August 2007.

To "overcome" such scenario, Taobao launched a rent-a-boyfriend service that allows the customers to rent a partner.

Taobao is the Chinese version of Amazon and eBay.

The phenomenon of renting a boyfriend or girlfriend is not new in China. It started in the early 2000s. Such pressure has been perpetuated by the one-child policy that was introduced in 1979 by the Chinese government.

Therefore, parents focus all their attention on the success of their one child, including marriage.

Moreover in China, it is crucial to retain the family last name and continuing the family tree.

Some find ways to "release" the pressure.

In a recent advertisement posted on iweju, a Chinese social media app, a 25-year-old offered 1 million yuan (RM540,000) to anyone willing to pose as a "girlfriend" for a week, over the New Year holidays. However, he cancelled the offer after the posting went viral and was criticised severely.

Families forcing marriage is a real headache, not only for the Chinese but also to some Malaysians.

Will this phenomenon become a trend in Malaysia in years to come? I hope not. – February 3, 2014.

Bukan Islam tiada pilihan, Melayu bagaimana?

Posted: 02 Feb 2014 03:59 PM PST

February 03, 2014

Penulis adalah seorang jurutera semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang suka mengikuti perkembangan politik Malaysia

Pelbagai alasan diberikan mengapa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ini perlu disengajakan oleh PKR sehinggakan permohonan maaf terbuka terpaksa dilakukan.

Permohonan maaf yang dilakukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menandakan beliau langsung tidak menjangka penyokong Pakatan Rakyat (PR) memberikan reaksi sebegitu negatif terhadap langkah politik kontroversi ini.

Ketika berita 'Langkah Kajang' ini diledakkan, ramai penyokong PR yang menghentam PKR.

Bagi pemerhati awam, memberikan laluan kepada Anwar dengan sengaja mengadakan PRK adalah satu tindakan memanipulasikan demokrasi.

Bagi mereka, sindrom 'nafi-mengaku-nafi-mengaku' PKR dalam episod ini sangat menjengkelkan, terutamanya sikap ini amat menonjol pada Anwar yang diwar-warkan mereka selama ini sebagai calon perdana menteri.

Terbaru, Anwar 'masih' menafikan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang nanti. Tunggu sahaja penafian ini menjadi pengakuan dengan pelbagai alasan apabila Kajang berjaya dimenanginya nanti.

Kajang mempunyai komposisi penduduk 52% bukan Islam dan 48% Islam.

Ini adalah faktor utama mengapa Kajang dipilih sebagai medan pertaruhan PKR.

Bagi mereka, meskipun pengundi bukan Islam marah, mereka tetap akan kembali ke pangkuan PR kerana menumbangkan Umno-BN menjadi matlamat utama mereka.

Setelah pengundi bukan Islam meluahkan kemarahan mereka, mereka berdepan dengan realiti pilihan, sama ada undi PKR, undi Umno-BN ataupun undi rosak.

Pengundi kumpulan ini sedar bahawa kerajaan Selangor PR tidak akan tumbang dengan kejatuhan DUN Kajang.

Tetapi bayangan untuk melihat Umno-BN, Perkasa dan Jati berpesta di media perdana meraikan kemenangan PRK Kajang adalah "way too much" untuk penyokong bukan Islam.

Oleh itu, meskipun mereka tidak dapat menerima sikap memberi alasan tidak  konsisten dan dangkal PKR dalam memaksa PRK Kajang, mereka tetap tidak akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN.

Keinginan mereka untuk kejatuhan Umno-BN melebihi segalanya dan ini dimanipulasikan dengan baik oleh PKR dalam strategi 'Langkah Kajang'.

Di sudut pengundi Islam pula, PRK Kajang ini membawa makna berbeza.

Dalam episod 'Langkah Kajang' ini, PKR bertindak secara bersendirian sebelum mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS.

Atas dasar Kajang ialah kerusi PKR, maka PKR berhak menentukan siapa calonnya, DAP dan PAS  menerima Anwar sebagai calon di DUN Kajang.

Namun, ini tidak bermakna mereka bersetuju dengan langkah politik yang diadakan.

Dalam soalan mengadakan PRK Kajang, bagi PAS dan DAP, PKR meminta persetujuan selepas nasi sudah menjadi bubur.

Setuju atau tidak setuju, Adun Kajang akan meletak jawatan dan memberikan laluan kepada Anwar. Sama ada PAS dan DAP gembira atau tidak, akhirnya mereka terpaksa memberi sokongan atas semangat setiakawan.

Namun, PAS dan DAP hanya bersetuju Anwar menjadi calon DUN Kajang tetapi tidak MB Selangor.

Walaupun PAS dan DAP mempunyai masalah dengan Khalid, tetapi bagi mereka, ia tidak sampai tahap Khalid perlu ditukarkan.

Menukar MB Selangor memerlukan konsensus dan ini akan dibincangkan lagi selepas tamatnya PRK Kajang.

Secara sinis, sebenarnya tiada apa yang perlu dibincangkan jika kata-kata Anwar yang menafikan bahawa beliau tidak akan menggantikan Khalid boleh dipercayai.

Namun, Anwar ialah Anwar, yang kata-kata politiknya boleh berubah dengan pelbagai alasan, terutamanya 'ia adalah salah Umno.'

PAS perlu menunjukkan mereka mempunyai suara di dalam PR, dan bukan sekadar mengikut kehendak PKR dan DAP semata-mata.

DAP berani menyatakan sokongan mereka kepada PKR di PRK Kajang meskipun penyokongnya marah dengan tindakan PKR dalam 'Langkah Kajang' atas semangat setiakawan dan barangkali mereka sedar bahawa bukan Islam tidak mempunyai pilihan lain.

PAS juga akan menyokong PKR di DUN Kajang atas semangat setiakawan dan Islam yang melarang pengkhianatan terhadap sahabat.

Namun ini tidak bermakna PAS tidak akan berani mengkritik PKR secara berdepan apabila merasakan sahabat mereka mengambil kesempatan pada mereka dalam 'Langkah Kajang' dengan memberi keyakinan bahawa mereka adalah payung yang lebih baik daripada Umno.

Tidak seperti bukan Islam, orang Melayu-Islam tidak mempunyai masalah untuk melihat Umno-BN menang di Kajang.

Orang Melayu-Islam mempunyai dua pilihan, sama ada kekal di pangkuan Umno-BN atau berhijrah ke PR.

Di mata orang Melayu-Islam, pengganti Umno ialah PAS, dan bukannya PKR dan DAP.

Sekiranya PAS dilihat tidak mempunyai suara yang setara seperti DAP dan PKR di dalam PR, amat dibimbangi bahawa situasi ini akan menyebabkan orang Melayu-Islam pula tiada pilihan selain terus mendokong Umno-BN meskipun mereka semakin tenggelam.

Bagaimana pengundi Melayu-Islam akan mengundi kini menjadi dilema Anwar dan PR di PRK Kajang.

Apakah mereka masih boleh menaruh harapan pada PR, atau kembali ke pangkuan Umno-BN? Apakah isu Allah, di mana Anwar mengambil pendirian berbeza daripada Khalid juga akan menjadi faktor penentu pengundi Melayu-Islam di Kajang?

Segalanya hanya dapat diuji sekiranya Umno meletakkan calon berdepan dengan Anwar dan bukannya MCA.

Apakah Umno, terutamanya Najib berani mencuba mood pengundi Melayu-Islam pada mereka? Seperti Anwar, PRK Kajang juga akan menjadi risiko kepada karier politik Najib jika BN mengalami penurunan undi daripada kalangan pengundi Melayu-Islam. – 3 Februari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved